Kalau anda nak tahu, si Datuk ni sekarang sudah bernikah dengan seorang pelakon janda yang sederhana popularnya. Isteri Datuk tu sekarang ni boleh tahanlah sikap lemah lembutnya dan memang terkenal dengan corak kehidupan yang senang lenang. Lepas bernikah dengan Datuk ni pun, dia ada juga pamerkan kesenangan di rumah mewahnya itu.
PADA Khamis yang lalu, Syed menerima panggilan daripada seorang wanita yang juga merupakan bekas isteri kepada seorang Datuk.
Tak pernah habis sampailah mahkamah memerintahkan agar si Datuk membayar kepada bekas isteri dan anak-anak sebanyak RM300 ribu untuk membeli rumah.
“Saya memang kesal kerana sampai sekarang bekas suami belum memberi wang yang dijanjikan. Kalau iya pun nak hidup bahagia bersama pelakon itu, apa salahnya bayar duit seperti mana yang diarahkan mahkamah.
Dalam asyik dengan isteri baru, Datuk belum menyelesaikan beberapa masalah dengan bekas isteri rupanya. Ini menjadikan masalah yang melanda mereka ni sudah berlarutan sejak bercerai pada 2007.
“Kenapa sampai sekarang masih tak nak bayar? Orang lain bercerai lagi banyak yang mereka kena bayar. Sampai berjuta-juta ringgit, tapi boleh je selesai dengan baik. “Saya terima amaun yang dia mampu. Sampai sekarang habuk pun tak ada. Selama ni saya diam sahaja. Sampai bila nak duduk diam? Kalau dengan isteri baru boleh pula hidup mewah tapi tanggungjawab pada anak-anak jangan lupa,” katanya yang hampir 14 tahun hidup bersama si Datuk tersebut.
Sabar yer bekas Datin. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Rasanya lebih baik bincang elok-elok sebelum kecoh satu Malaysia. Nanti kita juga yang dapat malu.
Dan kepada Datuk tersebut, silalah kota apa yang dijanjikan. Sudah banyak kes tak elok berlaku terhadap lelaki bila mengabaikan nafkah dan hak keperluan anak-anak selepas bercerai dengan isteri.
“Duit tu saya nak guna untuk beli rumah kediaman anak-anak. Dulu masa masuk mahkamah, saya minta setengah juta tapi dia cakap dia mampu bayar RM300 ribu saja.
Orang kata kalau kita menganiaya anak-anak sendiri, hidup pun tidak akan mendapat berkat. Okey Datuk?
Syed: Ada yang kata Datuk tu dah muflis. Betul ker? |