CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: umie_aziz

dr fazley dpt ank ketiga (baby boy)

[Copy link]
Post time 12-9-2011 08:15 AM | Show all posts
ape ke pelik name panggilan anak2 cmtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 08:24 AM | Show all posts
aku pun x kenan kalo baby baru lahir dah di letak nama timangan..anak2 aku panggil nama pendek.tp bkn nama timangan.dulu2 ade gak cubaan pakcik2nye nak panggil apan.tp aku kate anak aku name iman zhafran.nak panggil,panggil iman atau zhafran.not apan..sedara aku pun nama anak aleesya.pastu panggil sasha..lelama jd caca lak...adeh..ape la drg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:33 AM | Show all posts
fuh...3 dah anak die....tahniah2...
anak sy sebaya anak 1st die....
tp, masih lom ade adik laie..
mak nye masih seriau nak banak...
hehehhe!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:44 AM | Show all posts
sangat le comey!! x da rope RM pun kan...
xngaku cucu kekdahnya!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:47 AM | Show all posts
tahniah... comelnye baby...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:51 AM | Show all posts
apa anak2 dia panggil RM yer. opah, tok, nenek, ke grandma.muakakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2011 08:52 AM | Show all posts
tahniah.....wah..tiap-tiap tahun...operate lak tu...berani betul...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:07 AM | Show all posts
murah rezeki..congrats
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 09:11 AM | Show all posts
Payish, Piyash and yg last Piyush.... aku rasa nama anak dia yang last Ahmad Fairudz...hehehehe

Tapi lebh baiklah dia panggil dengan sebutan yang betul.. lebih afdol gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 25# cik.panda


   perhal tak keluar berita kak mah datang melawat?kan ker dia pengasih n penyayang. n suka dgn suasana yg gembira

..sbg seorang yg berkelulusan 'sosiologi n ... dari um', dan istri perdana menteri, dia terpanggil utk membuat 1 program iaitu permata negara bagi mewujudkan suasana yg gembira buat anak2. terbukti hasil kajian, anak2 yg membesar dgn gembira n dilimpahi dgn kasih sayang akan terhindar dari gejala sosial..
katanyalah..
jarang juga dlm talkshow menteri2 apatah lagi isteri menteri akan mention dia kelulusan apa, n dimana + sebut pangkat yg dia ada khen.. tapi dia ni lain, kene sebut semua tue supaya org tau :-P
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply  cik.panda


   perhal tak keluar berita kak mah datang melawat?kan ker dia pengasih n pen ...
Login_ID Post at 12-9-2011 09:23



   Tak taulah... mungkin Kak Mah sibuk dengan urusan negara, belum berkesempatan nak melawat cucunya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:28 AM | Show all posts
selang setahun anak dia..aktifnya..tak berehat wifey...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:32 AM | Show all posts
tahniah fazley & wife..
comel babynya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:03 AM | Show all posts
Fazley Yaacob Timang Anak Ketiga, Piyush Hari Ini



Teks: Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 9 SEPT ...
achik2009 Post at 9-9-2011 17:21



    payish, piasyh, piyush..... macam lullaby masa nak suruh anak kecik berak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:06 AM | Show all posts
Sabtu September 10, 2011

Fazley & Adik Kongsi Hari Dapat Anak

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PET ...
achik2009 Post at 11-9-2011 09:27



  susun paku anak dia..dah tiga pun. ctot jugak yg man dol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:07 AM | Show all posts
payish
piyash
piyush

no.4 puyish
Leonarzi Post at 9-9-2011 20:03

neneknya nama pinkish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 10:08 AM | Show all posts
tahniah... bestnya ada anak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:20 PM | Show all posts
tahniah buat Dr Fazdley dan keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 01:14 PM | Show all posts
tahniah... murah rezeki Dr & bini
tp nama Piyush tu nama India, ex boss aku nama Piyush Gupta
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 08:26 PM | Show all posts
September 15, 2011

Fazley Yaacob Selesa Mandikan Anak Sendiri - Intan Zabidin



Sudah seminggu masa berlalu…. Cepatkan? Raya pun sudah memasuki minggu ketiga. Mummy tak sangka, tulisan pertama Mummy minggu lalu mendapat perhatian daripada pembaca Media Hiburan. Pada yang masih kenal, diucapkan terima kasih. Harap-harap Dato’ Siti Nurhaliza pun ada membaca.

Tak sangka, ada juga pembaca setia MH yang masih menghubungi Mummy bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat hari raya. Terima kasih kerana memberi perangsang untuk menulis di ruangan ini dan terus mengingati Mummy.


Sebelum terlupa, Mummy ingin ucapkan selamat pengantin baharu kepada Ashraf Muslim dan pasangannya yang sudah pun selamat bergelar suami isteri. Insya-Allah kalau sempat, Mummy akan pergi jemputan majlisnya. Begitu juga dengan beberapa artis lain yang selamat disatukan dalam bulan Syawal ini. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Untuk Norman Hakim, tak ingat Mummy tak apalah tetapi Mummy tetap doakan kebahagiaan adik Mummy yang seorang ini.


Begitu juga dengan beberapa orang selebriti yang baharu menerima cahaya mata. Untuk Fazley Yaacob tahniah dengan kehadiran orang baharunya pada minggu lalu. Cahaya mata ketiganya, Fierudz atau Piyush pasti menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.


Beberapa malam sudah, Mummy sempat ke hospital bertemunya dan isteri. Menurut kata penulis buku Motivasi Santai Cinta ini, sejak penghujung Ramadan dan awal Syawal lalu mereka sekeluarga banyak berkampung di hospital sahaja.


Begitu syahdu Mummy mendengar ceritanya yang mana sebelum kelahiran anak ketiganya ini, Azreen sudah beberapa kali keguguran. Hinggalah mereka selamat menunaikan umrah dan Alhamdullilah, doa pasangan ini dimakbulkan Allah untuk mendapat seorang lagi cahaya mata.


Menurut Fazley, banyak dugaan yang dihadapi oleh isterinya. Hinggakan mereka sekeluarga terpaksa berhari raya di hospital. Mungkin ramai yang tidak tahu, sejak kelahiran anak pertama lagi, memang Fadzley lebih selesa menjaga anaknya sendiri tanpa pembantu rumah.


Kerana itulah, bila isterinya terpaksa tinggal di hospital, dia menempah bilik yang besar untuk mereka sekeluarga. Anak-anak jarang berpisah dengan Fazley mahu pun isteri dan setiap pagi kalau bukan isterinya yang memandikan anak-anak, Fazley sendiri menggantikan tempat isterinya.


Tidak dinafikan pasangan ini mempunyai pembantu rumah tetapi tumpuan kepada anak-anak memang dilakukan oleh mereka berdua. Malam itu, biarpun hanya beberapa minit bersama keluarga ini Mummy dapat melihat kebahagiaan lima beranak ini.


Selepas beberapa hari di hospital, Azreen pulang ke rumah dan pada 8 September lalu dia dimasukkan kembali ke hospital dan tepat jam 9.09 pada 9 September lahirlah Ahmad Fierudz.  Lebih menarik lagi, pada hari yang sama, mereka juga menyambut kelahiran anak sulung lelaki adik lelakinya, Faizal.


Pada penghujung tahun ini pula, Fadzley bakal menerima seorang lagi anak buah.  Adik perempuannya pula akan menerima cahaya mata. Untuk Datuk Yaakob dan Datin Umi, Mummy mengucapkan tahniah dengan kehadiran tiga cucu dalam satu tahun.


Ketika artikel ini ditulis, sudah hampir seminggu isterinya terpaksa tinggal di hospital. Keadaan isterinya semakin sihat tetapi anaknya masih di bawah pemerhatian doktor kerana menghidap demam kuning. Fadzley akui, dia terpaksa memikul tugasan isterinya buat masa ini selain dibantu oleh pembantu rumah mereka.


Suka Mummy kongsikan di sini, tidak semua lelaki dan selebriti masih `gah’ kalau di rumah. Mungkin di luar mereka kepunyaan semua dan diletakkan pada tahap yang tinggi tetapi di rumah mereka juga ada tanggungjawab tersendiri.


Begitulah Mummy lihat pada Fazley, dia tidak membiarkan isterinya bersendirian menjalankan tugasan rumah tangga sebaliknya dia turut membantu. Dalam membesarkan anak-anak, dia lebih suka melakukan sendiri kerana itulah cara dia mengeratkan kasih dan sayang.


Dan kerana itulah dalam bukunya yang berjudul Motivasi Santai Cinta @ FazleyYaacob banyak yang boleh dijadikan panduan. Buku ini sudah berada di pasaran dan dapatkan segera dengan harga RM9.90 sahaja.




Credits: mediahiburan.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087735 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list