CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2139|Reply: 16

Konsert 'Suara Kami' Tidak Sisih Artis Tempatan

[Copy link]
Post time 8-9-2011 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by blackberry90 at 8-9-2011 08:35

Khamis September 8, 2011
Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Konsert Suara Kami Tiada Niat Sisihkan Penyanyi tempatan. Foto ART CHEN

KUALA LUMPUR: Penganjuran Konsert Suara Kami yang turut menggabungkan artis luar negara pada 17 September depan bukan untuk menyisihkan penyanyi-penyanyi tempatan tetapi ia bertujuan untuk mempelbagaikan sesebuah persembahan.

Ketua Pegawai Operasi, Astro Malaysia, Henry Tan berkata, dengan adanya artis-artis luar negara, ia mampu memeriahkan lagi acara hiburan khususnya dalam memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan Astro.

"Saya rasa, hal ini bukanlah satu isu yang besar. Rakyat Malaysia begitu unik kerana mempunyai cita rasa yang pelbagai dan contoh terdekat ialah, mereka gemar memakan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai bangsa.

"Justeru, saya percaya, persembahan nyanyian juga berkait rapat dengan cita rasa masyarakat kita yang gemarkan pelbagai input persembahan. ," katanya.

Konsert Suara Kami yang dianjurkan oleh Astro itu akan di Stadium Merdeka dekat sini, bermula pukul 8.30 malam yang diadakan secara percuma.


    Dari kiri: Faizal Tahir, Kit (Search), Man Kidal dan Azlan.

Ia bersempena dengan ulang tahun Astro yang ke-15 serta sambutan Hari Malaysia jatuh pada 16 September ini.

Artis tempatan yang akan turut serta pada konsert tersebut ialah Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Azlan And The Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz dan Stacy manakala barisan penyanyi antarabangsa pula ialah penyanyi-penyanyi seperti Rania, Naresh Iyer, Chinmayi (dari India), Hins Cheung (Hong Kong) serta artis Korea.

Sementara itu, beberapa artis tempatan menganggap konsert Suara Kami sepatutnya didominasi oleh artis-artis tempatan tanpa membawa masuk penyanyi luar, memandangkan konsert tersebut bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Faizal Tahir berkata, sepatutnya pihak penganjur mengumpulkan lebih ramai artis tempatan untuk disaksikan oleh orang ramai sambil meraikan perayaan tersebut.

"Pada pendapat saya, sepatutnya, masa inilah kita mengumpulkan semua artis Malaysia untuk disaksikan kepada umum terutamanya para belia.

"Saya juga pelik bila beberapa penyanyi yang besar namanya tiada dalam senarai. Saya tak pasti apa objektif sebenar konsert ini dianjurkan. Bagaimanapun saya hormat dengan pemilihan penyanyi yang dibuat kerana mungkin pihak penganjur mempunyai strategi yang tersendiri," kata Faizal.

Seorang lagi penyanyi yang menyertai konsert tersebut, Azlan (Azlan And The Typewriter), turut tidak bersetuju dengan penyertaan penyanyi daripada luar negara selain konsepnya tidak sesuai dengan tajuknya iaitu Suara Kami.

"Saya faham dengan fenomena K-Pop yang menjadi kegilaan ramai remaja, tetapi, jika mahu mengadakan konsert bersempena dengan Hari Malaysia, pengambilan artis luar sebagai penyanyi jemputan seperti kurang sesuai.

"Saya percaya kos bayaran persembahan yang disediakan pasti lebih besar berbanding dengan penyanyi-penyanyi Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun, bagi pandangan penyanyi rap, Altimet pula, dia menganggap gabungan artis tempatan dan antarabangsa adalah satu perkara yang normal dalam penganjuran sesebuah konsert.

"Walaupun saya kurang gemar dengan artis-artis antarabangsa seperti K-Pop, saya perlu fikir bahawa, remaja sekarang gilakan muzik Korea itu. Mana tahu, melalui artis-artis antarabangsa, para remaja dapat mengenali artis-artis tempatan pula," katanya.

Konsert Suara Kami juga boleh ditonton secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104), Raya HD (188), Astro AEC (301), Astro Vaanavil (201), Astro Hitz (705), TV2 dan TV9 selaku rakan media untuk menyiarkan konsert tersebut.




~~mStar Online~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 08:36 AM | Show all posts
rania pon ader... kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 08:39 AM | Show all posts
ok la tu..... ada juga retis tempatan dijemput..... retis2 luar tu adalah salah satu tarikan peminat2 industri seni tanah air utk datang ke konsert tu nti......
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 12:36 PM | Show all posts
Buat apa jemput artis negara luar. Merosakkan nama Konsert Suara Kami saja. Ada tayang di TV kelak, confirm tak kuasa lahyan. Tido awal malam lagi best.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:26 PM | Show all posts
ok lah tuh x sisihkan retis local ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:40 PM | Show all posts
konsert merapu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 03:27 PM | Show all posts
tetap kurang setuju jemput artis luar untuk concert ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:38 AM | Show all posts
nama pun Suara Kami... tibe2 ade artis luar...setuju sgt dgn FT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 08:56 AM | Show all posts
sungguh tak sesuai utk sambutan Hari Malaysia....konsep konsert jauh tersasar dari tema sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:09 AM | Show all posts
hurm.....ak rase baek xyah masuk la artis luar yg x kenal langsung.... baekla amek local artists yg kompen2x ader peminat wlopon sket...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:11 AM | Show all posts
alahai....rania je pon, rilex le FT , lain la klo jemput suju
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:14 AM | Show all posts
sungguh tak sesuai utk sambutan Hari Malaysia....konsep konsert jauh tersasar dari tema sebenar....: ...
achik2009 Post at 9-9-2011 08:56

SETUJU SANGAT! KONSERT SUARA KAMI dah tinggal nama aje kalau jemput artis negara luar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:16 AM | Show all posts
tetap kurang setuju jemput artis luar untuk concert ni..
beatgirlX Post at 8-9-2011 15:27

Betul tu. Harap bikin page KAMI MEMPROTES KONSERT SUARA KAMI YANG MENJEMPUT ARTIS LUAR NEGARA di FB pula selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:38 AM | Show all posts
alahai....rania je pon, rilex le FT , lain la klo jemput suju
ruffeza87 Post at 9-9-2011 09:11


rania tu saper...??...nmpk sgt ku x amik port retis2 luar niee arrr....support our local jerrrrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:40 AM | Show all posts
Event untuk Malaysians... nama pun Suara Kami.. tapi panggil artis luar... ironi sangat :re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:44 AM | Show all posts
hurmm...tgklah sapa Ketua Pegawai Operasi Astro.....kurang semangat 1M'sia kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 10:04 AM | Show all posts
Pemimpin Msia hanya nampak anak muda Msia mahukan hiburan...
hiburan semata2 untuk anak muda Msia..

Anak muda sebenarnya mahukan peluang sama rata, bukan utk suku sakat menteri je..
mahukan peluang pekerjaan yg lebih cerah.. bukan sedara mara dlm jabatan sama je..
mahukan kos sara hidup yg tidak membebankan.. gaji ciput kos hidup tinggi..
Keslematan negara patut ditingkatkan.. PATI 2.3 Juta berdaftar, yg xdaftar?

mahukan RIBA PTPTN dihapuskan.. daripada membazir peruntukan buat iklan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.561506 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list