CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wirazam

Komen pelakon Karipap2 cinta....sungguh sadis

[Copy link]
Post time 6-9-2011 05:20 PM | Show all posts
Ada pelakon sanggup membotakkan kepala semata2 untuk menghayati watak, dia lak watak lulusan al azhar xnak bertudung penuh sbb takut nanti jadi mcm tiz zakiah ..apa raaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 05:28 PM | Show all posts
Ada pelakon sanggup membotakkan kepala semata2 untuk menghayati watak, dia lak watak lulusan al azha ...
miz_sunshine Post at 6-9-2011 17:20



betol3...
pasah, pazura & pauziah gous ok je bukak-tutup dlm drama..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 05:33 PM | Show all posts
Reply 82# sherryda


    cari je pelakon yang mmg pakai tudung.. adeh....apa2 je la...mmg tak minat nk tgk  citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 08:44 PM | Show all posts
' saya rasa berlakon itu sendiri sebenarnya memang sudah salah di sisi agama. Jadi saya rasa tak perlulah saya nak ulas......'abis tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 09:31 PM | Show all posts
Reply 81# miz_sunshine

dia bajet dia akan popular seperti tiz kot...
baru berlakon dan watak yg tak diketahui menjadi ke tidak, dah banyak bunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:08 AM | Show all posts
cerita karipap2 cinta nie...soo boring,.,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 01:28 AM | Show all posts
muka heroin ni forgettable..ko berlakon class camne pon org payah nk ingat
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by kinorif at 7-9-2011 01:50
nama filem pun mcm ............ karipap karipap cinta ewww...
fizamn Post at 5-9-2011 23:46




Lebih gempaq kalau pakai tajuk  C.I.P.A.P. C.I.P.A.P CINTA....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 01:51 AM | Show all posts
ptt letok tajuk kamikungfu-kamikungfu cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:53 AM | Show all posts
aik nape ak tulis len kuar len nih :@
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 01:54 AM | Show all posts
Tajuk Filem ni pun dah cukup kuat utk melambangkan kebodohan isi citer dlm filem ni...
Amiin_al_Kalam Post at 6-9-2011 15:51


Karipap cuma sedap bila tengah panas tapi bila sejuk ...out..! Mcm tu jugak filem ni...
Heran aku mcmana Eman Manan sanggup terima berlakun dlm filem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:56 AM | Show all posts
dah agak daa.. mesti tak laku sebab kne 'badi' si gambit tuh.. huhuhu.. tulah sape suwoh buat music video x senonoh pastu jadi hero belakon citer ala2 islamik pulak tuh.. satu concoction yang x menjadi!! aisehmen
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 05:16 AM | Show all posts
tolong lah wei..... xder ke name y sedap sikit... buat aku x lalu nk makan jer.... citer sah2 hampeh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:02 AM | Show all posts
apada film ni...tajuk pun ala2 lucah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:06 AM | Show all posts
bek mamam karipap lg cedap,dr layan citer marapU nih
bUang masa jek
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:53 PM | Show all posts
dari utusan

Hafsham kekal resipi

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


SALAH satu adegan lucu yang dipaparkan dalam filem arahan Hafsham.

SAYA lahir dari generasi yang membesar dengan filem arahan Othman Hafsham seperti Adik Manja (1980), Mekanik (1983), Rahsia (1987) dan Driving School (1990). Setiap satu saya sifatkan sebagai naskhah klasik, di mana sehingga kini saya masih mengingati babak demi babak dan dialog-dialognya.

Masuk alaf baru, sentuhannya masih menjadi apabila Soal Hati (2000) menerima sambutan hangat sehingga disambung kepada Soalnya Siapa? (2002). Hari ini, sutradara berusia 72 tahun ini mahu menyentuh hati penonton muda menerusi Karipap-Karipap Cinta, adaptasi novel popular karya Nazri M. Annuar.

Saya memahami justifikasi Hafsham apabila meminta Nazri mengolah sendiri lakon layarnya, biarpun penulis itu tidak berpengalaman menghasilkan skrip. Menterjemah novel kepada bahasa visual tentunya berbeza, tetapi Hafsham barangkali sekadar berjaga-jaga agar 'jiwa remaja' novel itu kekal di layar perak.

Karipap-Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pekerja syarikat majalah yang menganggap kehidupan sebagai perkara sambil lewa. Dia jatuh cinta pandang pertama kepada Sarah, gadis lulusan Universiti Al-Azhar yang bukan saja pandai bersilat, tetapi juga bijak memasak karipap.

Demi memikat gadis impiannya, Ali berbohong sebagai graduan universiti yang sama, apatah lagi bila mendapat tahu Sarah bakal dijodohkan dengan ustaz. Dia juga sanggup memecah masuk rumah majikan sendiri, untuk mendapatkan dokumen yang boleh membersihkan nama bapa Sarah dari skandal rasuah.

Nazri mempunyai idea yang menarik dalam mencipta situasi komedi dan cinta. Susur galurnya ringkas dan perbualannya selamba, mudah untuk difahami generasi masa kini. Filem ini berjaya muncul dengan beberapa 'punch line' yang agak berkesan, meskipun tidak dapat lari dari elemen-elemen jenaka ala Senario.

Misalnya, kewujudan sidekick Ali lakonan P. Jagen, Shawal AF5 dan Elyas Iskandar yang mengingatkan saya kepada watak-watak pembantu yang stereotaip yang melakukan apa saja untuk membuatkan penonton ketawa. Namun demikian tidak semua lawaknya menjadi, ada yang separuh masak.

Saya kurang memahami sub-plot jiran Ali, lakonan bintang baru Shamira Azmil (anak kepada Azmil Mustapha) yang obses dengan jejaka itu. Walaupun adegan-adegan yang membabitkan mereka menimbulkan sedikit kelucuan, tetapi ia tidak memberi kesan, mahupun kesinambungan kepada keseluruhan jalan cerita.

Saya kira, salah satu formula bagaimana filem komedi romantik boleh berjaya ialah gandingan dua pelakon utama yang 'kuat'. Mereka tidak semestinya hebat, asal saja dapat menimbulkan keserasian dan saling melengkapi. Ini kerana mereka dan sekeliling yang berlaku di antara mereka menjadi fokus.

Gambit Saifullah merupakan pilihan yang mungkin tidak terlalu tepat, tetapi sesuai untuk watak Ali. Terdapat beberapa sifat Ali seperti poyo dan yakin diri yang kena dengan bahasa tubuh Gambit. Tetapi ada waktu-waktunya nampak seperti tidak asli. Puncanya kerana hero tidak secocok dengan heroin, Melia Aimellia.

Sarah sebenarnya satu karakter yang dominan dan bukan calang-calang. Dia seorang wanita yang berperibadi tinggi. Tetapi dalam masa sama masih seperti gadis lain yang ingin mencari cinta dan keluar berpacaran dengan lelaki idaman.

Bukan Melia tidak berusaha, tetapi mungkin kerana kurang pengalaman dan tunjuk ajar, watak Sarah dizahirkan tanpa naluri. Peranan itu seharusnya menjadi peranan yang menyeronokkan dan dinanti-nantikan kemunculannya.

Namun di tangan Melia, perkara itu tidak terjadi. Malah saya amat rimas dengan gaya tudungnya yang tidak kemas. Melihat luarannya juga, saya tidak percaya apabila Sarah dikatakan antara 10 pelajar terbaik Universiti Al-Azhar semasa tahun pengajiannya.

Karipap-Karipap Cinta terhasil sebagai sebuah filem yang mempunyai perasaan dan wajah era 1990an. Saya tidak pasti jika itu satu perkara yang baik atau sebaliknya. Bagaimanapun, Hafsham masih mengekalkan resepi komedi dengan tempo dan ritma yang betul.

Naskhah ini juga dilihat segar, mengaitkan makanan sebagai subjek dan penyambung kepada rasa kasih. Kemunculan Eman Manan juga yang membawakan watak komikal, terutamanya ketika menyanyikan lagu Liyana Jasmay, memberi harapan bahawa filem ini masih mampu menghiburkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 03:11 PM | Show all posts
tatau nape tak ada hati langsung nak tengok citer ni??
adakah disebabkan dek barisan pelakonnya kah?
tak baca novelnya kah?
or rasa memang tak best kah??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:29 PM | Show all posts
tak sempat tgk pun...agaknyer tnggu keluar astro first kot......
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:07 PM | Show all posts
raya tahun depan korang tunggu la mesti keluar citer ni kt tb...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2011 07:25 PM | Show all posts
lakonan eman manan shj yg gah..lain2 kena usaha lagi..plg byk kena usaha si heroin tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.288963 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list