CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wirazam

Komen pelakon Karipap2 cinta....sungguh sadis

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:22 AM | Show all posts
Cite mcm best lak.. Dengan hero xleh blah ..gambit very the comot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 09:37 AM | Show all posts
tgk trailer mcm xbest... raya tak jadi tu pun macam so so je... tapi ada johan n saiful ni heroin pun orang tak kenal lagila... nak nanges sebab kesian tengok pilem KKC nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 09:46 AM | Show all posts
so? ramai je yg tak balik raya sbb kerja yang lebih mendesak..ko takat promosi filem pun nangis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 11:50 AM | Show all posts
so? ramai je yg tak balik raya sbb kerja yang lebih mendesak..ko takat promosi filem pun nangis?
buangmasa Post at 6-9-2011 09:46



    ni lar katanya bakal2 pelapis pelakon katanya...
aku nak tgk juga ada tak bakal2 pelakon yg ada pendidikan tinggi dlm bidang lakonan mcm kat US nun...kat sana berlakon satu filem dah mewah dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 11:55 AM | Show all posts
dengar tajuk pon dah bosannnnn asal boleeeee jek nak buat pilem.. kalo nak buat comeback pun, buat laa cite yg berkesan cket...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 12:01 PM | Show all posts
Pekerja filem mesti berkelulusan
Disediakan oleh Berita Harian

Kelayakan akademi, pengalaman tingkatkan tahap profesionalisme

BUKAN sekadar memiliki kemahiran dan pengalaman sahaja tetapi tahap pendidikan yang baik juga boleh membantu meningkatkan tahap profesionalisme pekerja filem. Sehubungan itu, Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (PROFIMA) menggalakkan ahli-ahlinya supaya tidak melepaskan peluang pelbagai kursus atau latihan membabitkan bidang ini kedudukan mereka setanding dengan kerjaya lain. Presiden PROFIMA , Khir Mohd Noor berkata, selepas ini diharapkan syarat mengambil pekerja filem seperti perjawatan yang lain diperketatkan atau diperbaiki yang mana selain mempunyai pengalaman, mereka juga sepatutnya mempunyai kelulusan akademi, sekurang-kurangnya memiliki sijil atau diploma dalam bidang berkaitan.

“Ini kerana kami mahu melahirkan warga kerja filem yang berilmu dan berharap ahli yang berada di bawah pimpinan PROFIMA mempunyai sijil pendidikan atau kelulusan akademi lain yang diiktiraf bagi mencapai tahap profesionalisme dalam kerjaya mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Khir mencadangkan serta menggalakkan pekerja filem yang tiada sijil atau kelulusan akademi, supaya melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perfileman.

Menurutnya, setiap pekerja filem ada ada inisiatif sendiri dalam memajukan diri dengan mendapatkan ilmu dalam bidang berkaitan kerana dalam jangka panjang ia boleh memberi kebaikan pada diri sendiri.

Katanya lagi, dengan memiliki tahap akademi yang semakin baik, ia bukan sahaja dapat mengangkat martabat pekerja filem tetapi dapat mengelakkan diri daripada dianiayai oleh pihak kurang bertanggungjawab.

“Kalau boleh kita tidak mahu ada pekerja filem yang tidak mempunyai kelulusan akademi yang baik. PROFIMA harap selepas ini pengambilan pekerja filem harus disertakan dengan syarat asas iaitu mempunyai kelulusan akademi sekurang-kurangnya pada peringkat diploma.

“Memang pengalaman juga penting. Tapi kalau seseorang itu mempunyai pengalaman dan pendidikan, ini menjadikan kerjaya mereka akan dihormati dan dipandang tinggi sekaligus meningkatkan lagi tahap profesionalisme sebagai pekerja filem,” katanya.

PROFIMA adalah persatuan yang melindungi dan menjaga kepentingan serta kebajikan pekerja filem ditubuhkan kira-kira 25 tahun lalu. Mengenakan yuran keahlian RM40 setahun, ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai sektor dalam penerbitan filem seperti pengarah fotografi, penata seni sehingga kepada jurusolek artis.

Khir berkata, sebagai persatuan yang mengutamakan kebajikan pekerja, dia juga kesal dengan nasib pekerja filem yang bekerja lebih daripada 18 jam sehari.

“Saya kasihan melihat nasib pekerja di set penggambaran yang perlu bekerja keras sehingga 18 jam sehari. Kadang kala lebih daripada itu.

“Oleh itu, saya akan keluarkan surat kepada produser selepas ini supaya pekerja filem hanya bekerja selama 12 jam sehari dan jika lebih itu ia boleh dikira sebagai bayaran insentif tetapi saya akan pastikan syarat wajib itu tidak membebankan produser.

“Bayaran selepas pekerja bekerja selepas 12 jam itu adalah bayaran tambahan atau elaun kerana di luar negara pekerja filem tidak bekerja terlalu lama seperti di sini,” katanya.

Turun padang tinjau nasib ahli

MENGENAI aktiviti PROFIMA, Khir berkata walaupun terpaksa mencari dana pembiayaan sendiri bagi program yang direncanakan, dia dan beberapa ahli jawatankuasa terus melangkah tanpa menoleh ke belakang.

“Selain menerima bantuan daripada beberapa pihak, setiap tahun kami mendapat bantuan daripada kerajaan sebanyak RM30 ribu dan pada tahun ini bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM25 ribu,” katanya.

Kewujudan PROFIMA yang dulunya dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) ini dilihat menjadi landasan untuk mereka yang bekerja dengan produksi filem mahupun drama meluahkan pandangan dan keluhan.

Bagi Khir, keinginannya untuk memegang jawatan presiden adalah mahu memberi perubahan pada persatuan tanpa merujuk pada keinginan kelompok ahli tertentu demi menjaga kebajikan sebilangan ahlinya yang terabai.

Katanya, sebagai presiden PROFIMA juga, apa yang mahu diberikan kepada pengadu iaitu pekerja filem adalah tindak balas terhadap aduan yang tangkas dan berkesan.

“Beberapa aduan seperti gangguan seksual di lokasi atau masalah pembayaran akan diselesaikan dengan kadar segera kerana kami mahu memastikan kebajikan pekerja filem terbela,” katanya sambil memberitahu selain dirinya, Ahli Jawatankuasa PROFIMA juga turun padang melawat pekerja filem di lokasi bagi melihat masalah ahli mereka secara lebih dekat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2011 12:04 PM | Show all posts
tgk heroin dia buatkan aku muntah
tambah2 lg dgn stetment sendu dia tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply 54# luvly_snow8608

memang tajuk novelnya karipap karipap cinta
terbitan PTS
penulis : Nazri M. Annuar



aku tak tahu kenapa yg pengarahan pengarah mesia, kebykkan buku2 yg best bila dijadikan filem/drama semuanya hancur lebur...
dah lah KKC ni aku suka, hancur lg...
ombak rindu pun, dah nampak hancur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 12:42 PM | Show all posts
alahai artis, tau lah belajar sampai SPM je tp cubalah berfikir dulu sebelum bg apa2 statement. :doh ...
fukadaminchi Post at 5-9-2011 18:07



   SETUJUUUUUU!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:02 PM | Show all posts
Reply 24# cik.panda


    Vovin pandai menulis...I dun think it's his fault alone. Buku KKC kalau tak silap sampai 5 kali reprint ek?Correct me if I'm wrong. But Vovin is a decent fella, just i dun think he has much say in a film production. Dia kan indie jugak.
Mungkin sebab Hafsham yang nak mengarah, unsur komersil tu dilebih-lebihkan. At the end of the day,the producers will have the final say. Not the script writer.

Tapi cerita Geisha Melayu Terakhir pun hasil garapan Vovin kan..to me that is much better that KKC.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply  luvly_snow8608

memang tajuk novelnya karipap karipap cinta
terbitan PTS
penulis : Nazri ...
mijot Post at 6-9-2011 12:34



   owhhh...ai xpernah baca pulak... sejak kawen xminat baca novel da..huhu.. ermmm sgt best ker novelnyer?? tp tol la... cedey sgt tau.. sbb ai dulu minat novel lagenda budak setan..bile difelemkan sgtlah kecewa hokay .. mencikkk... merusakkan mood org jer.. neway, thx
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply  cik.panda


    Vovin pandai menulis...I dun think it's his fault alone. Buku KKC kalau t ...
meshni Post at 6-9-2011 13:02



   Make sense... valid points. Yelah even though Vovin is the scriptwriter tapi pengarah masih Hafsham. So apa2 pun kena ikut cakap Hafsham kan.

This is what happened bila karya yang bagus dikomersialkan. Wait for Ombak Rindu laa... itu pun another novel-based film yang bakal sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:44 PM | Show all posts
Guys, please.

Jangan hanya condemn jika tak pernah baca novel atau tengok filem ini, antara satu. Baca dulu atau tengok dulu, thenkorang boleh come up dengan valid points rather than just saying gambit busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:08 PM | Show all posts
yang ni x dok jambol tersembol
fukadaminchi Post at 6-9-2011 01:48



    ustazah nih langsung x pakai tudung jah
tu pun betudung sebab masuk mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:50 PM | Show all posts
jujur wa katakan..

org seni kat malaysia ni kebanyakannya memang banganggggg skit bila buat citer pasal islamik.. dorang tak buat research betul2...

citer islamik kat malaysia ni skadar tangkap muat jer sbb penulis skrip or pengarah citer tu mmg bangangggg tak tahu hukum hakam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 03:51 PM | Show all posts
Tajuk Filem ni pun dah cukup kuat utk melambangkan kebodohan isi citer dlm filem ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2011 03:57 PM | Show all posts
naper karipap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 04:42 PM | Show all posts
jujur wa katakan..

org seni kat malaysia ni kebanyakannya memang banganggggg skit bila buat cite ...
Amiin_al_Kalam Post at 6-9-2011 15:50



   setuju...mesti nak kena tgk filem indon spt ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 04:51 PM | Show all posts
mcm x best je kkc nih...tgk hero si gambit ni lg la iols mual..

pengarah othman hafsham, better remake filem adik manja or adik manja return tu lg ok kot.

knp kita xnak buat filem mcm ayat2 cinta, KCB or perempuan berkalung serban..diorg punya speaking arab mmg real seh walaupon pelakon indon....tp at least msia ada nurkasih & syurga cinta walaupun so-so la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2011 05:17 PM | Show all posts
mcm x best je kkc nih...tgk hero si gambit ni lg la iols mual..

pengarah othman hafsham, bette ...
sherryda Post at 6-9-2011 16:51



   nurkasih tu utk drama mmg terbaik..tp bila tgk filem dia..sgt2 tak best...tp bolehlar dari tak ada kan..skrg nih byk lak drama2 ala islamik yg kira best la jugak...tahajjud cinta tu-> walaupun ada adegan2 heroin tak bertudung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.293970 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list