CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17375|Reply: 113

Komen pelakon Karipap2 cinta....sungguh sadis

[Copy link]
Post time 5-9-2011 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Milia bertuah dapat bimbingan pengarah terkenal

NADA perbualan yang tadinya rancak bertukar menjadi perlahan. Wajah yang sebelum itu ceria berubah warna serta merta. Sebak suara pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Milia Aimellia Zaid, tatkala ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini.

Puas menahan akhirnya manik jernih yang bertakung di kelopak mata tumpah juga ketika menjawab pertanyaan itu. Entah kenapa perasaan sedih dan sayu menyelubungi jiwanya ketika umat Islam lain sedang bersiap sedia menghadapi hari kemenangan selepas sebulan menahan hawa nafsu. Kata Milia, nalurinya cukup tersentuh sebaik saja mengenangkan Aidilfitri. “Tahun ini nampaknya saya tidak dapat meraikan Hari Raya bersama keluarga tercinta kerana terikat dengan jadual promosi filem Karipap-Karipap Cinta. Disebabkan itu saya awal-awal lagi sudah menghantar mereka ke kampung,” kata Milia sambil menyeka air matanya yang menitis di pipi.

Memandangkan filem arahan Othman Hafsham ini filem sulung lakonannya, kata Milia, dia terpaksa berkorban demi menunjukkan betapa komited dirinya terhadap filem itu.

“Sedih itu memanglah sedih, tapi nak buat macam mana, saya perlu mempromosikan filem ini yang bakal masuk ke pawagam pada Hari Raya nanti. Mujurlah keluarga saya sendiri memahami dan tidak merungut. Bagaimanapun, saya sudah pun membuat persiapan serba sedikit untuk diri sendiri dan keluarga sebelum menghantar mereka pulang ke kampung di Juaseh, Negeri Sembilan,” ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita beberapa hari menjelang Syawal.

Ketika pelakon wanita muncul di arena seni bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun tuah ternyata memihak kepada gadis berusia 18 tahun ini. Bayangkan, daripada 180 calon yang datang untuk sesi uji bakat, tuah berpihak kepadanya untuk memegang watak sebagai Sarah.

“Selepas tamat penggambaran drama Bonda dan masih menanti-nanti tawaran berlakon yang lain, saya pun melayari laman web dan terpandang iklan mencari pelakon untuk sebuah filem. Dengan niat mahu menimba pengalaman sebagai pelakon layar perak, saya pun memberanikan diri mencuba.

“Selepas sekian lama menanti, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak produksi yang menyatakan mereka berminat untuk menawarkan watak Sarah kepada saya. Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan keputusan itu secara langsung. Mereka mainkan saya terlebih dan hanya selepas itu barulah mereka memberitahu yang saya terpilih untuk berlakon dalam filem itu,” ujar Melia dalam nada teruja.

Melia nyata cukup bertuah kerana mendapat bimbingan sutradara handalan yang pernah menghasilkan filem hebat sebelum ini. Namun begitu, Milia tidak malu mengakui dia tidak mengenali sutradara terbabit sebelum ini.

“Terus terang saya memang tidak kenal siapa dia Othman Hafsham. Tapi saya tahulah filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini seperti Adik Manja dan Mekanik. Bekerja dengan dia cukup menyeronokkan kerana dia bukan saja mengarah, tetapi banyak memberikan petua berguna ketika di lokasi supaya saya boleh muncul menjadi pelakon yang disegani satu hari nanti,” katanya.

Risau watak Sarah jadi kontroversi

DALAM novel asal tulisan Nazri Md Anuar itu, watak Sarah ialah graduan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kalau berdasarkan logika dan melihat lokasi tempat Sarah menimba ilmu, pastinya penampilan Sarah lebih kepada imej seorang Muslimah sejati yang bertudung litup tanpa memperlihatkan sehelai rambut.

Namun apabila dipindahkan ke layar perak, imej yang ditampilkan amat berbeza sekali. Walaupun mempunyai pendidikan ilmu agama yang tinggi namun Sarah hanya mengenakan selendang. Apakah Melia tidak bimbang jika penampilannya itu bakal menjadi bualan mereka yang tidak senang dengan imej yang ditonjolkannya itu?

“Sebenarnya imej yang saya tampilkan itu ditonjolkan selepas berbincang dengan pengarah dan penerbit. Saya tak mahu peminat saya keliru dan menyangkakan saya memang mengenakan tudung di luar lokasi seperti yang pernah berlaku ke atas Tiz Zaqyah. Disebabkan imej bertudung terlalu kuat dalam drama Nur Kasih, ramai yang menganggap Tiz memang bertudung dan mengharapkan dia terus mengenakan tudung.

“Kalau ada yang terus mempertikaikannya dan menganggap saya mempersendakan wanita lulusan Al-Azhar, saya rasa berlakon itu sendiri sebenarnya memang sudah salah di sisi agama. Jadi saya rasa tak perlulah saya nak ulas lebih-lebih perkara ini dan tidak perlu nak memanjangkannya,” pinta Melia mengharapkan pengertian.

Selain Melia, filem terbabit menampilkan Gambit Saifullah, Eman Manan, Rosnah Johari, Fish Fadzil serta Shawal AF5




gosipnya...Malaysia mmg kurang pelakon yg berkaliber ye..Indonesia ok je buat filem islamik Bila Cinta Bertasbih tu...heroin dia pun mmg pakai tudung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 05:42 PM | Show all posts
ingatkan luahan hati gambit.. sedih sebab filem xlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 05:44 PM | Show all posts
ape nih? komen iols: semuanye hanye nk naikkan rating karipap cinta tuh sebab tak laku meh..gambit i lap u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 05:45 PM | Show all posts
ingatkan luahan hati gambit.. sedih sebab filem xlaku..
jepp Post at 5-9-2011 17:42



   gambit mana kisah..asalkan payment ok...jalan...kesian kat pengarah..barisan pelakon yg dia casting tak umpph...cuba kalau dia buat mcm BCB tu baru best...novel KKC nih katanya laris dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 05:46 PM | Show all posts
pelem sampah...pengarah sampah..ngan pelakon2 skali sampah sarap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 05:48 PM | Show all posts
ape nih? komen iols: semuanye hanye nk naikkan rating karipap cinta tuh sebab tak laku meh..gambit i ...
kueh_kueh Post at 5-9-2011 17:44



   kalau dia bg watak sarah tu kat Diana Danielle mesti best...nak juga tgk diana pakai tudung..btw, jln cerita KKC nih pun mcm tak best je..nak salahkan penulis skrip dia...dahlar lawak2 dlm filem nih ala2 zmn AR badul dulu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2011 05:49 PM | Show all posts
pelem sampah...pengarah sampah..ngan pelakon2 skali sampah sarap...
skymania Post at 5-9-2011 17:46



ntah2 bajet dia pun ala2 sampah gak... baik buat drama bersiri je
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 05:56 PM | Show all posts
kesiannya, baru je menapak dalam dunia seni dah teserlah kebodohannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 05:56 PM | Show all posts
TJuk pun x semenggah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 05:58 PM | Show all posts
dengar tajuk pun cam malas nak tgk....bukan tak sokong filem tempatan tp biarlah ada jln cerita yg meningalkan kesan dlm hati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:02 PM | Show all posts
pelem sampah...pengarah sampah..ngan pelakon2 skali sampah sarap...
skymania Post at 5-9-2011 17:46


ni bdk2 zaman skrg tak kenal sapa tu pengarah othman hafsham... cite dia dulu meletup tawwww!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:07 PM | Show all posts
alahai artis, tau lah belajar sampai SPM je tp cubalah berfikir dulu sebelum bg apa2 statement.   apa ke bangang watak wanita uni al-azhar pakai tudung nampak jambol? pe masalahnya kalau pakai tudung penuh walau hanya dlm filem? sekayu-kayu heliza tu baik lah pengarah amik heliza je berlakon watak sarah tu... xde la busuk sgt maruah filem ni. irma hasmi yg dah ada nama & bertudung tu boleh jd heroinnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:16 PM | Show all posts
malas aku nak amik port filem sampah dan pelakon sampah ni....

buat menyesakkan lg industri filem yg semakin sesak ni jerk.

layan hantu bonceng lg berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:17 PM | Show all posts
Karipap-karipap cinta dalam version novel sangat best.. Tapi bila dah jadi filem ni, tak rasa nak tengok pun.. Baik baca novel je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:18 PM | Show all posts
pilem ni tak dipomotkan kat tb ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:28 PM | Show all posts
tgk trailer fielm ni pon dah muntahijaw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 06:38 PM | Show all posts
betul ke filem ni sampah?? dahlah pelakon dia busuk!!

mek cadangkan tajuk filem ni di tukar ke sampah-sampah cinta!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:48 PM | Show all posts
betul ke filem ni sampah?? dahlah pelakon dia busuk!!

mek cadangkan tajuk filem ni di tukar ke sa ...
elorna Post at 5-9-2011 18:38


eh eh mek elorna...gambit tu busuk jgak ke? iols bau wangi jek
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:52 PM | Show all posts
dgr tajuk je mcm nk muntah n geli ketiak aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 06:52 PM | Show all posts
eh eh mek elorna...gambit tu busuk jgak ke? iols bau wangi jek
kueh_kueh Post at 5-9-2011 18:48


gambit la yg busuk tuh!!
kan ada gusip pasal pelakon lelaki rmbut busuk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062216 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list