CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16817|Reply: 110

SY (syamsul yusof) aset Skop & DYH.

[Copy link]
Post time 26-8-2011 01:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mekwa at 26-8-2011 22:39

Yusof Haslam Tidak Mahu Syamsul 'Menderhaka'





KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.

Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.

Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.




"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.

Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.



kredit to Mstar online



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 03:17 AM | Show all posts
sol sol sollll
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 03:25 AM | Show all posts
aku lg interested nk tau bonus dpt brape
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 05:52 AM | Show all posts
bila mamat ni nk kawen
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:30 AM | Show all posts
Bagus tak menunjuk tayang cheque besar gedabak time beri bonus kat pelakon. Ini baru humble namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:46 AM | Show all posts
memang rugu lah kalu sape lepaskan abg soul nih...dahlah kacak,kaya...cume sedikit poyo lah...kate org...hopefully not..hmmm betuahnye badan sape yg dapat..iolsss sedihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2011 07:07 AM | Show all posts
Keje dgn syarikat filem bonus berubah dr tahun ke tahun. Best lah. Keuntungn meningkat bonus pn meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 07:13 AM | Show all posts
tajuk ntah apa2 :re: x paham ai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 07:38 AM | Show all posts
b'tuah sape dapat abg soul nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 07:42 AM | Show all posts
makin hensem ek abg soul ni....hensem mcm bapak dia masa muda2 dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 07:45 AM | Show all posts
Diana danielle mane
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 07:53 AM | Show all posts
soul. soul.soul
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:03 AM | Show all posts
ingat usop wilcha tak lepas nak g seoul, korea.....tajuk tu bagi org paham sket....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:15 AM | Show all posts
soul with souless movies..... anak dgn bapak sama jer kuarkan filem yang tak membina minda... wekkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:20 AM | Show all posts
ape tajuk cam haremsss TT hoiiiii.. mati2 ai ingat usop wilca..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:23 AM | Show all posts
aku lg interested nk tau bonus dpt brape
biskut_milo Post at 26-8-2011 03:25


khennn..... bole calen tak ngan apek mig.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 08:29 AM | Show all posts
aper la tajuk benang nie, wat org konpius jer

tp syafiq tu x sehensem abg dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 26-8-2011 08:38

ni lak yang ai dapat ..
papa bagi kawin  awal tak???



Pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti seperti Diana Danielle & Liyana Jasmay, namun hubungan pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof bersama kedua-dua selebriti itu tidak berkekalan. Walau bagaimanapun, Syamsul Yusof yang ditemui ketika majlis buka puasa & pemberian bonus kepada staff di Finas, Ampang telah membongkarkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Sudah lebih 6 bulan saya berkenalan dengan wanita itu. Alhamdullilah, saya rasa sangat ‘ngam’ & selesa dengan dia. Dia bukanlah selebriti atau orang yang terlibat dengan industri hiburan. Memang totally daripada dunia lain. Pengajaran bercinta dengan selebriti banyak membuatkan saya lebih berhati-hati. Kini, saya lebih suka andai kata orang tidak kenal bakal isteri saya. Biarlah ia menjadi rahsia sehingga satu hari nanti,” kata Syamsul Yusof kepada pihak media, semalam.

“Kini saya sudah berusia 27 tahun & bersedia untuk berkahwin. Kalau ada jodoh, saya memang nak kahwin cepat-cepat. Sekarang, setiap hari saya berdoa supaya hasrat untuk berkahwin tercapai,” ujar Syamsul Yusof, ceria.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:58 AM | Show all posts
samsul makin hari makin best..dulu poyo...tp sejak berjaya & menang byk anugerah dia ni makin humble
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 09:13 AM | Show all posts
bagus dia ni..nampak humble je
cakap pun berlapik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.767345 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list