CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14518|Reply: 79

Sapa Editor Kanan TV3 Didakwa Lakukan Gangguan Seksual.

[Copy link]
Post time 24-8-2011 12:17 PM | Show all posts |Read mode
p/s boleh masuk sini ke?

[TVS] DAMANSARA 24 OGOS: Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.


Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.   

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.     

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,”  kata sumber berkenaan.      

sapa ek buat bnd gini... haish.. guna pangkat tuk nafsu diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 12:23 PM | Show all posts
sapo nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:28 PM | Show all posts
Sapa nih??cpt2 update identiti jantan gatal tuh.nox nk taw sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 12:31 PM | Show all posts
btul.. biao die kne buang.. cian mangsa cari makan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:37 PM | Show all posts
xde orang tibi3 dalam gossip ni? dulu ada si Toyol leh gak tanya dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:29 PM | Show all posts

siapa mangsa dan pemangsa tu??

Dakwaan gangguan seks: Editor kanan TV3 disiasat
(sumber: Malaysiakini)









Seorang editor kanan TV3 kini dalam siasatan syarikat itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang petugas itu yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.
Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor berkata Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru-baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.   

Empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak  beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut  menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.     

Katanya lagi, siasatan bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan. Salinan e-mel itu juga dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, beberapa kakitangan dikatakan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa. Beliau juga dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,”  kata sumber itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2011 02:32 PM | Show all posts
ker pompuan seme neh goda editor kanan neh semata2 nak jdk pemberita or pembaca brita slot prime time?? biler editor tak layan memasing pakat dok buat aduan???

*hasil aku tgk drama all about eve*

bukan boleh pakai sngt brita sebelah pihak sajork...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:33 PM | Show all posts
wah. tv3 bagi pulak eh kuar news gini..?
selalunya kalau ada berita buruk tentang personaliti dorang,
xdanya liputan berita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 02:34 PM | Show all posts
bukan da ada ke thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:34 PM | Show all posts
betul tu emperor......masing2 glamur jer lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 02:36 PM | Show all posts
apesal aku rase cam dejavuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 03:21 PM | Show all posts
mek x penah pun baca pasal gusip ni..
so sapekah editor & petugas2 itew??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 03:31 PM | Show all posts
MCM PAK CIK C...W...   KE???
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 03:35 PM | Show all posts
MCM PAK CIK C...W...   KE???
arinn Post at 24-8-2011 15:31



    awat lak ekau gagap nie .. cer bagi klue???
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 04:18 PM | Show all posts
SAPA??{:1_142:}{:1_142:}{:1_142:}{:1_142:}
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 04:35 PM | Show all posts
ker pompuan seme neh goda editor kanan neh semata2 nak jdk pemberita or pembaca brita slot prime tim ...
skymania Post at 24-8-2011 14:32



   pengaruh drama sgt...teori ko mcm btul jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 05:28 PM | Show all posts
sapo nih .. selalu tengok gangbang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 05:28 PM | Show all posts
ada 2, kasi merge jelah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 05:38 PM | Show all posts
sape ar diorang ni? nak gak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 05:39 PM | Show all posts
sape nih? cepat ngaku.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074783 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list