CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mea

(Merged) Ruminah Sidek dan isu ttg rumah, latest info pg 6

  [Copy link]
Post time 25-8-2011 03:17 PM | Show all posts
Reply 140# SANKURIANG


khen... x kan tak ada anak2 yg bijak pandai mengenai isu penilaian harta .....
katanya ada anak taraf pengarah bagai

upah la sykt mana2 nilaikan bangunan yg dibuat....
lps tu bawak masuk court... claim lah

dpt duit.... buat la banglo atas tanah sendiri tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2011 03:20 PM | Show all posts
pasal harta ni adik beradik anak beranak pun leh berparang!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 05:43 PM | Show all posts
Rasanya kes ni takde apa pun, cam azlan, anak makmah cakaplah, mak dia bercakap dalam keadaan emosi dan meluahkan perasaan. Rasanya sedara makmah pun tak salah, diaorang maybe just cakap nak ambik balik tanah tu, cuma makmah sebagai orang tua yang ada harta, tak selesalah duduk di tanah orang lagi.
Dalam bab sedara mara ni, mungkin waktu makmah buat rumah dulu, adik-beradik ipar dia tak kisah sangat cuma bila ipar-duai dah takde, cucu cicit lak yang ambik alih, tu agaknya diaorang nak settlekan secepat mungkin. Cuma kalau ikut undang-undang pun, pemilik tanah perlu bayar pampasan kepada penyewa tanah atau sesiapa sahaja yang tinggal atau usahakan tanah tersebut.
Jadi, tak payahlah kita menyalahkan sesiapa, betullah kata azlan tu, kes ni tak lah sebesar mana pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 06:45 PM | Show all posts
Memang cerita yang benar akan jadi sensasi bila ada wartawan yang tak buat research dgn teliti.Akhir nya keluarga yang terlibat akan bermasam muka.
Apa pulak cerita lepas wartawan pi cari sebelah pihak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 08:37 PM | Show all posts
anak mak mah ni sgt rasional...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2011 08:41 PM | Show all posts
Mak Mah pasrah


Oleh Hanisah Selamat

2011/08/25

Diminta meninggalkan rumahnya beberapa hari sebelum Ramadan

TIDAK perlu menunggu kenduri kendara, kediaman Ruminah Sidek, 65, yang mesra disapa Mak Mah di Meru, Klang sudah cukup meriah apabila semua anak cucunya selain tidak putus dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan sepanjang Syawal.

Namun untuk Syawal kali ini, ia berbeza apabila mahligai kecil yang duduki sejak tujuh tahun lalu dan dibina hasil titik peluh berlakon akan bertukar tangan membuatkan hati pelakon veteran itu resah dirundung duka mengenangkan sambutan hari raya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.
Semuanya gara-gara masalah pemilikan tanah berikutan kediaman terbabit dibina di atas tanah milik ibu mentuanya.
Namun, biar apa pun ibu kepada Adlin Aman Ramlie itu reda dengan ujian yang hadir di saat muslimin menantikan Ramadan.

“Peristiwa saya diminta keluar dari rumah itu sudah dua bulan berlalu. Selepas mengemas barangan peribadi, saya meninggalkan rumah itu jam dua pagi. Saya tidak ralat kehilangan harta benda sebaliknya yang membuatkan saya sedih kerana terpaksa meninggalkan mahligai yang menyimpan 1001 kenangan bersama arwah suami.

“Apa pun saya akur dan terima dugaan ini dengan hati terbuka. Bohong kalau saya katakan tidak sedih apatah lagi dizalimi individu yang dikenali pada usia emas begini, cuma sebagai insan saya perlu tabah,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Restoran Saloma.

Ditemani anak sulungnya, Azlan Aman Ramlie, pelakon berpengalaman yang masih aktif di layar perak dan televisyen itu tetap tenang bercerita malah sesekali jenakanya memecah keheningan bagai tiada duka yang singgah di hatinya.
Bukan hanya di pentas hiburan, secara peribadi sememangnya pelakon Jangan Pandang Belakang itu mudah didekati dek sifat keibuan dan setiap patah bicaranya pasti bersulamkan jenaka sekali pun diri dihimpit nestapa.

Kata Mak Mah lagi, barangkali orang mampu mengambil hak miliknya namun tidak sesekali dapat merampas kegembiraan hidupnya dikelilingi anak cucu termasuk anak tiri yang sudah dianggap darah daging sendiri.

“Di rumah itulah kami anak beranak berkumpul. Walau tidak sebesar mana, banyak kenangan ditinggalkan arwah suami. Ia umpama galeri seni yang menyimpan segala macam khazanah malah barang kesayangan peninggalan arwah suami turut saya pamerkan di sudut tertentu.

“Biarlah, selepas ini saya mahu membina sebuah lagi kediaman untuk menyimpan segala khazanah itu. Bukan bermakna saya kaya, tetapi wang simpanan dan hasil berlakon saya gunakan membina rumah itu,” katanya.

Sekali pun belum memutuskan lokasi atau di kediaman anak yang mana untuknya meraikan lebaran nanti, dia berharap perjalanan serta kehidupan harian dipermudahkanNya.

Akui Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu, hidupnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Ilahi dan keluarga namun sebelum menutup mata dia berdoa semoga berpeluang mempunyai rumah sendiri.

Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon AR Tompel, dia dikurniakan enam anak selain 28 anak tiri.

“Saya mempunyai keluarga besar yang membuatkan hidup saya cukup bererti apatah lagi dikurniakan 26 cucu manakala cicit seramai enam orang. Cuma lebih bermakna hari raya kalau dapat menyambutnya di rumah sendiri.

“Persiapan hari raya juga tahun ini juga belum satu pun terlaksana. Kalau dulu saya akan membakar sendiri biskut seperti semprit, tart, makmur dan Arab, kini lebih senang beli saja. Entahlah...” katanya lagi.

Enggan membiarkan syahdu membelenggu diri, selain masih rancak di lokasi penggambaran pelakon Anak Bapak itu rajin berkebun dengan menanam sayur-sayuran yang disifatkan sebagai terapi minda.

Menganggap selagi masih ada kudrat akan terus aktif, katanya usia yang panjang ini mengingatkannya supaya tidak lupa kepada suruhanNya selain jangan meminta-minta.

“Kita tidak tahu sejauh mana perjalanan kita. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik untuk beribadat dan melakukan aktiviti seharian. Rezeki lakonan juga tetap ada. Minggu kedua nanti saya menjalani penggambaran dokumentari pendek mengenai masyarakat Jawa.

“Pada 23 September pula saya sudah diikat Suhan Movies membintangi telefilem di bawah arahan Erma Fatima. Alhamdulillah, wang ini nanti akan saya simpan untuk membina rumah,” katanya yang mengakui tidak punya petua tertentu menjaga kesihatan.   
   
-Berita Harian-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2011 08:48 PM | Show all posts
kenapa msti halau time org dekat nk raya ni dik noks!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1111[img][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 09:49 PM | Show all posts
hm..iols rasa, sedara mara yg mak mah kata "halau" die kuar tu, sebenar nya just gitau yg diorang nk settlekan hal tanah tu la kot..jadi dah mmg termaktub mak mah ni takde hak kat tanah tu, mmg harus la mak mah tak sepatut nya tinggal kat situ..mungkin diorang nk setlekan hal+masalah dulu2 kala...hak tetap hak..kite kena sedar diri kite kalo berkaitan harta pusaka ni..dari awal lagik patut nya kena besedia pasal hal macam ni..nk salah kan sedara mara tu pon tak leh jugak..n macam yg anak sulung mak mah cakap tu, diorang tu pon takde la tetapkan tarikh ke menda utk mak mah kuar dr umah tu, tapi mak mah yg kuar sendirik..haish..kan dah jadik 1 isu kat situ..tetiba aku wonder, mak mah ni nk publisiti ke, or nyanyuk? opsss ..

tapi kalo betol la mak mah diperlakukan dgn "kejam" tu, mmg laknat lah mereka2 yg membuat nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 01:05 AM | Show all posts
aku rasa sedara yang mintak keluar tu cakap bila2 nak keluar boleh..dia nak setllekan hal tanah tu tapi tadelah paksa keluar time2 tu jugak..tapi biasalah..orang tua kan..hati cepat terasa..terus dia keluar pagi2 buta tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 07:35 AM | Show all posts
kesian mak mah... runding elok2 kan bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 10:35 AM | Show all posts
uolss ni emosional la, tak bleh jd tuan majistret

rasanya kita dah faham situasi sebenar berdasarkan cerita anak mak mah tu.  jd tak de la timbul isu sedara tu menghalau pukul 2 pagi.  sian sedara tu x pasal2 kena fitnah. cuba kita fikir pada mereka yg berhak atas tanah tersebut. mereka pun sudah pasti ada waris mereka sendiri skrg atau akan datang (termasuklah waris/anak suami mak mah klu ada). klu dh jatuh pd mak mah, tidak kah jd zalim pulak menafikan hak pada waris yg berhak? kan? betul tak?

harap2 semuanya setel dgn baik la...sedih la nak2 raya gaduh sesama sedara pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 10:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by tunadalamtin at 29-8-2011 10:38

sori terdabel post plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 12:24 PM | Show all posts
lain hokkay rumah anak2 dgn rumah sendiri.
aku pun selalu ingatkan diri aku, apa2 jadi nanti aku tak kuasa nak berebut2 tanah nih. lantak korangla yg beranak banyak nak kan tanah sampai sanggup buang adik beradik buang sedara.
Drama sangat, tp anak tak dapat nak rasa sama ngan mak duk rumah ngan suami tercinta puluh2 tahun lamanya pastu kena tinggalkan rumah tu walaupun kata2nya baik2 sahaja. bagus gak anak makmah ni, cool jer.  semoga raya ni memberi ketenangan kpd makmah, bukan rumah yg penting, tp memori tu.  bertabahlah makmah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 03:55 PM | Show all posts
anak mak mah sendiri cakap mak dia ada rumah & tanah lain, pegi lah tinggal kat situ, jangan lah berdrama ke hulu ke hilir cakap kena halau di pagi hari bagai ... sedih tu memang sedih, pasal rumah tu ada sentimental value kat mak mah, tapi, dah tanah tu bukan hak mak mah, redha jer lah ... memori tetap memori, tetap terpahat di dalam hati, tak perlu nak bergaduh, buang saudara bagai.  jangan pulak nak pot pet pot pet di ungkit arwah tu arwah ni, kesian plak nanti arwah tak tenang di barzakh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 11:28 PM | Show all posts
aiyoo...kesiannye...jgn sampai end up duk umah orang2 tua sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 12:26 AM | Show all posts
korang ni..mahapkn lh mak mah klau dia tersilap ckp..org tua kn sensitif bab2 mcm ni..mybe dia sedih sgt msa tu..so kluarlh mcm2 statement dri dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2011 10:16 PM | Show all posts
mak mah nt robohkan jer rumah tu...biar sama2 rugi n rasa..hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.504009 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list