CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23430|Reply: 142

Neelofa Tolak Cinta Wang Ringgit...

  [Copy link]
Post time 21-8-2011 07:32 AM | Show all posts |Read mode

Neelofa



DUIT bukan segala-galanya. Kalau bercinta sebab duit tak guna juga. Kita kena tengok juga perkara-perkara lain yang perlu dijadikan bekalan masa hadapan,” kata Neelofa Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai isu dirinya dihimpit VIP sejak awal muncul dalam bidang seni.
Menurut gadis kecil molek itu lagi, dia sebenarnya cukup rimas apabila orang sering kali melabel dirinya dihimpit golongan kelas atasan ini sedangkan hal itu tidak pernah berlaku.
Tidak mahu dirinya terus menjadi perhatian dan permainan sesetengah pihak yang kurang senang dengan dirinya, Lofa nekad mengambil keputusan untuk mengunci mulutnya daripada terus memberikan apa-apa komen.
“Untuk apa Lofa terus layan cerita kena himpit VIP ni? Banyak cerita yang dijaja itu tak benar, akhirnya Lofa yang menjadi mangsa. Sebab itu sekarang ni, Lofa diam sahaja, malas hendak layan cerita yang bukan-bukan.
“Bila sebut VIP orang akan kaitkan dengan duit. Sepertinya orang yang mahu berkawan dengan VIP ni semata-mata kerana duit. Lofa masih belum terdesak untuk jadi macam tu.
“Macam Lofa cakap tadi, duit bukan segala-galanya. Kalau banyak duit tapi tak bahagia tak guna juga. Jadi biarlah Lofa betul-betul bina nama sebagai anak seni sebelum berkongsi cerita peribadi dengan orang lain.
“Kalau kerja belum teruji lagi tapi kontroversi sahaja yang datang, tak elok juga,” jelas gadis yang sudah menginjak usia 22 tahun ini.
Jika ada yang mengikuti perkembangan Lofa sebelum ini, dia memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Ada sahaja cerita yang menjentik rasa dipaparkan untuk tatapan umum. Banyak cerita yang dihadapkan, menjurus kepada sisi tak elok heroin Azura ini sendiri.
Namun begitu, setiap kontroversi itu bagaikan membuka pintu rezeki buatnya. Dengan cerita-cerita ini nama Lofa semakin dikenali dan menjadi perhatian pengarah filem mahupun drama.
“Betul, nama Lofa memang selalu jadi mangsa gosip liar. Ada orang yang lebih tahu pasal cerita panas Lofa daripada mengenali siapakah Lofa yang sebenar.
“Setiap kali badai tu datang melanda, setiap kali itu juga Lofa akan duduk berdiam diri. Hanya membiarkan orang lain bercerita mengenai hal itu daripada terus nak layan cerita tersebut.
“Kalau nak layan kontroversi bermasam muka, cerita putus cinta memang ia tak akan habis sampai bila-bila. Lofa yakin peminat di luar sana pandai menilai apa yang baik dan mana yang buruk.
“Penilaian-penilaian yang mereka buat ini akhirnya membuatkan cerita itu reda begitu sahaja,” katanya yang kini sedang popular dengan drama Tahajjud Cinta.
Bercerita mengenai kerjaya pula, Lofa bakal muncul dengan beberapa buah filem pada tahun hadapan. Cukup teruja dengan semuanya, jelas gadis asal Pasir Mas, Kelantan ini kehidupan sebagai anak wayang itu cukup menyeronokkan.
Dan baru-baru ini ada berita yang melaporkan Lofa bakal membintangi filem Rentaz arahan Mamat Khalid. Namun semuanya hanya tinggal kenangan apabila Lofa terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Lofa memang teringin nak bekerjasama dengan Mamat Khalid. Kalau ikut perancangan awal memang kami akan bekerja sama-sama tapi memandangkan jadual Lofa yang tak mengizinkan, terus Lofa lupakan hasrat tu.
“Filem tu gunakan lokasi Betong, Selatan Thailand. Lofa tak ada masalah kalau lokasi tu dekat. Bila lokasi jauh susahlah sebab Lofa masih belajar.
“ Itu sebab yang buat Lofa tekad untuk tak ambil watak tersebut. Rasa rugi sangat tapi Lofa anggap tak ada rezeki sahaja,” tambahnya lagi. -Utusan-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 11:34 AM | Show all posts
jwpn standard retis....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 12:45 PM | Show all posts
yela 2..org biase pon xtolak klu ade duet..nih kan plak artis..
sudah la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 02:15 PM | Show all posts
neelofa cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 02:17 PM | Show all posts
sudahlah..jawapan hanjeng kaberline dr retis ..macam neh lah..dlm ati...RM..RM smpi ke sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 02:22 PM | Show all posts
x kan sedikit pun x pandang wang ringgit....dunia moden skunk ni semua pandang duit ini kan pulok artis.....jawapan 'cheap sale'....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2011 02:21 PM | Show all posts
DUIT bukan segala-galanya. Kalau bercinta sebab duit tak guna juga. Kita kena tengok juga perkar ...
serulingsenja Post at 21-8-2011 07:32



   
haktuihhhhhh


pastu nnt ko dah x laku , ko nk makan apa?? mkn bulu kotteyy laki ko.?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 02:26 PM | Show all posts
boleh percaye ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 02:26 PM | Show all posts
boleh percaye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:58 PM | Show all posts
haktuiiiiihhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:57 PM | Show all posts
dia sanggup ke nak kawin dengan lelaki tak ada duit
dia sanggup ke pakai bedak daripada tanah liat
tidur di atas surat khabar lama
berbajukan baju tidur siang dan malam
berkelambukan langit
berselimutkan angin malam
bermuzikkan dengungan nyamuk
muka cantik ......... tapi propa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:56 PM | Show all posts
ye ler tuh.
kalau yang datang mengorat terdiri dr org2 yang tak berharta.
sah2x ko tak pandang jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:07 PM | Show all posts
sudahla lopak..mcm aku xtaw ko dulu gigih mengorat laki si marion tu sampai kena kick dr jd model
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:16 PM | Show all posts
die cantik tapi tak menarik...muke die terlalu perfect hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:25 PM | Show all posts
drama filem macam satu due bijik jer...tapi cerita kat media berjela jela...sooooooooo retis majalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 09:27 AM | Show all posts


bohsan la denga dia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2011 09:59 AM | Show all posts
Reply 13# qemon


   yer ker?????????????sentap i..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:13 AM | Show all posts
sudahla lopak..mcm aku xtaw ko dulu gigih mengorat laki si marion tu  sampai kena kick dr jd mo ...
qemon Post at 21-8-2011 17:07


ye ke noks?? ai baru tahu nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:14 AM | Show all posts


mohon muntah berjemaah dgn komen minah loopak nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:22 AM | Show all posts
nokkkk ckp retis ni mn leh pecaya...PROPA SAJOKKK!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.344070 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list