CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6708|Reply: 46

Rozita Che Wan Akui Jumpa Shahir Beri Nasihat..

[Copy link]
Post time 18-8-2011 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by freekey at 18-8-2011 15:17

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada bertemu dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) beberapa kali susulan pengakuan mengejut penyanyi itu untuk berehat dan mengundurkan diri daripada bidang seni baru-baru ini.

Rozita berkata, sebagai teman apa yang dapat dilakukannya adalah dengan berbincang dan memberikan nasihat sekadar termampu. Bagaimanapun, dia menghormati keputusan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu untuk bersara.

"Saya ada menemuinya dan berbincang tentang keputusannya itu. Siapalah saya untuk memberikan nasihat secara berlebih-lebih pula.

"Sebagai kawan, saya hanya boleh memberikan pandangan dan nasihat apa yang termampu saja," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Raya Astro di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Ditanya adakah Shahir berkongsi dengannya akan sebab dan alasan sebenar di sebalik keputusan drastik itu, Rozita berkata, apa juga keputusan yang dilakukan oleh penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu adalah hak peribadinya yang tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Mungkin dia masih muda dan baru dan tidak kuat untuk menghadapi liku-liku dunia seni ini. Apa pun, sebagai orang luar kita harus menghormati keputusan tersebut.

"Dia hendak berehat ke, bercuti panjang ke atau bersara sekali pun, itu adalah haknya dan siapa kita untuk mempertikaikan?," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia.

"Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.



"Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti," katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung.

Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini.

"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula.

"Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:05 PM | Show all posts
aku minta jasa baik wartawan hiburan kat malaysia ni...
sudah sudahlah mempamerkan mentaliti artis sebegini  dan komen mereka terhadap agama...
korang tanya ajelah.. itu tudung hitam mana mari... siapa designer.. itu jubah mana mari...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:10 PM | Show all posts
biarlah rahsia?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:12 PM | Show all posts
FREEKEY, BUKAN KE DAH ADA RENCANA YG HAMPIR SAMA BERDASARKAN PESEN BAJU ITAM NI?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:20 PM | Show all posts
Bosanlah weh....pleasela wat cerita2 yg membgn ckit....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:25 PM | Show all posts
Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal


tak habis2 cakap pasal kawen...

bosan btol..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2011 02:26 PM | Show all posts
wartawan ngan retis same bengap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 02:39 PM | Show all posts
FREEKEY, BUKAN KE DAH ADA RENCANA YG HAMPIR SAMA BERDASARKAN PESEN BAJU ITAM NI?
cmf_yipun78 Post at 18-8-2011 14:12

gambar je  yg sama kot?

   

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:40 PM | Show all posts
seram teman nengok gambo tu..........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:41 PM | Show all posts
sudah2 la tu.. balik2 dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:44 PM | Show all posts
reputs mmg cenggitu...asik recycle gamba sama je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:52 PM | Show all posts
tp mmg betul laa reputs ni ptt xyah laaa tulis psl nk tangguh2 bertudung dan sewaktu dengannya..mcm x sesuai..org bkn islam baca nk tergelak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:52 PM | Show all posts
takut x dapat tawaran kekdahnya .. adeh laa ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:01 PM | Show all posts
Kesiannya Cik Ta x de lagi calon somi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:02 PM | Show all posts
Perspektif agama lain terhadap Islam tercemar dek kerana tulisan-tulisan wartawan yang macam ni lah. Kalau dah tau apa artis tu cakap BERCANGGAH dengan benda yang WAJIB dalam agama, tak payahlah siarkan. Impaknyer, budak2 baca rosak akidah diorg bila bercakap pasal isu bertudung ni. Teringat dulu ada wartawan tulis pasal penyanyi Atillia yang kata "Saya akan menutup aurat. maksud menutup aurat di sini bukan bertudung, tetapi menggunakan pakaian yang lebih sopan." - tak ke bengong statement nih?!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:03 PM | Show all posts
teserlah kebodohan beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 03:08 PM | Show all posts
kenapa begitu sekali yeee. mati tak kan delay walau sesaat pun. takkan tunggu kau kawen dulu dan pakai tudung, baru mati. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:11 PM | Show all posts
dia lupa kah..mati tu tak bertangguh

tak habis2 propa..yg si wartawan ni pun satu, kalo tanya artis pasal nak tak nak bertudung, dah opkos la jawapannya "ndak"..coz takkan dia nak cari pasal bagi jawapan "saya tak mahu dan takkan bertudung"..sengal
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 4# cmf_yipun78


   dah..dlm thread rozita pakai tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 03:15 PM | Show all posts
ala cam la dia sorg je yg tinggal x bertudung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075330 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list