CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Naza Italia setuju syor AP dimansuh

[Copy link]
Post time 17-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Yakin sistem baru lebih sistematik, persaingan sihat\rNAZA Italia Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Ferrari di Malaysia menyifatkan cadangan kerajaan memansuhkan permit import (AP) francais pada 2020 menerusi Dasar Automotif Nasional (NAP), akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan peserta industri kenderaan import.\r\n\n\n\n\r  Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata pihaknya yakin langkah kerajaan memansuhkan AP francais akan disusuli sistem baru lebih sistematik bagi meningkatkan akses pelanggan kepada kenderaan import.\r\r\n\n\n\n\n  “Pemansuhan AP akan menyaksikan persaingan antara francais lebih terbuka yang memberi kesan positif kepada sektor automotif negara dengan menyaksikan lebih banyak kenderaan import akan dibawa masuk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan model baru Ferrari FF di Petaling Jaya, semalam. \rBagaimanapun, SM Zulkifli berkata, kerajaan perlu mengkaji semula kadar cukai yang dikenakan selepas melaksanakan dasar pelupusan AP bagi mengukuhkan industri kenderaan import di negara ini sekali gus mengurangkan beban pembeli.\rKatanya, kadar cukai yang tinggi mendorong pengguna negara ini mendapatkan kenderaan premium dari negara jiran khususnya Singapura yang mengenakan cukai lebih rendah, justeru merugikan sektor automotif Malaysia.\r“Saya percaya jika kerajaan mengurangkan cukai import, ia akan meningkatkan jualan kenderaan sehingga 100 peratus pada masa depan. Setakat itu, francais tidak dapat menjual lebih banyak kenderaan kerana dipengaruhi dengan faktor cukai tinggi,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengulas unjuran jualan syarikat pada 2012, beliau berkata, Naza Italia menyasar menjual 27 unit kenderaan jenama Ferrari disokong pengenalan model FF yang dijangka mula dibawa masuk pada Januari selain pengukuhan model sedia ada.\r“Kami menyasar untuk menjual 21 unit kenderaan jenama Ferrari menjelang akhir tahun ini di mana 15 unit daripadanya sudah terjual dengan model Ferrari 458 Italia menjadi penyumbang terbesar,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list