CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14928|Reply: 112

Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin

  [Copy link]
Post time 17-8-2011 09:48 AM | Show all posts |Read mode


Kad undangan perkahwinan Norman dan Memey sudah diedar.
PETALING JAYA: Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor.

Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.

“Kami telah edarkan 1,200 keping kad terlebih dahulu kepada rakan-rakan media, saudara mara dan akan mencetak sebanyak 2,000 keping lagi untuk diedarkan kepada tetamu jemputan yang lain.

“Sementara itu, jemputan untuk rakan-rakan artis hanya dibuat pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, 28 September nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.

“Kita telah melakukan sesi fotografi pada beberapa bulan lalu dan gambar-gambar eksklusif itu telah tersebar di beberapa laman blog baru-baru ini.

“Tapi biasalah perkara-perkara tersebut merupakan lumrah dan ia di luar kawalan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, untuk majlis di Kota Tinggi, Ezuwan Ismail bertindak sebagai pereka busana bagi majlis akad nikah yang akan diadakan selepas Asar pada 24 September.

Majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.

Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur.

  
Lagi Berita
  Go
« Kembali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:50 AM | Show all posts
ramainya jemputan....hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:51 AM | Show all posts
AGONG AND SULTAN dia jemput tak??????????????
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:52 AM | Show all posts
sponsor sampai 12 juta tuuuu....

kad kawin gambar memey dok kat bontot norman laks tu... ehehhehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:57 AM | Show all posts
Tahniah
Peminat2 boleh pegi dakkk kenduri ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:07 AM | Show all posts
bg aku.. bukan bilangan kad diedar yg penting..
tetapi bilangan tetamu yg hadir...
kak jena xyah edar kad byk² pon..
tapi org yg datang sampai x larat nak layan..

mampukah memek??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 10:09 AM | Show all posts
Wedding of the year kew???
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:11 AM | Show all posts
karang kawen beriya2.... belum tau hidup berumah tangga.... org tua2 kate jgn melampau2 kalau buat sesuatu perkara... kalau separuh jalan merana seumur hidup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 10:16 AM | Show all posts
xabih2 lagik pasal dia orang nie!...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:14 AM | Show all posts
Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur.


kalah perkahwinan citot dan mawik.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:15 AM | Show all posts
hurm... rame nyer dtg.. yer la dpt tajaan jota2 an..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:28 AM | Show all posts

lynkan ajer mereka berdua nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:29 AM | Show all posts
misz nina kawin tak kecoh pun.. anak jutawan malaysia tu padahal.. orang already kaya and well known takyah nak heboh pun, i like style wedding, try to look simple but still nampak gah.. hantaran kawin tak mahal pun..couple ni rasa kaya jap la kot walaupun sponsor juta2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:29 AM | Show all posts
Wedding of the year kew???
misskitty Post at 17-8-2011 10:09



    slalunya kalo wedding of the year nie tak kekal lama..nak speku brapa lama diorang bertahan nak?kehkehkeh..jahat nya aku di bulan puasa nie~
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:35 AM | Show all posts
bodoh btol kad kawin yg pegang tangan tu. the worst kad kawin ever

tau la bende tu biasa je pd dorang..tp xyah la nak tayang kat kad kawin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:38 AM | Show all posts
hrp2 kekal la...x baik doa buruk2 utk depa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 10:39 AM | Show all posts
lepaih ni memana retis yang berskandal, kena tangkap khalwat, tak adala nak malu atau rasa terhina lagi..bila kawin leh dapat tajaan belas juta lagi..bangganya mak pak di kampung....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:43 AM | Show all posts
Wedding of the year kew???
misskitty Post at 17-8-2011 10:09



    Wedding of the decade
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:45 AM | Show all posts
x sabar nak tengok pesen baju derang
Pesen Mawi & Ning dulu sangat hazab

Pesen CT ok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:45 AM | Show all posts
aper jugakla yang ader dalam ati abby gamaknyer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.148578 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list