CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10060|Reply: 91

Wartawan Menyamar - adakah blogger kaki cilok? Jom CSI

[Copy link]
Post time 14-8-2011 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sokmogitu at 14-8-2011 13:33

DISEBABKAN GENG GENG CSI FORUM CARI disifatkan antara yang terbaik di malaya...aku rasa jom kita tubuhkan geng sci utk siasat siapa wartawan menyamar yg menyamar jd reporter sinar harian tu? ntah2 blogger kaki cilok sini kn?

Tukang Masak Ditahan Menyamar Wartawan Sinar

      August 11, 2011

    * Polis,
    * Wartawan

3 Comments

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mendapati lelaki ditahan kelmarin kerana menyamar sebagai wartawan Sinar Harian, seorang yang sangat licik dan mahir melakukan penyamaran secara bersendirian sehingga orang lain tidak menyedari sikapnya.

Selain ghairah untuk mendampingi golongan artis, suspek dikenali sebagai Amar @ Jihan, 22, itu didapati menyamar sebagai wartawan hiburan untuk menjual bahan berita yang diperolehnya kepada mana-mana syarikat penerbitan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, suspek bijak mengatur strateginya hingga berjaya menipu bukan sahaja para artis tetapi pihak–pihak lain yang terlibat.

“Siasatan polis mendapati, dia mahu jual berita dan gambar kepada mana-mana syarikat penerbitan yang menawarkan harga lebih tinggi.

“Suspek bertindak menempah tempat eksklusif untuk sesi fotografi seperti di Saloma Bistro untuk mengaburi mata artis selain menggunakan kepala surat :Sinar Harian: bagi meyakinkan mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang pernah terlibat bersama Sinar Harian dahulu membolehkan dia melakukan penyamaran dengan mudah kerana tahu sedikit sebanyak selok-belok di Sinar Harian.

Dalam kes kelmarin, suspek menjadikan empat artis iaitu Nubhan, Farawahida, Man Kidal dan seorang artis baru, Firdaus sebagai mangsa kerana percaya mereka mempunyai ramai peminat.

Selain rahsia penyamaran itu terbongkar, Amar ialah pemegang Diploma Syariah Undang-Undang di sebuah kolej swasta di Pahang dan pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kelab golf di Bangi. Dia sememangnya meminati bidang kewartawanan tetapi kerana lebih cenderung ke arah bidang masakan maka dia memilih menjadi tukang masak.

Kelmarin Sinar Harian melaporkan Amar diberkas ketika sedang mengendalikan sesi fotografi palsu melibatkan sekumpulan artis terkenal kononnya diadakan untuk terbitan khas Sinar Harian sempena Aidilfitri di Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Dia ditahan reman sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Zahedi meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa Amar supaya tampil menyalurkan maklumat di talian 03-55202009 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana penyamaran tersebut.(Sinar Harian)


untuk itu aku melantik nama-nama berikut utk mentertai

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA
* samshik
* lagunalajiwa
* haninuha
* alfrina
* skymania

dan yang lain2 tak kurang hebatnya utk meneruskan siasatan

yg menurut perintah,

sokmogitu,
penaung suruhanjaya siasatan diraja forum cari
cawangan gossip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 01:41 PM | Show all posts
semangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:44 PM | Show all posts
tapi yg bagusnya dia bayar pada artis-artis terbabit, majalah2 lain mana bagi apa pong!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:46 PM | Show all posts
yang penting wartawan topeng itu pondan yang buncit. tu je yang boleh diteka setakat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:44 PM | Show all posts
tapi yg bagusnya dia bayar pada artis-artis terbabit, majalah2 lain mana bagi apa pong!!!
cmf_blingblings Post at 14-8-2011 13:44



    mesti dia ada blog gak kan? gigih nk himpit artis sampai sanggup bayar....yg bestnya dia wat fotoshoot artis suam2 kuku je
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:47 PM | Show all posts
yang penting wartawan topeng itu pondan yang buncit. tu je yang boleh diteka setakat ini.
cruisekeanu Post at 14-8-2011 13:46



   dan agak gelap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2011 01:52 PM | Show all posts
Tak silap aku, wartawan palsu ni bayar artis kerana lepas tulis cerita artis tu, dia mungkin boleh jual cerita tu dengan harga lebih tinggi? Kalau post kat blog dia sendiri pun, traffic boleh bertambah, jadi income pun naik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:52 PM | Show all posts
xde sesapa ada twitter / fb dia ke? leg beklog camne dia melakukan xtvt mempropa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 01:54 PM | Show all posts
mesti dia ada blog gak kan? gigih nk himpit artis sampai sanggup bayar....yg bestnya dia w ...
sokmogitu Post at 14-8-2011 13:44

salah srg artis yg dah tertipu adalah Nubhan.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:55 PM | Show all posts
salah srg artis yg dah tertipu adalah Nubhan.......
achik2009 Post at 14-8-2011 13:54



    dah farawahida yg dah disiap mekap tp nampak kelam jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:57 PM | Show all posts
dah farawahida yg dah disiap mekap tp nampak kelam jugak
sokmogitu Post at 14-8-2011 13:55

kann?...sian kat depa smua.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:58 PM | Show all posts
baru je tgk kt melodi td....orgnye chubby  n double chin kih3ksian...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 01:59 PM | Show all posts
kann?...sian kat depa smua.....
achik2009 Post at 14-8-2011 13:57



    klu kesian nape ko ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2011 02:00 PM | Show all posts
baru je tgk kt melodi td....orgnye chubby  n double chin kih3ksian...
miss_jb Post at 14-8-2011 13:58


persis joe lee klubbing kidd kn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:07 PM | Show all posts
klu kesian nape ko ?
sokmogitu Post at 14-8-2011 13:59

aku mmg lah kesian.....tapi nak gelaklah jgk bila tgk muka Nubhan dgn Farawahida yg senang2 je kena tipu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:09 PM | Show all posts
lantik la juga sepai2 yg sungguh berpengalaman....

untuk menjejak blogger kaki cilok tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 02:13 PM | Show all posts
Baru lepas tengok kat melodi tadi...Kesian retis2 kene tipu dengan mamat neyh..
Tapi okey jugak sebab dia bagi token of appreciation sebagai umpan..NAMPAKNYA UMPAN DIA MENGENA YERK??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:16 PM | Show all posts
azharina sangat bambam tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:30 PM | Show all posts
azharina awat jadi lagu tuh.. hilang dagu runcing die
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:49 PM | Show all posts
knp la reputz wannabe fonen tu menyamar jd wartawan sinar?
ckp jelah ko tu swinger or wartawan bebas soratkhabar sendiri/blogger ke kan senang..xyah tipu2 bulan puasa ni...haa..kan dah jd kes polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.352376 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list