View: 5695|Reply: 60
|
Rezeki Ramadan Dafi - terus popular dan dikehendaki
[Copy link]
|
|
Rezeki Ramadan Dafi
KEHADIRAN Ramadan kali ini memberikan lebih erti kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi yang mana buat pertama kalinya pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu diangkat menjadi duta sebuah restoran.
Siapa sangka, biarpun usianya dalam industri hiburan masih lagi hijau, Dafi berjaya menarik perhatian pemilik Restoran Istana Bambu untuk menjadi duta bagi mempromosikan buffet Ramadan restoran berkenaan.
Bermula 6 Ogos lalu, kelibat Dafi akan kelihatan bagi menyerikan waktu-waktu senja restoran yang terletak di Hulu Klang itu bagi menghiburkan para pengunjung yang leka menjamu selera untuk berbuka puasa. Ternyata, kegembiraan yang bersarang di hati Dafi jelas terpancar di wajahnya dan dia akui memang menantikan saat-saat manis untuk berbuka bersama dengan peminat.
"Saya amat berbesar hati dan gembira dengan tawaran yang diberikan oleh pihak Istana Bambu ini kerana buat pertama kalinya saya diberi peluang untuk menjadi duta sebuah restoran.
"Insya-Allah untuk tidak mengecewakan, saya berikan yang terbaik agar peminat dan pelanggan Istana Bambu berpuasa hati," jelas Dafi ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta restoran berkenaan, baru-baru ini. Majlis yang turut ditaja oleh pengeluar rempah, Adabi itu dihadiri oleh rakan-rakan artis yang menjayakan teater Kenangan Mengusik Jiwa dan Presiden Adabi, Abdul Hady Zabil. Bagaimanapun, kehadiran Dafi di restoran yang baru 14 bulan beroperasi itu bukanlah sepanjang Ramadan tetapi hanya pada hari-hari tertentu yang telah dipilih oleh pengurusan Istana Bambu.
Katanya, pada tarikh-tarikh yang telah ditentukan itu, dia akan mendendangkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan peminat . "Untuk menghiburkan mereka yang datang berbuka di sini, saya akan mendendangkan lagu khas untuk mereka.
"Selain menyanyi, saya akan berkongsi cerita dengan para peminat dan yang pasti saya akan mengusik mereka agar detik berbuka puasa bersama itu nanti dapat mewujudkan suasana ceria. "Lagipun bagi saya dengan cara ini juga dapat mendekatkan saya dengan peminat selain bersama menyambut kehadiran Ramadan tahun ini," jelasnya dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.
Selain itu, jelas Dafi apa yang membuatkannya bersetuju untuk menerima lamaran pihak Istana Bambu adalah disebabkan tertarik dengan hidangan yang disajikan di restoran itu. "Bukan senang untuk saya menerima lamaran menjadi duta sesebuah produk ini, namun apabila saya mencuba sajian di sini, selera saya terpikat dengan kelazatan makanannya. "Saya mahu peminat juga mencuba dan merasi sendiri sajian istimewa yang ditawarkan di sini," kongsi penyanyi yang kini dalam perancangan untuk melahirkan album terbarunya. Sementara itu, pengarah restoran berkenaan, Afandy Alias berkata, penampilan dan aura yang ada pada Dafi telah menarik minatnya untuk menjadikan jejaka itu sebagai duta restorannya.
"Kita lihat Dafi mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri untuk menghiburkan para pelanggan. "Jadi dengan pemilihan Dafi ini sudah pasti akan dapat menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke restoran kami. "Namun apa yang penting kami memberikan kepuasan berganda kepada pelanggan," tambahnya. Selain itu jelasnya, pemilihan Dafi itu dibuat adalah untuk memeriahkan suasana waktu berbuka pelanggan-pelanggan mereka. "Kita percaya dengan kehadiran Dafi ini akan menceria dan memeriahkan suasana waktu berbuka pelanggan kami dan menjadi kenangan manis buat mereka.
"Lagipun sudah tentu ramai di kalangan peminat Dafi yang ingin bersama menikmati sajian berbuka puasa bersama dengan idola mereka itu," ujar Afandy. Tambahnya, antara hari yang sudah dipilih untuk Dafi meluangkan masa bersama dengan peminatnya berbuka adalah pada 6, 7, 10, 14, 19, 20, 26 dan 28 Ogos. "Kita telah tentukan lapan hari untuk Dafi bertandang ke sini agar ia dapat memberikan lebih banyak peluang kepada pelanggan kami untuk bersama merasai detik manis berbuka puasa bersamanya," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Duta restoran?
Jatuh kelas Dafi sbg retis internasional |
|
|
|
|
|
|
|
Duta restoran?
Jatuh kelas Dafi sbg retis internasional
solstice Post at 12-8-2011 11:33
Duta Restoran okayyyy
Bukan Duta warung
Yang penting dia terus menjadi pilihan semua orang
kerana bakat dan populariti
bukan kerana gossip dan kontroversi
itulah artis yang asli dan semulajadi |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah dafi... aritu dia cium pipi mek!! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dafi ni...xde ape sgt yg die bleh wat..bakat die terbatas... |
|
|
|
|
|
|
|
ade thread kat sini sbb ade cruesanu ni..klo tak harammmm orang amek tau pasal die ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dafi ni...xde ape sgt yg die bleh wat..bakat die terbatas...
awekcunbanget Post at 12-8-2011 11:38
wahhh kata-katamu ........ macam orang tak puasa
ada sukatan panjang pendek
ada timbangan ringat berat
sebagai bukti yg dia tak popular
show hari2 tau |
|
|
|
|
|
|
|
untung tuan punyer diri.. mesti ramai yang hempet sebab nak dapat bapaknyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada org nak tengok ke mamat neh??? |
|
|
|
|
|
|
|
bleh r dafi kasi duet raya lebey tahun ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya... Dafi ni tak la teruk mana... Takde kontroversi atau gosip liar...
So far dia artis yang bersih.. Pujaan hari Cruisekeanu |
|
|
|
|
|
|
|
YES!!!! Dafi goes internasionalllll!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dia jadi duta restoren mana? (sori tak baca habis artikel tu)
duta nobu restaurant kat LA ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
haha! kt bambu PALACE laaaa..!! janji kt palace okayyyy...
intuitable Post at 12-8-2011 13:09
i see
ok la
bamboo palace tu pun sedap ketam telur asin dia |
|
|
|
|
|
|
|
dafi ni memang best , tapi kadang kadang kata2 cruise keanu rasenye berlebihan sangat kot, lebih membuat org meluetszzzzzz sikit...jangan marah, i iklas menegur...just my 2 posen
hai crusekeanuh |
|
|
|
|
|
|
|
nasib la dafi dpt peminat tegar karatz spt kurusanu ni..
kalau tak harus takde sape amik tau hal dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|