CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9507|Reply: 49

Fizo Omar nak kahwin Syawal ni??

[Copy link]
Post time 11-8-2011 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by orangebear at 11-8-2011 16:16


KL, 10 OGOS 2011: Nampaknya penghujung Syawal ini menjadi pilihan 2 selebriti terkenal iaitu Noraniza Idris dan Norman Hakim untuk menamatkan status janda dan duda kerana masing-masing telah pun mengumumkan bahawa mereka akan melangsungkan hari bahagia merek pada tarikh 29 September 2011 nanti.

Ratu Tradisional kita ni pun sudah sah bakal menjadi isteri kepada pak bilal dari Kota Singa manakala Norman Hakim yang bakal mengahwini Memey pada hari yang sama telah mendapat penajaan yang besar untuk hari bersejarah nanti. Murai Batu pun doakan agar jodoh mereka berpanjangan.
Masih bercakap tentang kahwin, tiba-tiba ada suara manis berbisik di telinga Murai Batu mengatakan pelakon yang baru kehilangan bapa iaitu Fizo Omar turut sama bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Syawal ini. Aik, betul ke? Kenapa secara mengejut? Murai Batu tak pernah dengar pun Fizo Omar bercinta?

Dengarnya, untuk majlis perkahwinanya itu nanti, Fizo omar akan menumbangkan lembu pada majlis tersebut. Bagaimanapun, Murai Batu yang ada berjumpanya beberapa hari selepas arwah ayahnya meninggal tidak pula diberitahu akan hal ini. Adakah ini satu provokasi saja? Bila fikir semula, takkanlah Fizo nak kahwin dalam keadaan sedih ini. Atau pun, jodoh Fizo telah ditetapkan oleh arwah ayahnya itu?

Sungguhpun berita ini masih lagi samar-samar, Murai Batu ada mendapat tahu, Fizo memang akan mengadakan majlis pada hari raya nanti tetapi ianya lebih kepada kenduri arwah dan open house. Dek kerana majlis inilah juga, Fizo akan menumbangkan seekor lembu peninggalan arwah ayahnya itu.
Dalam kesamaran mencari konklusi akan berita gembira ini, sumber Murai Batu ada menambah dan memberitahu bahawa Fizo memang ada mengakui bahawa hatinya sudah pun dimiliki. Namun, wanita yang bertakhta dihatinya itu bukanlah datang dari golongan artis. Yeke bukan artis? Tiba-tiba teringat pula cerita Fizo dan Shila Amzah.

Hmmm...selepas mendengar apa yang disampaikan sumber ini, Murai Batu rasa teruja sangat nak mengetahui kesahihan berita ini. Yelah, mesti semua peminat Fizo tak sabar-sabar nak tahu siapakah wanita yang berjaya bertakhta dihati pelakon kacak lagi seksi ini. Al Maklumlah, kawan baik Fizo si Kamal Adli sudah pun bahagia dengan Intan Ladyana, Fizo pula masih lagi menyembunyikan wanita kesukaannya itu.
Apa kes pun, Murai Batu dimaklumkan, Fizo ada membuat pengakuan eksklusif tentang hal kahwin ini dalam program Kepohnya Raya yang bakal disiarkan pada hari raya pertama di Astro Ria jam 4 petang. Katanya, Fizo turut berkongsi kenangan suka duka hari raya dia bersama arwah bapanya. Jangan lupa tonton tau!

MURAI BATU: Hazama dan Farhan dah bersemuka ke belum?


*momod kalau dah ader merge yekk*

*credit to murai.com*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 04:20 PM | Show all posts
tahniah la ya..selamat pengantin baru..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:55 PM | Show all posts
"MURAI BATU: Hazama dan Farhan dah bersemuka ke belum?"

tiba2 aku berminat ngan tajuk ni...pehal ek!>./??..
iols ketinggalan komuter noxxx....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:05 PM | Show all posts
alahai.. entah2 saje nak bikin gempak promo je nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:23 PM | Show all posts
MURAI BATU: Hazama dan Farhan dah bersemuka ke belum?

knp pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:54 PM | Show all posts
pahal farhan & hazama??? mistik neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2011 06:08 PM | Show all posts
klu tak silap, hazama ngan farhan khenn tak bertego sapa walapon best fren..kekdahnya hazama kecik ati ngn farhan sbb tak datang final AF duluk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 06:14 PM | Show all posts
apehal ngan hazama lak ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 06:17 PM | Show all posts
lupa nak ckap...tahniah fizo
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:31 PM | Show all posts
Dengarnya, untuk majlis perkahwinanya itu nanti, Fizo omar akan menumbangkan lembu pada majlis tersebut. Bagaimanapun, Murai Batu yang ada berjumpanya beberapa hari selepas arwah ayahnya meninggal tidak pula diberitahu akan hal ini. Adakah ini satu provokasi saja? Bila fikir semula, takkanlah Fizo nak kahwin dalam keadaan sedih ini. Atau pun, jodoh Fizo telah ditetapkan oleh arwah ayahnya itu?


amender yg provokasi nyer ??? lebih sesuai klu provokasi tu tukar ngan propa...

my 10 cents..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:40 PM | Show all posts
aku lebih nak tau pasal HAZAMA

dgr cite hazama dah ada gf, tp bukan lah FARHAN. farhan tu bestfren je pon...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:47 PM | Show all posts
tahniah tu fizo...

jd..apo cite sbnrnya psl hazama ngan farhan tu..
aku pn nak sibukkn diri nak tau psl diorang gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 10:57 PM | Show all posts
amender yg provokasi nyer ??? lebih sesuai klu provokasi tu tukar ngan propa...

my 10 cents.. ...
syabee Post at 11-8-2011 20:31



   hahahha tu a pasal
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:00 PM | Show all posts
hazama dgn farhan bergaduh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:14 PM | Show all posts
kesian fizo omar...dah lah thread ni x laku..pastu org dok reply on footnote hazama farhan plak....kalau fizo baca forum ni mesti dia sedih thread dia suam2 kuku padahal dia retis....yg x retis (sekampung dgn dia) si KFCM tu lak yg laku sampai berkajang2 thread
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:16 PM | Show all posts
fizo baik..aku suke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 11:18 PM | Show all posts
Kenapa Hazama AF9 Kecil Hati Dengan Farhan Azizan?

KL, 23 JUN 2011: Sudah hampir 2 minggu Hazama AF9 dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 9 (AF9). Malah, bahang kejayaan Hazama masih lagi dapat Murai Batu rasakan apabila menonton sendiri program Hey Hazama yang banyak menampilkan cerita-cerita terbaru Hazama dari sebelum sehinggalah selepas dia menjadi juara AF9.

Yang penting, kelakar jugakah Hazama ni. Malah, dia juga petah berceloteh...

Terlanjur bercakap tentang Hazama ni, Murai Batu pernah diberitahu oleh kawan baik Hazama dulu bahawa selepas Hazama gagal melayakkan diri sebagai pelajar AF4 dalam konsert prelude AF4, hubungannya dengan pemenang tempat ketiga AF4 iaitu Farhan Azizan memang sangat akrab.

Disebabkan itu, ada pihak yang tersalah anggap dengan akraban mereka tersebut sehingga melabelkan Farhan Azizan dan Hazama ni sebagai pasangan yang sedang bercinta.

Bagaimanapun, kisah cinta mereka itu tidaklah mendapat perhatian sangat kerana ramai sedia maklum bahawa hubungan Hazama dan Farhan Azizan memang tidak lebih daripada hubungan seorang majikan dan kakitangan Yelah, dulukan Hazama pernah menandatangani kontrak sebagai artis di bawah naungan syarikat Farhan.

Jadi, di sebalik kegembiraan Hazama meraikan kejayaannya sebagai juara AF9, Murai Batu dengar dia sebenarnya rasa sangat sedih dan kecewa sekali. Sebab dari awal hingga akhir dia menyertai AF9, dia tidak pernah melihat kelibat Farhan datang untuk menyokong penglibatannya sebagai pelajar AF9. Malah, pada malam final pun, Hazama tidak nampak batang hidung Farhan.

Yang ada pun hanyalah kawan-kawan senior AF yang tidak berapa rapat dengan Hazama. Kata sumber itu lagi, di sebabkan itu jugalah Hazama sedikit merajuk dan tertanya-tanya adakah Farhan tidak suka dia menyertai AF9? Apa salah dia terhadap Farhan?

Yang membuatkan Murai Batu pelik tu, apa sebenarnya status kontrak Hazama dengan syarikat pengurusan Farhan? Sebab, dalam masa mengikat kontrak berkenaan, Hazama juga banyak menyertai persembahan bersama Meet Uncle Hussein.

Nampaknya, Murai Batu kenalah tanya pada Hazama sendiri untuk mendapatkan kepastian itu. Tapi, adakah Hazama berani bersemuka dengan Murai Batu? Paling tidak pun, Murai Batu kenalah minta tolong editor-editor Murai yang berwibawa seperti Ayie, Ieka dan Zyzamani untuk bertanyakan sendiri tentang hal ini kepada Hazama. Mungkin apabila berjumpa dengan mereka ini, Hazama boleh berterus terang akan hal ini. Paling seronok kalau Farhan pun beritahu isi hatinya kan?

Yelah, mungkin juga Hazama tidak tahu Farhan juga sentiasa menyokongnya tetapi secara senyap saja. Siapa tahukan?


sumber murai.com
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by awoks at 11-8-2011 23:21

Farhan AF4 Nafi Dia Tidak Menyokong Juara AF9, Hazama!

KUALA LUMPUR, 29 JUN 2011: Tidak hadir ke malam final konsert Akademi Fantasia 9 (AF9) bukan bermakna tempat ketiga AF4, Farhan Azizan tidak menyokong juara AF9, Hazama yang akhirnya telah berjaya menyertai program realiti TV yang sama pernah disertai oleh Farhan sendiri.

Malah, Farhan AF4 ekeras-kerasnya menafikan gosip yang mengatakan bahawa kononnya dia bermasalah dengan Hazama sehingga dia dikatakan tidak suka melihat kejayaan Hazama meraih gelaran juara AF9.

"Saya bukan sengaja tidak mahu hadir pada malam tersebut. Terus-terang, saya memang ada terima jemputan untuk melihat sendiri bukan saja persembahan Hazama tetapi juga finalis AF9 yang lain seperti Fina, Lena dan Azri.

"Malah, Haziq AF4 sendiri ada mengajak saya untuk datang memeriahkan konsert pada malam itu. Namun, saya tak boleh buat apa. Ketiadaan saya adalah kerana saya ada tanggungjawab lain yang lebih dulu perlu ditunaikan.

"Sejujurnya, pada waktu yang sama, saya ada dinner show yang mana ianya telah lama dirancang dan dipersetujui. Saya tidak tipu, jika tidak percaya tanyalah sendiri pada Dina Nazir yang menjadi pengacara pada malam itu," katanya.

Dalam pada itu, Farhan AF4 terus menegaskan bahawa dirinya bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk dalam memberi sokongan.

"Sungguhpun saya kurang berkesempatan untuk menyaksikan konsert mingguan AF9 terutama sekali persembahan Hazama, tetapi saya sudah tahu Hazama boleh lakukan yang terbaik. Saya juga dah tahu kemampuannya. Saya memang tahu dia boleh berikan apa yang dikehendaki peminat.

"Saya pun bukan jenis suka menunjuk-nunjuk atau minta pembalasan. Saya tak suka jadi orang yang dah vote atau sokong orang tertentu selepas itu minta pembalasan dan heboh satu kampung bahawa dia sudah menghantar undi pada orang tertentu. Terus-terang, saya dan keluarga saya memang menyokong Hazama sejak dari awal lagi.

"Saya sendiri pun memang dah lama tidak berjumpa dengan Hazama. Good luck untuk Hazama dengan karier barunya selepas menjadi juara AF9. Sedari awal lagi, saya pun dah tahu niat Hazama yang mahu membantu keluarganya," jelas Farhan kepada murai.com.my.

Dalam masa yang sama, Farhan AF4 menjelaskan Hazama bukan lagi artis yang berada di bawah naungan syarikat produksinya. Sealiknya, dia kui bahawa Hazama sudah lama membawa haluan sendiri dalam kerjaya seninya.

"Kalau boleh saya tak mahu Hazama lupa daratan. Jadilah diri sendiri. Dia bukan artis saya lagi tetapi itu bukan bermakna saya bermusuh dengannya. Kalau ada kesempatan saya boleh berjumpa dengannya.

"Namun, saya tahu, selepas bergelar juara AF9, Hazama pastinya mempunyai jadual yang cukup padat dan sibuk. Kepada Hazama, jangan risau. Saya tetap akan menyokong Hazama.Mala, seluruh keluarga saya pun turut anda.

"Sekali lagi, janganlah kata saya tak datang atau sengaja tak mahu tengok konsert tu atau saya tak sokong dia. Kalau boleh saya tak mahu hebohkan bahawa saya menyokongnya. Namun, bagi menjawab gosip ini, saya dan Hazama masih lagi berkawan dan sentiasa menyokongnya seratus-peratus," ujar Farhan yang kini berada di Kuantan, Pahang.


sumber murai.com juge


aku paste sebab ramai nak tau nape farhan ngan hazama..sori fizo..haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:29 PM | Show all posts
ek eleh....wph mmang suka tambah serbuk perasa kann
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 11:32 PM | Show all posts
aku suke fizo ni..pandai masak..

fizo aka fahrin junior
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.496837 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list