CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7673|Reply: 49

Untung Besar: MIG `Kongsi` Rezeki Ramadan Ini

[Copy link]
Post time 10-8-2011 03:42 PM | Show all posts |Read mode


Teks: Helmi Zainal
Gambar: Mazlan Photography

PETALING JAYA, 10 OGOS 2011: Bersempena kejayaan filem Kongsi yang telah mengaut keuntungan sebanyak RM8.5 juta, Metrowealth (MIG) telah mengadakan majlis berbuka puasa serta Malam Kongsi Rezeki di mana semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini menerima durian runtuh dari Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, MIG juga tidak lupa pada tanggungjawab sosialnya apabila turut menjemput penghuni-penghuni dari Rumah Nur Hikmah, Rumah Anak Yatim Syifa, Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan, Persatuan Kebajikan Al-Munirah dan Darul Kifayah untuk sama-sama berbuka puasa dan menerima sumbangan bagi merasai kemeriahan Aidilftri yang bakal menjelang.

David Teo dalam ucapannya memberitahu, sudah menjadi tradisi MIG untuk setiap tahun melunaskan tanggungjawab dalam perkongsian rezeki bersama kakitangan, artis serta tenaga produksi filem yang berjaya mengutip kutipan box-office. Langkah ini dilihat sebagai satu aktiviti positif dan memupuk semangat kerja berpasukan di bawah satu bumbung MIG.

Pada majlis tersebut, pengarah Kongsi, Farid Kamil, menerima wang tunai RM50,000 dan biasiswa sebanyak RM50,000 untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang filem di luar negara. Pelakon utamanya, Shahiezy Sam pula menerima RM60,000 manakala Yana Samsudin dan Fizo Omar masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000.

David turut menambah selain tradisi agihan rezeki bersama artis dan tenaga produksi, tradisi meraikan anak yatim dalam majlis berbuka puasa juga turut diadakan saban tahun bagi menceriakan anak-anak ini. Ini bagi memberi peluang kepada anak-anak ini untuk lebih bermesra bersama pelakon-pelakon serta pengarah di bawah naungan MIG.

Tidak ketinggalan sumbangan berupa wang tunai RM1,000 setiap satu kepada enam persatuan artis termasuklah Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan Persatuan Sutradara Malaysia.

Kongsi adalah filem ke-45 terbitan MIG arahan Farid Kamil dan dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan dibantu Bront Palarae, Pak Pie'e dan ramai lagi. Kongsi juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi filem Malaysia pertama mengedarkan 100 salinan filem di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2011 03:46 PM | Show all posts
credit fb david teo



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:54 PM | Show all posts
Reply 2# alin33

sasanye kamal adli
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:56 PM | Show all posts
$$$$$$$$$$$$$$$$$...bestnya! MIG pun dah pindah ke ofis baru rasenya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:06 PM | Show all posts
jgn lepas kasi bonus ni, ada lak yg merungut x puas hai dgn pakcik david ni

kata x adil laa, di anaktirikan laa, apa laaa

cam kes2 yg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:07 PM | Show all posts
rezeki depa ler nk raya ni..........MIG sudeh bg BONUS........SKOP bila lagi nk bg BONUS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 04:08 PM | Show all posts
MIG Terbaeeekkk arr..
Mana-mana Company yg buat macam ni secara senyap.. (Kalauuuuu adaa) anda terbaeeek gakkk.

Ini pun salah satu promosi, untuk peminat sokong filem keluaran MIG. Maknanya den pun kira sedekah lah gak, kat anak yatim( Kalau David set minded cam ni lerr) hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:11 PM | Show all posts
filem yg dapat kutipan rm11 juta tu tak bagi bonus utk retis yg terlibat ka..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2011 04:16 PM | Show all posts
rezeki depa ler nk raya ni..........MIG sudeh bg BONUS........SKOP bila lagi nk bg BONUS
mixed Post at 10-8-2011 16:07



   SKOP kena tunggu pas yusof haslam & family balik umrah la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:18 PM | Show all posts
tahniah MIG..teruskan menghasilkan filem sampah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:30 PM | Show all posts
produksi laen pon mungkin bagi gak bonus tapi takde la tayang dalam paper...MIG tiap2 taun tayang bagi bonus
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:38 PM | Show all posts
alhamdulillah...bagos gak MIG nih.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:39 PM | Show all posts
Janganlah merungut2 dengan rezeki yg diterima...Bersyukur lah dengan rezeki yg dapat......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply 2# alin33


    Makkk oiiiii scarynya tgk muka Abe rambut keriting ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:30 PM | Show all posts
raya sakan noks...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:41 PM | Show all posts
Fizo....ensem

Intan....comei....(tp blakon kayu..)

Kamal Adli mantoppp...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 05:42 PM | Show all posts
Takde pulak gambar 'buah hati' MIG ek? Mana gmbor Sam?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:49 PM | Show all posts
hayooo....kamal adli...i loikeeeee............tasteeee........
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 05:53 PM | Show all posts
Reply 3# mimi77

sasa ke? sy tengok selekeh je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 06:01 PM | Show all posts
alhamdulillah rezeki!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.073884 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list