CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10406|Reply: 87

Syamsul Pelawa Rosyam Nor Untuk KL Gangster 2

[Copy link]
Post time 10-8-2011 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Syamsul Pelawa Rosyam Nor Untuk KL Gangster 2










SEJARAH industri  perfileman tempatan terus dicipta dengan bangganya  apabila hasil tangan  anak tempatan yang baru berusia 27 tahun, Syamsul  Yusof terus dilakar  apabila terbaru arahannya, KL Gangster membuat  kutipan kasar RM10.3  juta.

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu dijangka mampu membuat   kutipan sehingga RM11 juta kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih   ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama.



    Bagaimanapun, ia mungkin mencatatkan rekod tersendiri iaitu menjadi   filem tempatan pertama membuat kutipan kasar melepasi angka RM10 juta   menerusi tayangan di panggung mengikut peraturan Syarat Wajib Tayang   sahaja, iaitu tidak termasuk tayangan di panggung bebas atau daripada   bayaran hak siaran di TV.   

Filem yang mula  ditayangkan pada 9 Jun lalu dan berdasarkan kutipan  kasar itu, ia  sekali gus berjaya menandingi filem Hollywood yang pernah  ditayangkan  di tanah air hingga hari ini.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan KL Gangster itu   diukur dari aspek pembikinan yang menyerlahkan hasil kualitinya.

“Alhamdulillah atas kejayaan ini, sebenarnya saya sedikit bimbang   apabila ingin bercerita mengenai kutipan filem yang dikhuatiri menjadi   riak. Saya bercerita atas penilaian saya dan pihak pawagam yang   meramalkan filem itu mampu pergi lebih jauh.

“Saya ada melayari internet dan mengetahui sendiri maklum balas   daripada mereka yang sudah menontonnya, ramai yang bercerita mengenai   aspek komersial dan kualiti penghasilannya dan tidak banyak yang   menceritakan mengenai aspek negatif.     


“Dari ramalan pihak pawagam juga, mereka menyatakan filem ini   berkemungkinan akan melepasi RM11 juta sehingga tempoh wajib tayang.   Insya-Allah kerana kita masih mempunyai masa beberapa lagi untuk   melepasi sasaran itu,” katanya yang dihubungi Hip semalam.

Namun begitu kejayaan filem itu juga, membuatkan Yusof bimbang  dengan  tekanan yang akan dihadapi anaknya untuk menghasilkan filem  seterusnya  selepas ini.

“Saya melihat Syamsul semakin tertekan dengan situasi itu, orang di   luar sentiasa menginginkan sesuatu yang lebih berkualiti. Jika dilihat,   filem pertamanya Evolusi KL Drift mencatat kutipan RM2 juta, diteruskan   dengan Bohsia RM4 juta, KL Drift 2 (RM6 juta), Khurafat (RM8 juta) dan   kini sudah mencecah RM10 juta, graf itu semakin menaik dan ia cukup   merisaukan dia dan saya juga,” katanya.

Filem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24  itu  turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera   Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja   Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).

Sementara itu, Syamsul turut membayangkan untuk menghasilkan sambungan kepada filem KL Gangster 2 tidak lama lagi.

Katanya, penggambaran akan dimulakan pada Oktober depan dan ketika  ini  dia sedang berbincang dengan panel skrip serta barisan pelakon yang   membintangi filem itu nanti.

“Saya juga ada menyatakan hasrat untuk mengambil Rosyam Nor sebagai pelakon,” katanya.

*kalu citer lama delete ajo*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 11:04 AM | Show all posts
hm.. nak jadi hero pencen kah???
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:07 AM | Show all posts
Reply 2# samshik

watak malek versi oldies
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:13 AM | Show all posts
Reply  samshik

watak malek versi oldies
mimi77 Post at 10-8-2011 11:07



    ala.. muke lari lorrr!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 11:16 AM | Show all posts
jgn la kutuk dia
dia kan hero semalaya... tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:17 AM | Show all posts
i tot Sol nak buat prequel of KLG
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 11:18 AM | Show all posts
hm.. nak jadi hero pencen kah???
samshik Post at 10-8-2011 11:04

hero baru hbis bljr U dr UK kah.... ??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:25 AM | Show all posts
tak suka. mesti spoil cite je nanti. hadehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 11:27 AM | Show all posts
Alamak...pls la..Rosyam Nor ke? Takyahla...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:31 AM | Show all posts
hero tua..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 9# cokkodok


   
ler kalu bukan rosham...
ko nak sapa lak?
king dah cau...
shak pun dah cau
sapa nak jd taiko lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:34 AM | Show all posts
watak paling sesuai utk Rosyam ialah jadi bapak kepada hero...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:35 AM | Show all posts
Rosyam jadi King baru ler....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:39 AM | Show all posts
jgn diberi rosyam...watak gangster sudah le..hhuhuhu
harap2 rosyam diberi watak sampingan je..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2011 11:44 AM | Show all posts
adoi semua tak suka rosyam...
tp apa2 pun
aku suka aron aziz dgn adi putra...
mmg mantap time fight...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 12:10 PM | Show all posts
Filem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24  itu  turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera   Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja   Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).

nape xsebut aaron...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 12:16 PM | Show all posts
news nih cam lama ekk..
Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu dijangka mampu membuat   kutipan sehingga RM11 juta kerana mengikut Syarat Wajib Tayang, masih   ada seminggu lagi ditayangkan di panggung utama.

“Alhamdulillah atas kejayaan ini, sebenarnya saya sedikit bimbang   apabila ingin bercerita mengenai kutipan filem yang dikhuatiri menjadi   riak. Saya bercerita atas penilaian saya dan pihak pawagam yang   meramalkan filem itu mampu pergi lebih jauh.

“Dari ramalan pihak pawagam juga, mereka menyatakan filem ini   berkemungkinan akan melepasi RM11 juta sehingga tempoh wajib tayang.   Insya-Allah kerana kita masih mempunyai masa beberapa lagi untuk   melepasi sasaran itu,” katanya yang dihubungi Hip semalam


filem KL ganster kutip rm11.74 jota
betol le ramalan2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 12:19 PM | Show all posts
ambik la siti norhaliza plak, jadi queen
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 12:21 PM | Show all posts
abg aaron x blakon ker utk sekuel nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 12:26 PM | Show all posts
alaaa.. okay apa rosyam nor.. dina takle minat sangat rosyam.. tapi bila tgk dia berlakon, byk yang dia naikkan filem tu.. hero tua pun tua lah.. janji mantooppsss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.082459 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list