CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: habibollah

Cara Ibadah ahli penolak hadis

[Copy link]
Post time 1-2-2012 11:46 AM | Show all posts
kan dah termaktub
MEREKA AKAN MENYESATKAN
lalu ALLAH MENJAWAB:
KECUALI HAMBAKU YANG MUKHLIS

tak jauh punnnnnn
dekat jeeee tuuuuuuuuuu
tapi TAK KESAMPAIAN leeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 01:26 AM | Show all posts
Mukhlis dan komited tu sama ke?
Atau serupa tp berbeza?
Atau lgsung x sama?
Atau bkn perbandingan?
Atau sekadar 'cara ibadah'?

Ikhlas ke kalau dok menolak je ye?
Mcm yg berbantah² je plk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:00 AM | Show all posts
nak tau ke???
boleh jugak
tapi jangan ambil hati yeeeee

YANG HAK PASTI DATANG
DAN PASTI MENGALAHKAN YANG BATHIL
DAN BATHIL PASTI LENYAP
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 12:31 AM | Show all posts
Dan siapa pula berpengetahuan
akan yg hak dan bathil tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:32 PM | Show all posts
ya tak ya jugak
kalau dah tak tahu
yg mana HAK yg mana BATHIL
apa yg nak ditegakkan?????
kata hati je kotttttttt
kottttttt leeeeeeeee

pasal
IKHLAS dan KESUNGGUHAN
bukan sama atau serupa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 01:34 AM | Show all posts
Reply 225# orangbesi


Firman Allah:



Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)


Ikhlas - Berilmu dan beramal.
Sunnah dlm darah daging.
Yg hak dan batil tu, kita yg 'pilih'.
Berfikir bila berakal, yg x berfikir bila pendek akal.
Meyakini bila berhati, yg x berhati bila ragu².
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2012 12:19 PM | Show all posts
43:78. "Kami telah mendatangkan kepada kamu yang benar,
     tetapi kebanyakan kamu benci pada yang benar."

ikhlas - taak terbeli walaupun berilmu
   tak semestina pada amalan yg sungguh2
sunnah - hanya g ternampak dek mata maanusia je
  (tak pernah baca ke NABI selaalu beri makan seorang perempuan yahudi tua
   dgn gigit dulu dagingnyaa baaru disuapkaan)
HAK BATHIL
91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!
berfikir
sejauh akal mampu je
yg selebihnya kata bisikan syaitan pulak
YAAANG BENAR ITU ADALAH DARI TUHANMU DAN JANGANLAH KAMU RAGU-RAGU
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 11:39 PM | Show all posts
Bagaimana rutin harian kita?
Adakah 'ikhlas' hanya dgn niat dan amal, tanpa ilmu?
Beramal tanpa berilmu, mcm mana tu?
Bila 'fitrah' makan bila lapar, rehat bila penat, tidur bila letih, etc.
Mengapa 'adat' umat manusia dunia berubah/diubah?
Sila lah jwb saudara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 09:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 8-3-2012 21:49

Split dari >> sini <<
Tuduhan kamu tuyang saya gariskan di atas. Cara pemakaian Ihram tak disebut dalam Al-Quran,tetapi ditunjukkan cara oleh Nabi (Sunnah). Al-Quran tak boleh tunjuk macamanaIhram tu dipakai, sebab Al-Quran bukan manusia.


Orang yang tolak Sunnah Nabi itulah yangmemperkudakan agama Islam dengan akal cetek mereka.
Dr. Mahathir tunaikan Haji dengan pakaian Ihramsecara Ahli Sunnah. Adakah anda nak kata Dr. Mahathir tu juga ikut membabi butaatau memperkudakan agama atas nama Nabi juga?


Salamun Alaikum,


Awak hanya mendakwabahwa ianya dari nabi atau oleh nabi tapi awak tidak dapat membuktikan akankebenaran dakwaan awak tu tanpa dalil dakwaan awak tidak bererti apa2 pun.....selagi dalil tiada maka selagi itulah awak merperkudakan nama baginda nabi.


Siapa jugak yangmengatakan Al Quran itu manusia ? Al Quran adalah panduan dan juga pentunjukdalam bersyariat. Mana-mana yg tidak disebutkan dalam Al Quran makaterpulanglah kepada manusia itu sendiri untuk melaksanakannya. Sebagai contoh,pakaian semasa haji pakailah apa sahaja janji ianya menutup aurat. Oleh kerana carapakaian ihram itu telah meleputi menutup aurat maka pada saya tiada masalahuntuk menerima atau memakainya cuma saya tidak mendakwa ianya wajib atas arahanbaginda nabi sebab arahan Allah dan arahan nabi adalah sama iaitu termaktub didalam Al Quran.


Dalam Al Quran bukan sahaja sunnah baginda Nabi Muhammad malah sunnah nab2i terdahulu pun termaktubmaka tidak timbul soal menolak sunnah nabi. Riwayat2 hadis itulah yangmemperkudakan nama nabi melainkan awak memberi jaminan 100% bahwa riwayat2hadis itu bebas dari manipulasi manusia.


Jadi pakaian ihram hajitu cara Ahli Sunnah, bagaiamana pula cara Syiah dan golongan lain, bukankahdengan ini awak mengakui bahwa cara lain pun ada mengikut fahaman masing2. Sayatidak menolak cara pemakaian ihram haji kerana ianya telah meleputi menutupaurat seperti yg telah saya katakan, yang saya tolak adalah orang yangmengatakan pakaian ihram haji itu wajib dan memperkudakan nama nabi. Jadi padasaya, Tun Mahathir tiada masalah memakai pakaian ihram cara ahli sunnah sepertikata awak itu.


Al-Quran tu bukanmanusia, Nabi tu manusia. Nabibukan menambah-nambah, Nabi tunjukkan secara praktikal.
ADA FAHAM?

Masih ingat ayat Al-Quran perintah Ruku'bersama orang2 yang ruku'? Bagaimana orang yang tolak hadith tu Ruku'? Al-Quranbukan manusia yang boleh ruku' macam manusia ruku'. Persoalan ni sampaisekarang golongan anti Hadith tidak jawab. Saya nak tahu bagaimana dan dengansiapa anda ruku bersama-sama orang yang ruku.


Lagi2 siapa kata AlQuran itu manusia ? Yup, sememangnya nabi tidak menambah2 kerana baginda tidakdi benarkan dan jika baginda lakukan juga maka sudah pasti kena hukum bunuholeh Allah. Yang menambah2 adalah manusia2 yang memperkudakan nama nabi tanpapatut.


Berkenaan frasa ayat ”rukubersama orang2 yang ruku” saya sudah jelaskan dan awak memahami ayat itu diluar konteks. Saya sudah memberikan pendapat saya dan awak tidak dapat menerimanya maka apa lagi yang boleh saya lakukan ?


Dalil diberi pun bukan nak terima!
Bagi yang cacat atau kudung, mestilah adakeringanan.

Habis kalau yang takdak kaki dan tanganmacamana nak ruku' ikut perintah Allah? Awat tak guna logik yang sama jugak? Tulah takmau ikut, baca Al-Quran tu elok, kefahaman kena ikut Sunnah, bukannyaboleh agak-agak saja bila timbul sesuatu masalah.


Ha... dalil tidak awakkemukakan tapi awak sudah tahu saya tidak terima, hebat tilikan awak..... danyang pastinya saya hanya menerima dalil dari Al Quran.


Pulak dah..... semalamkata Allah tak suka, sekarang kata ada keringanan maka suka jugaklah tukan..... soal kudung kaki dan tangan sepatutnya soalan awak tu awak sendirikena jawab. Ini bukan soal agak2 tapi oleh kerana Allah dan rasulNya tidaksebut dalam Al Quran maka terserah kepada manusia itu sendiri nak buat macamanaatas kemampunnya.


Point saya tuanda tak faham. Sahabat hidup zamanNabi, sahabat ikut cara Nabi. Walaupun kita tak hidup pada zaman Nabi, itu takbermakna tiada orang ikut Sunnah Nabi dari zaman ke zaman.

Yup... sememangnya parasahabat ikut nabi, ada saya kata sahabat tidak ikut nabi. Persoalannya sejauhmana keyakinan awak bahwa riwayat2 hadis yang awak ikuti sekarang itu bebas dari manipulasi manusiaberkepentingan, adakah keyakinan awak itu 100%?

Hadith Nabi pulaada kategori pengesahan dari yang pakar Hadith, bukan main semberono tangkapmuat semua sama saja. Mana logiknya Nabi yang dah wafat nak buat pengesahanpula. Al-Quran pun mana ada Nabi buat pengesahan Al-Quran sebagai sebuah kitablengkap!


Mengapa pula perlu disahkan oleh pakar riwayat hadis,jadi ini bermakna kitab2 Bukhari N The Geng itu di ragui oleh pihak awaksendiri sehingga perlu disahkan oleh mereka yang pihak awak lantik sendiri.


Nabi tidak membuat pengesahan berkenaan Al Quran keranaAllah telah mengesahkannya, jika Allah dah sahkan maka perlukah lagi nabimengatasi Allah ?


AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dankeadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, YangMengetahui.


Surah  Al Hijr
15: 9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkanAl Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[793].

Terjemahan lain;

AQ 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan,dan Kamilah yang menjaganya.
   

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:46 PM | Show all posts
Al-Quran dan Hadith kedua-duanya disampaikan oleh Nabi:
-Al-Quran tu dihafal secara lafzi, periwayatan juga secara lafzi (lafaz)
-Hadith juga difahal secara lafzi dan sesetengahnya dihafal secara maknawi.

Al-Quran sebagai sebuah kitab lengkap hanya muncul pada zaman Abu Bakr As-Siddiq. Zaman Nabi tiada Al-Quran dalam bentuk sebuah kitab lengkap! Ayat Al-Quran sendiri yang menyatakan Al-Quran itu diturunkan secara berperingkat-peringkat.

Sama juga hadith disampaikan dari masa ke semasa semasa hayat Nabi.


Al Quran dan Hadis adalah satu adanya, maka sememangnya di sampaikan oleh nabi sebab Hadis itu nama lain bagi Al Quran.

AQ 39:23. Allah menurunka Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,........

Awak kata Riwayat Hadis itu disampaiak oleh nabi, maka sejauh mana keyakinan awak bahwa kitab2 Bukhari N The Geng itu benar-benar dari baginda nabi 100% tanpa manipulasi oleh manusia berkepentingan ?

Al-Quran sebagai sebuah kitab lengkap hanya muncul pada zaman Abu Bakr As-Siddiq. Zaman Nabi tiada Al-Quran dalam bentuk sebuah kitab lengkap! Ayat Al-Quran sendiri yang menyatakan Al-Quran itu diturunkan secara berperingkat-peringkat.


Apapun bentuk Al Quran itu pada zaman baginda dan selepas wafatnya, Al Quran itu tetap terpelihara kerana ianya telah mendapat jaminan dari Allah. Apakah awak mahu samakan tarafkan Al Quran dengan kitab2 Riwayat Hadis tanpa patut ?

Buat apa nak pusing? Yang saya gariskan di atas tu. Bersyariat berpandukan kitab Bukhari tu maknanya apa? Lihat quote di bawah ni:


Adus…. Tak faham jugak rupanya……. Saya kata “Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2.....”

Saya kata “anda”, adakah saya kata Bukhari buat syariat, sama ada Bukhari buat syariat atau tidak di luar pengetahuan saya yang jelas anda menjadikan kitab2 riwayat hadis beliau panduan beribadah disamping Al Quran….. tapi jika salah telaan saya ini maka maafkan saya.

Bila masa saya kata saya bersyariat sedemikian? Siapa yang pusing ni?


Syukurlah jika awak tidak jadikan kitab2 riwayat hadis sebagai panduan bersyariat disamping Al Quran, maka perbincangan kita bolehlah dianggap selesai adanya.

Al-Quran itu Rujukan utama. Sunnah Nabi itu secara praktikal nak beramal dengan Al-Quran. ADA FAHAM?


Itu kata awak….. selagi tiada dalil awak dari Al Quran maka ianya tidak bermakna apa2 pun, hanya prasangka awak semata2.

Anda baca Al-Quran tapi tak mahu ikut perintah Allah menurut Sunnah tu, samalah anda dengan SEEKOR KELDAI. Itulah perumpamaan orang yang kendong kitab Allah tapi tak faham isi kandungannya.


Balik2 awak kata ikut sunnah tapi dalam amsa yang sama awak langsung tiada dalil dari Al Quran…….. maka jika tiada dalil maka saranan awak tu tidak boleh pakai langsung…….

Pandai buat tuduhan. Hadith Nabi anda minta cop mohor. Ayat Al-Quran di atas tu BUKAN COP MOHOR Nabi. Itu KALAM ALLAH. Saya tak pertikai Kalam Allah.

Anda pertikai Hadith Nabi dengan alasan COP MOHOR, kenapa tak pertikai Kalam Allah dengan COP MOHOR NABI? Bukankah Nabi yang menyampaikan Al-Quran?


Sebab itulah Al Quran tidak memerlukan cop mohor nabi kerana Allah telah memberi jaminan akan ketulinan Al Quran. Nabi boleh meletakkan cop mohornya terhadap Al Quran jika baginda mahu seperti mana surat2nya kepada raja/pembesar2 tapi nabi tidak meletakkannya kerana baginda yakin akan jaminan Allah itu. Berbeza dengan riwayat2 hadis tulisan Bukhari N The Geng, dahlah tiada jaminan Allah tiada pula pengesahan dari nabi……

Salam…..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 05:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 9-3-2012 17:14

Nabi tidak membuat pengesahan berkenaan Al Quran keranaAllah telah mengesahkannya, jika Allah dah sahkan maka perlukah lagi nabimengatasi Allah ?


AQ 6:115. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dankeadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, YangMengetahui.

anakmacho Post at 8-3-2012 21:45

Telah sempurna kalimat Tuhan... termasuklah kalimat agar patuh kepada Rasul s.a.w (sunnah Nabi s.a.w)
Al-Ahzab : 36
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata".

Al-Hujuraat : 1
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Al-Hasyr : 7
...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah ; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya".

An Nisaa:61
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi dengan sekuat-kuatnya dari kamu.


Surah  Al Hijr
15: 9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkanAl Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[793].

Terjemahan lain;

AQ 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan,dan Kamilah yang menjaganya.   


“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikra dan Kami pasti memeliharanya.” [15:9]   


Tidaklah terbatas pada perlindungan terhadap Al-Qur’an saja, melainkan mencakup peraturan Allah serta peraturan yang dihukumkan oleh Rasulullah s.a.w .   
     Allah menetapkan arti dzikr itu lebih umum dari hanya al-Qur’an saja.  Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman;  
“Tanyakanlah kepada ahli dzikir sekiranya kalian tidak mengetahui.”  [16:43]   
     Yang dimaksud dzikir dalam ayat ini ialah orang yang memahami Agama  dan syari'at-Nya. Tidaklah diragukan lagi bahwa Allah menjamin Sunnah Rasul-Nya sebagaimana Dia menjamin Kitab-Nya. Hal ini terbukti dari perjuangan ulama yang telah menghabiskan usianya dalam menghafal, menyalin, mempelajari Al-Qur’an dan Sunnah. Di samping itu mereka juga tidak lupa mengadakan method pemlihan yang ketat terhadap Sunnah.  

Al Quran dan Hadis adalah satu adanya, maka sememangnya di sampaikan oleh nabi sebab Hadis itu nama lain bagi Al Quran.

AQ 39:23. Allah menurunka Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,........


Ayat ini tidaklah menjadikan sunnah Nabi s.a.w sebagai sesuatu yg buruk/dusta berbanding Hadis paling baik... selain menyampaikan kandungan Al Qur'an, Baginda s.a.w juga menerangkan maksud ayat2 al Qur'an dan menyampaikan Al Hikmah kepada umat manusia.

An-Nahl:44
“.....Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur-an agar engkau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang diturunkan kepada mereka, agar mereka berfikir.”   

Al Baqarah:151
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Al Ahzab:34
Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 05:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-3-2012 18:31
Al Quran dan Hadis adalah satu adanya, maka sememangnya di sampaikan oleh nabi sebab Hadis itu nama lain bagi Al Quran.

AQ 39:23. Allah menurunka Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab,........


anakmacho Post at 8-3-2012 21:46


Salam...

Isu ini isu ulangan, tapi takpa refresh balik. Hadith Allah ialah juga Kalam Allah, tak sama dengan Hadith Nabi/Rasul, yakni Kalam Rasul.

Nabi juga menyampaikan Hadith yang bukan Kalam Allah. Rujuk Surah At-Tahrim ayat 3.

Awak kata Riwayat Hadis itu disampaiak oleh nabi, maka sejauh mana keyakinan awak bahwa kitab2 Bukhari N The Geng itu benar-benar dari baginda nabi 100% tanpa manipulasi oleh manusia berkepentingan ?


Sejauh mana itu atas timbangan neraca Al-Quran, dan kesahihan sanad-sanad periwayatannya yang tidak dipertikaikan oleh yang pakar dalam bahagian periwayatan.

Jika terdapat hadith yang JELAS bertentangan dengan Al-Quran tanpa penjelasan dari Rasul, maka hadith tersebut tertolak.

Apapun bentuk Al Quran itu pada zaman baginda dan selepas wafatnya, Al Quran itu tetap terpelihara kerana ianya telah mendapat jaminan dari Allah. Apakah awak mahu samakan tarafkan Al Quran dengan kitab2 Riwayat Hadis tanpa patut ?

Saya tak pernah bawa isu yang Al-Quran itu sama tarafnya dengan Hadith atau sebaliknya. Tidak timbul isu macam tu kerana Hadith Nabi itu adalah secara praktikalnya untuk beramal dengan Al-Quran, bukan untuk membelakangkan Al-Quran.

Anda yang bawa isu Hadith kena ada COP MOHOR Nabi untuk menilai kesahihan, maka sewajarnya Al-Quran juga kena ada COP MOHOR Nabi untuk menilai kesahihan  jika itu cara kesahihan yang anda ketengahkan.

Kita sama-sama percaya Al-Quran itu terpelihara dari segi KALIMAH LAFAZ. Betul tak?

Adus…. Tak faham jugak rupanya……. Saya kata “Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2.....”

Saya kata “anda”, adakah saya kata Bukhari buat syariat, sama ada Bukhari buat syariat atau tidak di luar pengetahuan saya yang jelas anda menjadikan kitab2 riwayat hadis beliau panduan beribadah disamping Al Quran….. tapi jika salah telaan saya ini maka maafkan saya.


Untuk mengetahui tuduhan anda itu benar atau salah, apakah yang anda maksudkan 'riwayat hadith beliau'?

Jika 'riwayat hadith beliau' itu maksudnya perkataan Bukhari sendiri yang tidak berdasarkan dari Nabi, maka itulah yang dikatakan Syariat Bukhari kerana tiada dasar Sunnah Nabi. Jika 'riwayat hadith beliau' itu merujuk kepada asal perkataan Nabi (atau Sunnah Nabi), maka itulah Syariat Islam. Jadi, yang mana satu anda maksudkan?

Yang jelas, Bukhari bukannya cipta hadith dengan perkataannya sendiri, beliau hanya mengumpulkan Hadith Nabi. Jika beliau mencipta hadith sendiri, maka ramai orang akan bangun membela Hadith nabi, sepertimana Bukhari sendiri membela Hadith Nabi daripada hadith-hadith yang dipalsukan atas nama Nabi.

Syukurlah jika awak tidak jadikan kitab2 riwayat hadis sebagai panduan bersyariat disamping Al Quran, maka perbincangan kita bolehlah dianggap selesai adanya.


Alhamdulillah kalau anda pun sudah faham. Kitab Hadith bukannya kitab-kitab Syariat yang direka-reka. Ramai ahli-ahlinya yang menceburi bidang pengkesalan dan pensahihan hadith. Syariat itu sebenarnya dari ALLAH dan contoh Praktikalnya dari RASUL, bukan kononnya syariat kitab-kitab hadith yang direka-reka yang dijadikan panduan. Kita boleh anggap isu ini selesai jika anda sudah faham.

Itu kata awak….. selagi tiada dalil awak dari Al Quran maka ianya tidak bermakna apa2 pun, hanya prasangka awak semata2.


Mungkin anda tak jumpa ayat ini?

Dalil Al-Quran supaya ikut Taat Rasul/ ikut Sunnah Nabi:
&#1605;&#1617;&#1614;&#1606; &#1610;&#1615;&#1591;&#1616;&#1593;&#1616; &#1575;&#1604;&#1585;&#1617;&#1614;&#1587;&#1615;&#1608;&#1604;&#1614; &#1601;&#1614;&#1602;&#1614;&#1583;&#1618; &#1571;&#1614;&#1591;&#1614;&#1575;&#1593;&#1614; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1614; &#1750; &#1608;&#1614;&#1605;&#1614;&#1606; &#1578;&#1614;&#1608;&#1614;&#1604;&#1617;&#1614;&#1609;&#1648; &#1601;&#1614;&#1605;&#1614;&#1575; &#1571;&#1614;&#1585;&#1618;&#1587;&#1614;&#1604;&#1618;&#1606;&#1614;&#1575;&#1603;&#1614; &#1593;&#1614;&#1604;&#1614;&#1610;&#1618;&#1607;&#1616;&#1605;&#1618; &#1581;&#1614;&#1601;&#1616;&#1610;&#1592;&#1611;&#1575;
Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka (An-Nisa, 80)

Balik2 awak kata ikut sunnah tapi dalam amsa yang sama awak langsung tiada dalil dari Al Quran…….. maka jika tiada dalil maka saranan awak tu tidak boleh pakai langsung…….


Dalil Al-Quran supaya ikut Taat Rasul/ ikut Sunnah Nabi:

Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka (An-Nisa, 80)

Ingat! Al-Quran bukan manusia yang boleh menunjukkan cara-cara berSolat, Ruku', Haji dan lain-lain perintah yang ada di dalamnya.

Sebab itulah Al Quran tidak memerlukan cop mohor nabi kerana Allah telah memberi jaminan akan ketulinan Al Quran. Nabi boleh meletakkan cop mohornya terhadap Al Quran jika baginda mahu seperti mana surat2nya kepada raja/pembesar2 tapi nabi tidak meletakkannya kerana baginda yakin akan jaminan Allah itu. Berbeza dengan riwayat2 hadis tulisan Bukhari N The Geng, dahlah tiada jaminan Allah tiada pula pengesahan dari nabi……


Memang Allah beri Jaminan, dan Nabi yang sampaikan Al-Quran itu.

Kita yakin Al-Quran itu terpelihara. Kalau ada sesiapa yang dakwa ada tambahan ayat Al-Quran seperti Surah Wilayah dan sebagainya, semua itu tertolak kerana adanya orang-orang yang ahli yang boleh membuat pengesahan. Tak perlu COP MOHOR NABI PUN!

....maka bertanyalah kepada Ahli Az-Zikr jika kamu tidak mengetahui (An-Nahl, 43)

(Az-Zikr itu merujuk kepada kitab-kitab Allah)

Status periwayatan sesuatu Hadith Nabi pula ada pengkelasannya. Yang mana yang pasti dipalsukan atas Nama Nabi, sudah tentu ia tertolak. Yang sahih diterima. Yang diklasifikasikan sebagai dhaif, tidak ditolak sepenuhnya, tidak juga diterima sepenuhnya, perlu sokongan dari Al-Quran dan hadith-hadith sahih yang lain untuk dijadikan panduan.

Kalau ada orang yang claim dapat ayat dari Allah, macamana anda nak pastikan kesahihan dakwaannya? Tentulah rujuk kepada yang ahlinya. Orang yang tak hafal dan tak faham Al-Quran mana tahu buat pengesahan. Ada laporan di kawansan tertentu, 'Bible' disebarkan atas nama Al-Quran, sedangkan orang Islam di situ tidak hafal dan faham Al-Quran, maka mereka tertipu dengan tindakan missionary tersebut.  

Al-Quran tetap terpelihara, tetapi manusia tidak terpelihara dari ditipu atas nama Al-Quran sekalipun.

Begitu juga Hadith Nabi, tentunya kena rujuk kepada yang ahli supaya tidak tertipu dengan riwayat yang palsu.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 06:13 PM | Show all posts
Jom kita ke sana......
anakmacho Post at 8-3-2012 21:42


Dah sampai di sini. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by anakmacho at 10-3-2012 00:26
Telah sempurna kalimat Tuhan... termasuklah kalimat agar patuh kepada Rasul s.a.w (sunnah Nabi s.a ...
Nazrulism Post at 9-3-2012 17:10


Salam,

Terima kasih kerana turut berkongsi ilmu disini. Nampaknya awak tercari-cari ayat atau dalil dari Al Quran untuk mencari sesuatu yang tidak disebut Al Quran iaitu yang disebut umum sebagai  ”Hadis Nabi” atau ”Sunnah Nabi”. Mengapa perlu tercari-cari, jika ada sudah tentu Allah menyebutnya secara khusus perkataan tersebut dalam Al Quran sesuai dengan sifat Al Quran itu yang jelas . Jika awak minat dengan perbandingan agama, terutama Islam Kristian dan cuba ajukan soalan ”mana ayat yang mengatakan Jesus itu Tuhan dalam Injil” kepada umat kristian, mereka akan tercari-cari ayat untuk disesuaikan dengan kefahaman mereka namun tiada ayat yang jelas menyebut bahwa Jesus itu Tuhan. Jadi apa yang saya lihat kaedah awak dengan mereka adalah sama, terpaksa ”tercari-cari” sesuatu yang tidak disebut secara langsung dalam kitab.

Ok, berbalik kepada frasa ayat ” Taat Allah dan Taat Rasul” yang diulang-ulang dalam Al Quran, pada saya ianya merujuk kepada Al Quran itu sendiri. Bagaimana kita boleh mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana kita boleh mentaati Rasul tanpa Al Quran. Maka dengan Al Quranlah kita akan mentaati Rasul dan secara langsung kita mentaati Allah.

Jika baginda nabi dibenar menyampaikan sesuatu dari diri baginda sendiri ( yang disebut Hadis Nabi ) tanpa melalui wahyu maka ayat-ayat soal jawab antara baginda nabi dengan para sahabatnya tidak wujud dalam Al Quran. Kita lihat antara contoh2 ayatnya;

AQ 2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia,............

2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; ........

Perhatikan antara contoh soal jawah diatas, nabi memerlukan wahyu untuk menjawab soalan yang diutarakan. Nabi tidak menjawab secara langsung dari diri baginda sendiri. Ini menunjukkan nabi tiada kebenaran untuk menyampaikan syariat (hukum-hukum agama) tanpa melalui wahyu. Persoalannya, adakah yang disebut ”Hadis Nabi” atau ”Sunnah Nabi” itu adalah wahyu, jika wahyu mengapa ianya duduk di luar Al Quran ?

Kita lihat pula nabi diarah berkata;

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."

6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."

10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

46:9. Katakanlah, "Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

Dari ayat-ayat diatas, sangat jelas nabi hanya menyampaikan apa yang diwahyukan dalam perkara syariat.

Kita lihat pula kekangan kepada nabi untuk menyampaikan selain apa yang diwahyukan dan jika nabi menyampaikan selain yang diwahyukan maka nabi akan dihukum.

Surah Al Haaqqah
69:43. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.
69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada

Apa yang malang bagi awak, awak mengutip surah Al-Hasyr ayat 7  diluar kontseks. Ayat itu bukan kebenaran nabi menyampaikan syariat selain Al Quran sebaliknya ayat itu menceritakan kisah pembahagian harta rampasan perang. Ayat itu menegur sikap para sahabat yang tidak puas hati atas pembahagian harta rampasan perang oleh nabi dimana yang mendapat kuda tidak sama dengan yang mendapat keldai atau yang mendapat pedang tidak sama yang mendapat pisau dsbnya. Mesej yang kita lihat dalam ayat ini, sahabat tidak hormat atau ikut atau tidak puas hati apabila nabi yang membuat keputusan sehingga dan mungkin boleh menyebabkan pergaduhan sesame sendiri kerana tidak puas hati lantas Allah masuk campur dalam urusan pembahagian harta rampasan perang tersebut dengan turun wahyu tersebut.

Ayat ini tidaklah menjadikan sunnah Nabi s.a.w sebagai sesuatu yg buruk/dusta berbanding Hadis paling baik... selain menyampaikan kandungan Al Qur'an, Baginda s.a.w juga menerangkan maksud ayat2 al Qur'an dan menyampaikan Al Hikmah kepada umat manusia.

An-Nahl:44
“.....Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur-an agar engkau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang diturunkan kepada mereka, agar mereka berfikir.”   

Al Baqarah:151
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Al Ahzab:34
Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.


Di sini kita tidak membicarakan “Sunnah Nabi” atau “Hadis Nabi” itu baik atau buruk. Bukan itu persoalannya.

Sekali lagi awak terpaksa tercari-cari perkataan atau ayat untuk mencari sesuatu yang tidak disebut secara langsung oleh Allah dalam Al Quran. Perkataan “Al Hikmah” itu adalah perkataan arab atau bahasa Arab, sedang “Al Hadis” juga perkataan/bahasa arab. Mengapa awak perlu mengantikan atau memaksudkan perkataan lain bagi “Al Hikmah” dalam ayat tersebu, sedangkan perkataan Al Hadis juga banyak di gunakan dalam Al Quran. Mengapa Allah tidak meletakkan perkataan “Al Hadis” dalam ayat-ayat yang awak kemukakan itu, jika benar Allah memaksudkan Al Hikma itu adalah Al Hadis.

Kita lihat semula ayat yang awak kemukakan itu;

Al Baqarah:151
Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Lihat perkataan/ayat yang saya gariskan, jika Al Kitab dan Al Hikmah itu berbeza apa apa pula 3 perkara lain dalam ayat diatas. Iaitu;

1. membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu
2. mensucikan kamu
3. mengajarkan kepadamu Al Kitab
4. dan Al-Hikmah
5. mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui

Bukankah kelima-lima perkara diatas merujuk kepada Al Quran itu sendiri, bagaiaman pendapat awak ?

Salam....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 12:34 AM | Show all posts
Salam...
Isu ini isu ulangan, tapi takpa refresh balik. Hadith Allah ialah juga Kalam Allah,  ...
mnm77 Post at 9-3-2012 17:53

Jika ulangan tidak mengapa dan kini awak sedar bahawa Al Hadis itu adalah nama lain bagi Al Quran dan sepatutnya awak tidak menggunakan perkataan ”Anti Hadis” kepada golongan yang tidak mengamalkan riwayat hadis dalam bersyariat kerana anti hadis sama maksud anti quran dan ini boleh menimbulkan fitnah. Jika yang memberi gelaran itu tidak tahu akan makna sebenar Al Hadis maka terlepas dari membuat fitnah tapi bagi yang tahu pula dan tapi masih meneruskan mengunakan gelaran tersebut kepada pihak lain maka ianya sengaja membuat fitnah.

Kita lihat terjemahan ayat yang awak maksudkan;

AQ 66:3. Dan apabila Nabi memberitahu secara rahsia kepada seorang daripada isteri-isterinya mengenai sesuatu hadis (perbicaraan); dan kemudian, apabila dia (isteri) memberitahukannya, dan Allah memberitahunya kepada dia (Nabi), dia (Nabi) memberitahu sebahagian daripadanya, dan memalingkan sebahagian daripadanya; kemudian, apabila dia memberitahunya (isteri) daripadanya, dia (isteri) berkata, “Siapakah yang memberitahu ini kepada kamu?” Dia berkata, “Aku diberitahu oleh Yang Mengetahui, Yang Menyedari.”

Saya tidak nampak dalam ayat diatas dalil berkenaan kebenaran nabi menyampaikan sesuatu selain Al Quran dalam bersyariat. Apa yang saya faham dalam ayat diatas adalah kisah pembicaraan rumahtangga baginda. Nabi selaku manusia biasa dan berumahtangga tentulah perlu berbicara seperti manusia biasa baik dalam rumahtangga atau sebagainya, tidaklah 24 jam sehari 7 hari seminggu atau 12 bulan setahun yang keluar dari mulut nabi adalah wahyu sahaja.

Saya tak pernah bawa isu yang Al-Quran itu sama tarafnya dengan Hadith atau sebaliknya. Tidak timbul isu macam tu kerana Hadith Nabi itu adalah secara praktikalnya untuk beramal dengan Al-Quran, bukan untuk membelakangkan Al-Quran.

Anda yang bawa isu Hadith kena ada COP MOHOR Nabi untuk menilai kesahihan, maka sewajarnya Al-Quran juga kena ada COP MOHOR Nabi untuk menilai kesahihan  jika itu cara kesahihan yang anda ketengahkan.


Betul ke riawayat hadis nabi itu secara pratikalnya untuk beramal dengan Al Quran, habis itu kita ambil beberapa contoh seperti larangan terhadap wanita haid untuk sholat dan berkaitan, bacaan talkin di kuburan, kepercayaan akan datang Iman Mahdi dan banyak lagi amalan2 tertentu, dari surah dan ayat mana pula dalam Al Quran untuk dipratikalkan....?

Seperti yang saya katakan Al Quran tidak perlu ada cop mohor nabi kerana Allah telah menjamin akan Al Quran itu dan ini berbeza dengan riwayat2 hadis yang dijadikan panduan dalam bersyariat oleh awak segolongan, dahlah tiada jaminan Allah tiada pula pengesahan dari nabi sendiri. Sedangkan dokumen biasa dan salinan2nya pun perlu ada pengesahan dari pihak yg mengeluarkannya baru boleh diterima oleh sesuatu pihak, contohnya salinan KP atau surat lahir perlu ada pengesahan dari JPN atau Slip gaji perlu ada pengesahan dari majikan barulah dokumen itu diterima pakai, inikan pula sesuatu untuk dijadikan panduan dalam bersyariat yang akan menentuhkan untung nasib di akhirat kelak.

Untuk mengetahui tuduhan anda itu benar atau salah, apakah yang anda maksudkan 'riwayat hadith beliau'?


Ada ralat dalam kenyataan saya tersebut, kesilapan menaip. Apa yang saya maksudkan adalah posting saya yg lalu yang berkaitan di thread sebelah.

Alhamdulillah kalau anda pun sudah faham. Kitab Hadith bukannya kitab-kitab Syariat yang direka-reka. Ramai ahli-ahlinya yang menceburi bidang pengkesalan dan pensahihan hadith. Syariat itu sebenarnya dari ALLAH dan contoh Praktikalnya dari RASUL, bukan kononnya syariat kitab-kitab hadith yang direka-reka yang dijadikan panduan. Kita boleh anggap isu ini selesai jika anda sudah faham.


Mengapa perlu ramai yang menceburi bidang tersebut, bukankah dikatakan Bukhari telah menyaring riawayat2 hadis tersebut sehingga membuang begitu banyak riwayat hadis, apakah awak segolongan ragu2 terhadap Bukhari. Dan berapa 100% keyakinan awak dari hasil kajian pakar2 golongan awak itu bahwa riwayat2 hadis itu sudah bebas dari manipulasi manusia berkepentingan ?

Mungkin anda tak jumpa ayat ini?
Dalil Al-Quran supaya ikut Taat Rasul/ ikut Sunnah Nabi:


Ulasan saya berkenaan frasakata ”taat Allah dan taat Rasul” telah saya kemukakan di posting lalu, respon kepada posting sdr Nazrulism, sila rujuk.

Ingat! Al-Quran bukan manusia yang boleh menunjukkan cara-cara berSolat, Ruku', Haji dan lain-lain perintah yang ada di dalamnya.


Siapa kata Al Quran itu manusia ? Betul ke dalam Al Quran tiada tunjuk cara-cara sholat dan amalan ibadah lain, ini tentu tak baca thread ini diawal-awal dan selainnya awak boleh rujuk di web bacaan.com. Tapi jika awak nak cari dalam Al Quran cara awak segolongan sholat, memang awak tidak akan jumpa dan kalau ada pun tentu berbeza........

[quote]Al-Quran tetap terpelihara, tetapi manusia tidak terpelihara dari ditipu atas nama Al-Quran sekalipun.

Begitu juga Hadith Nabi, tentunya kena rujuk kepada yang ahli supaya tidak tertipu dengan riwayat yang palsu.[/qote]

Saya tidak mahu mengulas berkenaan keterpeliharaan Al Quran sebab ianya  sudah dijamin oleh Allah, jadi itu adalah urusan Allah bagaimana Al Quran tetap terpelihara sehingga kiamat. Permasalahannya adalah riwayat hadis yang langsung tiada jaminan Allah dan tiada pengesahan dari nabi dan riwayat tersebut dijadikan panduan bersyariat pula selain Al Quran oleh awak segologan......

Awak kata agar tidak tertipu dan kena rujuk kepada pakar/ahli riwayat hadis, tapi awak sedar atau tidak, berapa ramai sudah tertipu..... kita ambil contoh terdekat, amalan azan dan qamat ke teliga bayi baru lahir, berapa ramai yang telah mengamalkannya dan ada kemungkinan mereka yang awak kata pakar/ahli itu pun pernah mengamalkannya.... alih2 kini golongan awak sendiri mendapati ianya adalah palsu ........ bukankah ini bukti bahwa yg pernah mengamalkannya sudah tertipu...... termasuk saya sendiri dahulu, keempat2 cahaya mata saya, saya azankan bagi yg lelaki dan qamatkan bagi yang perempuan....( maaf dah termasuk hal peribadi pulak, tiada niat apa2 cuma berkongsi pengalaman atas fahaman sebelum ini).

Salam.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 07:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 10-3-2012 21:44
Nampaknya awak tercari-cari ayat atau dalil dari Al Quran untuk mencari sesuatu yang tidak disebut Al Quran iaitu yang disebut umum sebagai  Hadis Nabi&#65533; atau sunnah Nabi&#65533;. Mengapa perlu tercari-cari, jika ada sudah tentu Allah menyebutnya secara khusus perkataan tersebut dalam Al Quran sesuai dengan sifat Al Quran itu yang jelas  
anakmacho Post at 10-3-2012 00:25

Saya tidak perlu tercari-cari.. Telah jelas disebut (kecuali golongan yg mahu menafikan kerana tak faham apakah yg dimaksudkan SUNNAH NABI);

Al Ahzab:21
Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Bagi Nabi s.a.w sendiri telah ada sunnah dari Ibrahim yang mana hadithnya diriwayatkan oleh Allah sendiri;

Al mumtahanah:4
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali".     

Cuba anda beri dalil.. Yang Allah s.w.t melarang mengambil percontohan/hukum dari Nabi s.a.w.

Ok, berbalik kepada frasa ayat " Taat Allah dan Taat Rasul" yang diulang-ulang dalam Al Quran, pada saya ianya merujuk kepada Al Quran itu sendiri. Bagaimana kita boleh mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana kita boleh mentaati Rasul tanpa Al Quran. Maka dengan Al Quranlah kita akan mentaati Rasul dan secara langsung kita mentaati Allah.


Kita tidak akan kenal apatah lagi taat pada Allah s.w.t serta perintahNya (Al Qur'an) tanpa Rasul yg diutuskan!
Mentaati Allah s.w.t. mesti melalui Rasul s.a.w yang menyampaikan dan menjelaskan Al Qur'an,  
Mentaati Rasul mesti ikut apa yg dijelaskan oleh Baginda s.a.w secara verbal atau praktikal tentang kandungan Al Qur'an itu, kerana Baginda s.a.w adalah orang yang paling faham (ada Al-hikmah) tentang wahyu yg diturunkan kepadanya.

An-Nahl:44
".....Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur-an agar engkau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang diturunkan kepada mereka, agar mereka berfikir."  

Dengan Al hikmah dan penjelasan baginda s.a.w... barulah manusia dapat berfikir dan menerima tentang Allah seterusnya taat pada Allah s.w.t. dengan firmanNya dalam Al Qur'an.  Sebagai contoh;

Al Maidah:38
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.  


Bagaimanakah anda hendak melaksanakan perintah ini tanpa panduan dari Rasul ?... setakat mana tangan itu yg hendak dipotong?
pergelangan tangan, lengan, siku, atau sampai ke bahu ?


Jika baginda nabi dibenar menyampaikan sesuatu dari diri baginda sendiri ( yang disebut Hadis Nabi ) tanpa melalui wahyu maka ayat-ayat soal jawab antara baginda nabi dengan para sahabatnya tidak wujud dalam Al Quran. Kita lihat antara contoh2 ayatnya;

AQ 2:219. Mereka menanyai kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia,............
   
Nabi s.a.w tidak menyampaikan sesuatu dari diri Baginda sendiri... melainkan apa yang diwahyukan (Al Hikmah). Ayat 2:219 adalah penjelasan melalui firman Allah s.w.t. kerana Baginda s.a.w belum mengetahui hukum tentang arak dan judi (ayat tentang arak dan judi tiada lagi ketika itu), maka baginda tidak dapat mengeluarkan hikmah dari perintah yg belum ada. Akan tetapi, bila telah jelas pengharaman arak... baginda boleh menjelaskan arak tidak boleh dijadikan ubat.

Persoalannya, adakah yang disebut ”Hadis Nabi” atau ”Sunnah Nabi” itu adalah wahyu, jika wahyu mengapa ianya duduk di luar Al Quran ?

Al Qur'an itu adalah Wahyu berupa firman (kata-kata) Allah s.w.t.  
Wahyu bukan hanya Al Qur'an sahaja, termasuk Al-hikmah dan ilmu laduni khidir.
Sunnah Nabi tidak berada dalam Al Qur'an kerana ia adalah kata2 dan perbuatan Nabi s.a.w

Jadi yg dimaksudkan "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku"  adalah A; Qur'an dan Sunnah beliau s.a.w.


Surah Al Haaqqah
69:43. Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam.
69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa


Terbukti Nabi s.a.w TIDAK mengada-adakan sebarang ucapan... melainkan wahyu yg diturunkan.

Apa yang malang bagi awak, awak mengutip surah Al-Hasyr ayat 7  diluar kontseks. Ayat itu bukan kebenaran nabi menyampaikan syariat selain Al Quran sebaliknya ayat itu menceritakan kisah pembahagian harta rampasan perang.


Al-Hasyr : 7
...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah

Betul... ayat itu berkenaan rampasan perang.  
Tapi ayat itu menunjukkan Sunnah Nabi dalam pengagihan rampasan perang yang tiada detailnya dalam Al Qur'an. Jadi apa yang menjadi ketetapan Nabi haruslah dipatuhi/ ditaati. Ayat itu tidak sebutpun beri pedang, pisau lembing dan lain2... melainkan secara umum apa yg diberikan/ dilarang oleh Nabi s.a.w.

Di sini kita tidak membicarakan “Sunnah Nabi” atau “Hadis Nabi” itu baik atau buruk. Bukan itu persoalannya.

Sekali lagi awak terpaksa tercari-cari perkataan atau ayat untuk mencari sesuatu yang tidak disebut secara langsung oleh Allah dalam Al Quran. Perkataan “Al Hikmah” itu adalah perkataan arab atau bahasa Arab, sedang “Al Hadis” juga perkataan/bahasa arab. Mengapa awak perlu mengantikan atau memaksudkan perkataan lain bagi “Al Hikmah” dalam ayat tersebu, sedangkan perkataan Al Hadis juga banyak di gunakan dalam Al Quran. Mengapa Allah tidak meletakkan perkataan “Al Hadis” dalam ayat-ayat yang awak kemukakan itu, jika benar Allah memaksudkan Al Hikma itu adalah Al Hadis.

Jika tidak membicarakan 'sunnah Nabi' baik atau buruk... apa yang awak nak bicarakan ?

Al-Hikmah itu lebih luas- ia termasuk kebijaksanaan akal nabi, kebolehan, sifat-sifat luhur, keyakinan diri, Hujjah Nabi, strategi perang, kata2 yg benar, perbuatan yg benar. Sementara Al Hadith merupakan perkara2 yang boleh dilihat dan didengar oleh periwayat sahaja.

Jangan jadi macam yahudi... Bila diharamkan makan lemak, mereka memprosesnya menjadi minyak dan menjual dan memakan hasilnya.. kerana tidak disebut secara langsung hukum memakan hasil jualan minyak dari lemak itu.

Lihat perkataan/ayat yang saya gariskan, jika Al Kitab dan Al Hikmah itu berbeza apa apa pula 3 perkara lain dalam ayat diatas. Iaitu;

1. membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu
2. mensucikan kamu
3. mengajarkan kepadamu Al Kitab
4. dan Al-Hikmah
5. mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui

Bukankah kelima-lima perkara diatas merujuk kepada Al Quran itu sendiri, bagaiaman pendapat awak ?


Jika kelima-lima perkara itu merujuk hanya kepada Al Qur'an... Memadai Allah Hanya Menyebut Al Qur'an sahaja. Bila sudah disebut secara langsung awak mahu memahamkan ia adalah secara TIDAK langsung dengan pemahaman 'semua itu merujuk kepada Al Qur'an sahaja pulak!.
1. Membacakan ayat2 Kami.. Nabi membacakan ayat-ayat Al Qur'an kepada kaumnya.  
2. Mensucikan kamu.. Nabi membetulkan aqidah sesat mereka iaitu percaya kepada Allah tetapi menyembah berhala.   
3. Mengajar Al Kitab.. Nabi mengajarkan kefahaman Al Quran.
4. Al Hikmah.. Nabi memperincikan hukum-hukum dalam Al Qur'an.
5. Mengajarkan perkara yg belum diketahui.. Nabi mengajar pelbagai perkara seperti strategi peperangan, cara beribadah, adab, kebajikan, urusan masyarakat dll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 10:50 PM | Show all posts
Saya tidak perlu tercari-cari.. Telah jelas disebut (kecuali golongan yg mahu menafikan kerana tak ...
Nazrulism Post at 10-3-2012 19:31


Salam....

Sama ada awak akui atau tidak namun itulah hakikatnya yang jelas perkataan ”Hadis Nabi” atau ”Sunnah Nabi” Allah tidak sebutpun dalam Al Quran yang mengandungi lebih 6000 lebih ayat. Memadangkan Allah tidak sebut awak terpaksa ”tercari-cari” untuk disesuaikan dengan fahaman sendiri. Itu adalah hakikat. Maksud sunnah nabi memang pun difahami oleh manusia namun persoalannya adakah ianya ada disebut dalam Al Quran ?

Al Ahzab:21
Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.


Ayat 21 surah Al Ahzab itu bukan merujuk kepada ”Rasul Allah” hanya kepada Nabi Muhammad seorang sahaja sebab ianya merangkumi semua ”Rasul Allah”. Ayat itu menyebut ”Rasul Allah” secara umum maka ianya merangkumi Rasul Allah Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan yg lain2 termasuklah baginda Nabi Muhammad sendiri. Jika ayat itu dikhususkan kepada nabi Muhammad sahaja dan perlu diteladani melalui riwayat hadis, maka riwayat hadis mana pula untuk kita mencontohi nabi-nabi yang lain?

Bagi Nabi s.a.w sendiri telah ada sunnah dari Ibrahim yang mana hadithnya diriwayatkan oleh Allah sendiri;

Al mumtahanah:4
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". "Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali".
   

Kan sangat jelas ayat yg awak kemukakan diatas, untuk mencontohi Nabi Ibrahim, nabi Muhammad merujuk kepada Al Quran itu sendiri bukan Hadis Nabi Ibrahim yang duduk di luar Al Quran. Jadi kita pun kita ikut cara baginda nabi Muhammad iaitu untuk mencontohi baginda dan nabi2 lain kita pun kena rujuk Al Quran sepertimana yang dilakukan oleh nabi Muhammad sendiri.

Cuba anda beri dalil.. Yang Allah s.w.t melarang mengambil percontohan/hukum dari Nabi s.a.w.


Kenapa pula Allah nak larang, kan Allah arahkan kepada kita untuk mencontohi baginda dan nabi-nabi lain (lihat ayat 21 surah Al Ahzab diatas). Persoalannya, adakah baginda nabi dibenarkan menyampaikan sesuatu syariat di luar Al Quran namun yang jelas baginda Nabi dilarang sama sekali dan jika baginda nabi buat juga maka baginda akan dihukum bunuh. Lihat Surah Al Haaqqah ayat 43-48 yang telah saya kemukakan di posting lalu.

Kita tidak akan kenal apatah lagi taat pada Allah s.w.t serta perintahNya (Al Qur'an) tanpa Rasul yg diutuskan!
Mentaati Allah s.w.t. mesti melalui Rasul s.a.w yang menyampaikan dan menjelaskan Al Qur'an,  
Mentaati Rasul mesti ikut apa yg dijelaskan oleh Baginda s.a.w secara verbal atau praktikal tentang kandungan Al Qur'an itu, kerana Baginda s.a.w adalah orang yang paling faham (ada Al-hikmah) tentang wahyu yg diturunkan kepadanya.


Sebab itulah saya katakan frasa ayat “taatlah Allah dan taatlah Rasul”  melalui Al Quran, apabila kita melaksanakan atau mengamalkan Al Quran maka kita mentaati rasul dan secara langsung mentaati Allah. Saya sependapat dengan awak bahwa nabi mengamalkan Al Quran secara pratikal, takkanlah kita diarahkan mengamalkan Al Quran tapi nabi tidak. Jadi saya tiada masalah dengan hal ini malah saya sesangat setuju.

An-Nahl:44
鈥&#65533;.....Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur-an agar engkau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang diturunkan kepada mereka, agar mereka berfikir.鈥&#65533;  

Dengan Al hikmah dan penjelasan baginda s.a.w... barulah manusia dapat berfikir dan menerima tentang Allah seterusnya taat pada Allah s.w.t. dengan firmanNya dalam Al Qur'an.  Sebagai contoh;


Memangpun nabi menjelaskan kepada manusia, takkanlah nabi terima wahyu dan sampaikan kepada masyarakatnya tanpa nabi memberi penjelasan atau penerangan….. karang kaumnya tercengang-cangang kebingungan. Tentulah nabi bagi penjelasan, sebagai contoh, nabi akan berkata “Semalam/tadi saya menerima wahyu berkenaan perihal puasa iaitu…... (nabi bacakan ayat wahyu tersebut) dan pastinya nabi akan menerangkan tanpa menokok tambah apa yang telah diwahyukan kepada baginda.

Saya ambil contoh apa yang saya maksudkan berlakunya tokoh tambah adalah seperti anggota badan yang perlu dibasuh apabila hendak sholat. Allah sebut 4 anggota yang wajib dibasuh tetapi kononnya nabi tambah lagi kepada 7 atau 8 anggota perlu dibasuh. Saya yakin nabi tidak akanmembuat penambahan seperti itu kerana jika nabi buat pasti baginda akan di hukum.

Al Maidah:38
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.  


Bagaimanakah anda hendak melaksanakan perintah ini tanpa panduan dari Rasul ?... setakat mana tangan itu yg hendak dipotong?
pergelangan tangan, lengan, siku, atau sampai ke bahu ?


Seperti mana syariat sholat, puasa, haji dan termasuk hukum potong tangan ini dan lain-lain, Syariat nabi (agama islam) bukanlah pelopornya sebaliknya perkara2 tersebut telah dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu…… maka apabila disebut sahaja puasa pada masa itu maka nabi dan kaumnya telah faham apa itu puasa. Samalah juga dengan kes potong tangan ini, sebut sahaja potong tangan nabi dan kaumnya sudah tahu kat mana yang harus di potong, jadi perkara itu bukanlah nabi yang menentuhkannya sebaliknya nabi dan kaum berpandukan amalan kaum yang terdahulu. Mungkin sahaja dari segi kesalahan yang berbeza pada jenis hukuman tersebut.

Nabi s.a.w tidak menyampaikan sesuatu dari diri Baginda sendiri... melainkan apa yang diwahyukan (Al Hikmah). Ayat 2:219 adalah penjelasan melalui firman Allah s.w.t. kerana Baginda s.a.w belum mengetahui hukum tentang arak dan judi (ayat tentang arak dan judi tiada lagi ketika itu), maka baginda tidak dapat mengeluarkan hikmah dari perintah yg belum ada.


Yup.... saya setuju nabi tidak akan menyampaikan dari diri baginda sendiri melainkan nabi mengikuti apa yang diwahyukan. Jika nabi sampaikan dari diri sendiri, nabi akan dihukum bunuh...... jadi persoalanya riwayat2 hadis yg berlambak itu bukan dari nabi sebab riwayat2 hadis tersebut duduk di luar Al Quran. Jika riwayat2 hadis itu adalah wahyu Allah mengapa ianya duduk di luar Al Quran dan lansung Allah tidak menjamin akan ketulinannya seperti mana Al Quran?

Seperti yang saya katakan Al Hikmah itu merujuk kepada Al Quran itu sendiri dengan erti kata lain Al Hikmah adalah nama lain bagi Al Quran seperti Al Zikr, Al Hadis, Al Furqan. Saya kemukakan satu ayat yang menujukkan bahwa Al Hikmah itu sebahagian dari Al Quran;

AQ 17:39. Itu adalah daripada Al Hikmah yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

Awak kata Al Hikmah itu selain dari Al Quran atau dengan erti kata lain adalah riwayat hadis, dalil mana dari Al Quran yang mengatakan Al Hikmah itu adalah riwayat hadis ? Sila kemukakan dalil awak.....

Awak kata persoalan arak, nabi tidak tahu akan hukumnya, yup sememang nabi tidak tahu dan nabi tidak berani mengeluarkan hukum dari diri baginda sendiri sebelum wahyu diturunkan (2:219)..... saya ambil contoh, bagaimana pula hukum/larangan wanita sholat dan ibadah berkaitan apabila mereka haid yg terdapat dalam riwayat hadis tu sedangkan dalam wahyu ( quran) hanya melarang bersetubuh sahaja..... dan bagaimana pula, saya ambil contoh berkenaan Imam Mahdi, turunnya semula Nabi Isa, siksa kubur dsbnya yg terdapat dlm riwayat hadis tu, bagaimana nabi tahu atau siapa yang bagitau baginda nabi, sebab ianya tidak terdapat dalam Al Quran?

Untuk pengetahuan awak, bukan semua yang riwayat2 hadis yang disandarkan kepada nabi saya tolak.... yang saya tolak adalah penambahan syariat kepada Al Quran dan sesuatu yang bertentangan dengan Al Quran. Harap ini jelas......... salam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 11:35 PM | Show all posts
Al-Hasyr : 7
...Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah

Betul... ayat itu berkenaan rampasan perang.  
Tapi ayat itu menunjukkan Sunnah Nabi dalam pengagihan rampasan perang yang tiada detailnya dalam Al Qur'an. Jadi apa yang menjadi ketetapan Nabi haruslah dipatuhi/ ditaati. Ayat itu tidak sebutpun beri pedang, pisau lembing dan lain2... melainkan secara umum apa yg diberikan/ dilarang oleh Nabi s.a.w.


Yup... dalam ayat itu tidak pun sebut pedang, pisau dsbnya. Saya menyebutnya untuk memberi contoh kepada pembahagian tersebut.... (saya terlupa letak perkataan ”sebagai contoh”). Ok kita lihat ayat penuhnya;

AQ 59:7. Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

Perhatikan ayat yang saya tebalkan dan perhatikan ayat yang saya gariskan iaitu ”ambillah”, perkataan ambil itu merujuk kepada barang yang diagihkan bukan izin kepada nabi menyampaikan syariat di luar Al Quran.

Jika tidak membicarakan 'sunnah Nabi' baik atau buruk... apa yang awak nak bicarakan ?


Nampaknya awak semacam tidak faham apa yg sedang dibicarakan, mungkin awak mencelah perbincangan ini tanpa melihat keseluruhan perbicangan. Apa yang sedang saya bincangkan, adakah nabi dibenarkan menyampaikan syariat selain Al Quran ?

Jika kelima-lima perkara itu merujuk hanya kepada Al Qur'an... Memadai Allah Hanya Menyebut Al Qur'an sahaja. Bila sudah disebut secara langsung awak mahu memahamkan ia adalah secara TIDAK langsung dengan pemahaman 'semua itu merujuk kepada Al Qur'an sahaja pulak!.
1. Membacakan ayat2 Kami.. Nabi membacakan ayat-ayat Al Qur'an kepada kaumnya.  
2. Mensucikan kamu.. Nabi membetulkan aqidah sesat mereka iaitu percaya kepada Allah tetapi menyembah berhala.   
3. Mengajar Al Kitab.. Nabi mengajarkan kefahaman Al Quran.
4. Al Hikmah.. Nabi memperincikan hukum-hukum dalam Al Qur'an.
5. Mengajarkan perkara yg belum diketahui.. Nabi mengajar pelbagai perkara seperti strategi peperangan, cara beribadah, adab, kebajikan, urusan masyarakat dll.


Mengapa Allah tidak sebut Al Quran sahaja, ini saya tidak mahu ulas kerana diluar pengetahuan saya. Lihat senarai ulasan yang awak berikan perkara 1 hingga 3 adalah, bukankah semua perkara itu merujuk kepada Al Quran. Nabi membacakan ayat-ayat Al Quran, nabi membetulkan aqidah dengan Al Quran dan nabi mengajar kitab dengan Al Quran. Mengapa pula yang ke 3 dan 4 terkeluar dari Al Quran ? Bukankah Al Quran itu juga Al Hikmah dimana kandungan Al Quran terdapatnya pelbagai hikmah nabi-nabi terdahulu. Dan yang ke 5, betulkah semua perkara nabi ajar kepada umatnya, jika begitu mengapa nabi diarah juga oleh Allah untuk bertanya kepada ”pakar” dalam sesuatu bidang jika semua perkara nabi tahu.... ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:36 AM | Show all posts
Untuk pengetahuan awak, bukan semua yang riwayat2 hadis yang disandarkan kepada nabi saya tolak.... yang saya tolak adalah penambahan syariat kepada Al Quran dan sesuatu yang bertentangan dengan Al Quran. Harap ini jelas......... salam.
anakmacho Post at 10-3-2012 22:50


ohhh... cakap la awal-awal, awak tolak hadith yg awak sangkakan/anggap palsu.

Takkan Nabi s.a.w mengatakan sesuatu yg bertentangan dengan Al Qur'an,  
Tambahan syariat yang mana awak maksudkan ?   

Sama ada awak akui atau tidak namun itulah hakikatnya yang jelas perkataan ”Hadis Nabi” atau ”Sunnah Nabi” Allah tidak sebutpun dalam Al Quran yang mengandungi lebih 6000 lebih ayat.


Sepanjang 23 tahun.. Rasulullah hanya dapat berkata 6000 lebih ayat sahajakah (ayat Al Qur'an sahaja) ?
Awak memahami agama berdasarkan ada perkataan spesifik dalam Al Qur'an... Bagaimana dengan mee goreng, halal atau tidak.. saya tak jumpa perkataan mee goreng dalam Al Qur'an ?. Jika perkataan Hadith Nabi/ Sunnah Nabi... tiada masalah kalau ditukar kepada "suri teladan Nabi".... bendanya sama!

Ayat 21 surah Al Ahzab itu bukan merujuk kepada ”Rasul Allah” hanya kepada Nabi Muhammad seorang sahaja sebab ianya merangkumi semua ”Rasul Allah”. Ayat itu menyebut ”Rasul Allah” secara umum maka ianya merangkumi Rasul Allah Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan yg lain2 termasuklah baginda Nabi Muhammad sendiri. Jika ayat itu dikhususkan kepada nabi Muhammad sahaja dan perlu diteladani melalui riwayat hadis, maka riwayat hadis mana pula untuk kita mencontohi nabi-nabi yang lain?


Riwayat hadith Rasul yg terdahulu hanya boleh dicontohi jika diriwayatkan dalam Al Qur'an dan Hadith Nabi s.a.w sahaja... Bahkan Hadits Allah (suhuf2, zabur, Taurat, Injil) kepada rasul2 terdahulu juga sedemikian kerana tiada yang otentik periwayatannya. jadi ayat al ahzab:21 mengkususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana kata2 dan perbuatannya dapat dilihat/didengar oleh ramai orang selama hayat Baginda s.a.w dan meriwayatkan dengan method yang membolehkan pelbagai riwayat ini dikaji akan kesahihannya.(penjelasan dari Al mumtahanah:4)

Kenapa pula Allah nak larang, kan Allah arahkan kepada kita untuk mencontohi baginda



Persoalannya...
Bagaimana kita nak mencontohi Baginda dizaman ini, tentang perkara yang tiada detailnya dalam Al Qur'an?  
Bagaimana kita nak mencontohi fahaman baginda pada sesuatu ayat, kerana kita tak mendengar sendiri penjelasan baginda.  
Bagaimana kita nak mencontohi al hikmah Baginda ketika ini?

Saya sependapat dengan awak bahwa nabi mengamalkan Al Quran secara pratikal, takkanlah kita diarahkan mengamalkan Al Quran tapi nabi tidak. Jadi saya tiada masalah dengan hal ini malah saya sesangat setuju.


Persoalannya; Adakah amalan praktikal Nabi yang sisaksikan oleh beribu-ribu orang seperli wuduk, solat, Haji menyalahi Al Qur'an?  
Adakah awak menuduh Nabi tidak mengamalkan Al Qur'an dengan melakukan perkara seperti yg telah disaksikan oleh orang ramai ketika itu?

Memangpun nabi menjelaskan kepada manusia, takkanlah nabi terima wahyu dan sampaikan kepada masyarakatnya tanpa nabi memberi penjelasan atau penerangan….. karang kaumnya tercengang-cangang kebingungan. Tentulah nabi bagi penjelasan, sebagai contoh, nabi akan berkata “Semalam/tadi saya menerima wahyu berkenaan perihal puasa iaitu…... (nabi bacakan ayat wahyu tersebut) dan pastinya nabi akan menerangkan tanpa menokok tambah apa yang telah diwahyukan kepada baginda.


Itu bercerita.. bukannya penjelasan.
Penjelasan adalah menerangkan kaedah2 berpuasa, perkara yg membatalkan puasa dan lain2 yang berkaitan dengan puasa yg tiada perincian dalam Al Qur'an.

Saya ambil contoh apa yang saya maksudkan berlakunya tokoh tambah adalah seperti anggota badan yang perlu dibasuh apabila hendak sholat. Allah sebut 4 anggota yang wajib dibasuh tetapi kononnya nabi tambah lagi kepada 7 atau 8 anggota perlu dibasuh. Saya yakin nabi tidak akanmembuat penambahan seperti itu kerana jika nabi buat pasti baginda akan di hukum.


Perkara pokoknya adalah membasuh anggota, keutamaan kepada 4 anggota.. anggota lain yang pada fahaman Nabi juga boleh dibasuh (tidak menjadi kesalahan).. dan Nabi menunjukkan suri teladannya (sunnahnya).

Seperti mana syariat sholat, puasa, haji dan termasuk hukum potong tangan ini dan lain-lain, Syariat nabi (agama islam) bukanlah pelopornya sebaliknya perkara2 tersebut telah dilakukan oleh kaum-kaum terdahulu…… maka apabila disebut sahaja puasa pada masa itu maka nabi dan kaumnya telah faham apa itu puasa. Samalah juga dengan kes potong tangan ini, sebut sahaja potong tangan nabi dan kaumnya sudah tahu kat mana yang harus di potong, jadi perkara itu bukanlah nabi yang menentuhkannya sebaliknya nabi dan kaum berpandukan amalan kaum yang terdahulu. Mungkin sahaja dari segi kesalahan yang berbeza pada jenis hukuman tersebut.


Seolah awak berkata Nabi ikut sunnah (yg tiada perkataannya dalam al Qur'an; hujah awak) kaum2 terdahulu.  
Sebenarnya... Syariat Nabi s.a.w berbeza dengan kaum2 yang lain, syariat terdahulu tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya, itulah yang dijelaskan melalui sunnah beliau s.a.w.

Yup.... saya setuju nabi tidak akan menyampaikan dari diri baginda sendiri melainkan nabi mengikuti apa yang diwahyukan. Jika nabi sampaikan dari diri sendiri, nabi akan dihukum bunuh...... jadi persoalanya riwayat2 hadis yg berlambak itu bukan dari nabi sebab riwayat2 hadis tersebut duduk di luar Al Quran.

Ok.. kita dah setuju sunnah nabi mengikut wahyu.
Riwayat hadith tidak dimasukkan dalam Al Qur'an kerana ia bukan riwayat dari Nabi sepertimana Al Qur'an... awak kena faham 'riwayat-riwayat' itu bukan wahyu- periwayat hadith tidak menerima wahyu, 'Sunnah Nabi' itu wahyu spt yg kita persetujui!

AQ 17:39. Itu adalah daripada Al Hikmah yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu; janganlah mengadakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilemparkan ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.

Awak kata Al Hikmah itu selain dari Al Quran atau dengan erti kata lain adalah riwayat hadis, dalil mana dari Al Quran yang mengatakan Al Hikmah itu adalah riwayat hadis ? Sila kemukakan dalil awak.....

17:39 menerangkan perkara2 yg disebut dalam ayat sebelumnya adalah daripada al hikmah, bermaksud banyak lagi al hikmah yg tidak dicatitkan dalam Al Qur'an yg diwahyukan kepada Nabi.

Riwayat hadith adalah 'al hikmah Nabi' yg sampai kepada umat sekarang.. Bukannya 'riwayat' itu al hikmah.

Awak kata persoalan arak, nabi tidak tahu akan hukumnya, yup sememang nabi tidak tahu dan nabi tidak berani mengeluarkan hukum dari diri baginda sendiri sebelum wahyu diturunkan (2:219)..... saya ambil contoh, bagaimana pula hukum/larangan wanita sholat dan ibadah berkaitan apabila mereka haid yg terdapat dalam riwayat hadis tu sedangkan dalam wahyu ( quran) hanya melarang bersetubuh sahaja..... dan bagaimana pula, saya ambil contoh berkenaan Imam Mahdi, turunnya semula Nabi Isa, siksa kubur dsbnya yg terdapat dlm riwayat hadis tu, bagaimana nabi tahu atau siapa yang bagitau baginda nabi, sebab ianya tidak terdapat dalam Al Quran?

Awak patut tanya.. Bagaimana Nabi tahu kandungan Al Qur'an ! Dan Bagaimana Al Qur'an sampai pada kita pada hari ini !
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 02:47 AM | Show all posts
Yup... dalam ayat itu tidak pun sebut pedang, pisau dsbnya. Saya menyebutnya untuk memberi conto ...
anakmacho Post at 10-3-2012 23:35

Spt tg telah diterangkan;
Tapi ayat itu menunjukkan Sunnah Nabi dalam pengagihan rampasan perang yang tiada detailnya dalam Al Qur'an. Jadi apa yang menjadi ketetapan Nabi haruslah dipatuhi/ ditaati. Ayat itu tidak sebutpun beri pedang, pisau lembing dan lain2... melainkan secara umum apa yg diberikan/ dilarang oleh Nabi s.a.w.

Pointnya disini... Cara pembahagian itu telah menjadi 'Hukum Rasul' yg wajib di patuhi begitu juga hukum2 Rasul pada perkara yang lain.


Nampaknya awak semacam tidak faham apa yg sedang dibicarakan, mungkin awak mencelah perbincangan ini tanpa melihat keseluruhan perbicangan. Apa yang sedang saya bincangkan, adakah nabi dibenarkan menyampaikan syariat selain Al Quran ?

Didalam Al Quran telah dijelaskan " Taatlah pada hukum Allah dan hukum Rasul " .. lihat post awal saya.


Adapun hukum-hukum tambahan selain yang terdapat di dalam Al-Qur’an, maka hal itu merupakan penetapan dari Nabi s.a.w yang wajib bagi kita mentaatinya dan tidak boleh kita mengingkarinya. Penetapan yang demikian ini bukanlah mendahului Al Qur'an, bahkan hal itu sebagai wujud pelaksanaan perintah Allah agar kita mentaati Rasul-Nya. Seandainya Rasulullah  tidak ditaati, maka ketaatan kita kepada Allah tidak mempunyai arti sama sekali. Karena itu kita wajib taat terhadap apa-apa yang sesuai dengan Al-Qur’an dan terhadap apa-apa yang beliau tetapkan hukumnya yang tidak terdapat di dalam Al-Qur’an.  Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:  ‘Artinya : Barangsiapa taat kepada Rasul berarti ia taat kepada Allah...’” [An-Nisaa’: 80]

Mengapa Allah tidak sebut Al Quran sahaja, ini saya tidak mahu ulas kerana diluar pengetahuan saya. Lihat senarai ulasan yang awak berikan perkara 1 hingga 3 adalah, bukankah semua perkara itu merujuk kepada Al Quran. Nabi membacakan ayat-ayat Al Quran, nabi membetulkan aqidah dengan Al Quran dan nabi mengajar kitab dengan Al Quran. Mengapa pula yang ke 3 dan 4 terkeluar dari Al Quran ? Bukankah Al Quran itu juga Al Hikmah dimana kandungan Al Quran terdapatnya pelbagai hikmah nabi-nabi terdahulu. Dan yang ke 5, betulkah semua perkara nabi ajar kepada umatnya, jika begitu mengapa nabi diarah juga oleh Allah untuk bertanya kepada ”pakar” dalam sesuatu bidang jika semua perkara nabi tahu.... ?



Memang sangat berbeza kelima2 perkara tersebut, (contoh)jika kita baca 1+2=3, orang akan dengar 1+2=3.  
menjelaskan pula adalah menerangkan bagaimana 3 diperolehi dari campuran 1 dan 2. sementara al hikmah pula memperincikan hukum matematik tersebut spt 3 - 1 = 2 @ 3 -2 = 1 (simbol tolak tiada dalam bacaan diatas)  

Mensucikan pula.. adalah untuk membetulkan tanggapan yang bersarang akibat kejahilan seperti 1= 3 @ 3 = 1
Rasul mengajar perkara2 yg tidak diketahui yang sesuai dengan fungsi kerasulan... yang menjadi asas semua perkara sebelum pakar-pakar mendalami perkara tersebut hingga mereka menjadi pakar dalam sesuatu perkara.

Jika tiada salah satu daripada yg telah Allah sebutkan... Mungkin kita hanya baca Al Qur'an, hanya faham apa yg dibaca secara literal, tidak mampu melaksanakan hukum kerana tak faham dan ketiadaan asas ilmu yg benar yg mana akhirnya... Terus dengan amalan jahiliah!,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.184228 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list