CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

Bina monorel kedua di Brazil

[Copy link]
Post time 6-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Scomi, tiga syarikat lain menang bidaan kontrak RM2.67 bilionSELEPAS memenangi projek monorel di Sao Paulo Jun lalu, kepakaran Scomi Group Bhd semakin diiktiraf Brazil apabila ia dianugerahkan pula kontrak melaksanakan projek monorel kedua di Manaus, sebuah bandar raya di utara negara Amerika Selatan itu.\rProjek monorel yang bernilai kira-kira RM2.76 bilion itu dianugerahkan kepada konsortium yang dianggotai anak syarikatnya, iaitu Scomi Engineering Bhd dan tiga syarikat Brazil.\r\n\n\n\n\r  Tiga syarikat Brazil itu adalah CR Almeida S/A Engenharia De Obras (CR Almeida), Mendes Junior Trading E Engenharia S/A (Mendes Junior) dan Serveng-Civilsan S/A Empresas Associadas De Engenharia (Serveng).\r\r\n\n\n\n\n  Projek monorel kedua itu diperoleh konsortium itu menerusi proses bidaan tender ketat yang dikawal selia oleh Sekretariat Infrastruktur Negeri Amazon.\rMengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain, berkata daripada RM2.76 bilion itu, Scomi Engineering akan memperoleh bahagian kerja berjumlah kira-kira RM646.38 juta.\r“Skop kerja Scomi di bawah konsortium itu membabitkan kerja reka bentuk dan membekalkan gerabak dan peralatan depot, reka bentuk struktur rasuk, membekalkan kenderaan penyenggaraan, integrasi sistem dan pengurusan projek,” katanya dalam  kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\rBeliau berkata, sistem monorel itu membabitkan pembinaan sembilan stesen menghubungkan laluan antara Largo da Matriz sehingga Jorge Teixeira serta pembekalan 10 set tren yang setiap set memiliki enam unit gerabak.\r\n\n\n\n\r“Projek monorel Manaus dijangka siap dalam 40 bulan dan ia akan menyediakan akses yang cekap ke lapangan terbang, pelabuhan, stadium, hotel, hospital dan lokasi penting lain, khususnya semasa Piala Dunia 2014 yang akan dianjurkan Brazil,” katanya.\rBeliau berkata, apabila siap kelak, laluan monorel itu berupaya membawa kira-kira 35,000 penumpang sejam sehala, sekali gus dapat memenuhi jangkaan peningkatan permintaan di kawasan sasaran.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list