CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akustress

Afdlin Shauki & Adibah Noor Dalam Filem Arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0.

  [Copy link]
Post time 2-8-2011 09:26 PM | Show all posts
cuba laa try tgk nasi lemak 2.0 ni ape yg dia mau sampaikan..pelem dia ni katanya konsep 1malaysia...ni blom pape rasis kehulu ke hilir...afdlin shauki dgn adibah noor pun sapot daaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 10:06 PM | Show all posts
kalo bdk melayu yg bt video/Fb  kutuk negara senang2 kena tangkap.....yg sorang ni dah sampai nk buat filem x kena tangkap lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:06 AM | Show all posts
kejadah hapa dua retis bulldozer ni pegi sokong cina tongkang tu? sangap sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:31 AM | Show all posts
rasanya afdlin dan adibah takkan memilih filem yang tiada berkualiti.

mungkin skrip, watak dan plot dalam cerita ini bagus. kerana itu mereka senang hati menerima tawaran.

aku, tunggu untuk tonton di tv ja la. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 02:30 AM | Show all posts
aku pon tunggu donload torrent je nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 05:21 AM | Show all posts
Nasi Lemak 20sen tak de ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 03:06 PM | Show all posts
die mmg rasist..tp apa die cakap..mmg bnyk kebenarannyer.. tuh pasal ramai melayu sentap..
skymania Post at 2-8-2011 19:01



kenyataan/hakikat memang pahitkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 11:35 AM | Show all posts
mek tatau kepala ekor cter nie .. but just sharing je la naa

NASI LEMAK 2.0 DISAMBUT MERIAH DI MELBOURNE

NASI LEMAK 2.0 menerima sambutan hangat dari masyarakat Malaysia di Melbourne malam tadi bila filem ini ditayangkan kepada umum buat kali pertama sejak tayangan gala pada 29 Ogos lalu di Cineleisure @e-Curve di Damansara. Penonton berbilang bangsa terdiri dari komuniti Malaysia di sini yang berjumlah hampir 450 orang, sanggup membayar AUD$20 (RM64) untuk peluang menjadi antara yang pertama untuk menonton filem komedi dari Namewee yang dibawa bersama Prodigee Media dan Prodigee UB Entertainment di panggung wayang Hoyts di Melbourne Central.

Tayangan Nasi Lemak 2.0 di Melbourne, dihadiri beberapa orang pelakon yang terlibat dengan filem ini, termasuk Namewee yang merupakan tunggak utama produksi selain bertanggungjawab untuk lakonlayar dan menghasilkan muzik untuk runut bunyi Nasi Lemak 2.0.

Juga menghadiri tayangan ini, pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor, Miss Universe Malaysia 2010 Nadine Ann Thomas, pemuzik dan pelakon Dennis Lau dan pendatang baru Felixia Yeap.

Para pelakon berkesempatan bertemu peminat dalam sesi khas yang diaturkan bagi mereka yang membeli barangan Nasi Lemak 2.0 termasuk runut bunyi, kemeja t dan juga buku resipi filem ini yang merupakan koleksi istimewa gambar dan bahan lain sebalik tabir pembikinan filem Nasi Lemak 2.0.



Penerbit eksekutif bersama Nasi Lemak 2.0 merangkap penulis bersama lakonlayar, Fred Chong mengata Melbourne dipilih untuk tayangan berbayar pertama file mini, kerana banyak persamaannya pada tanahair.

“Bukan sahaja Melbourne diberikan penghormatan sebagai bandar paling bagus untuk menetap – yang menjadi gelaran  idaman kami untuk diberikan pada mana-mana Bandar di tanahair, kita memilih Melbourne juga kerana ia berlatarbelakangkan masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia.

“Lagipun, sejak tayangan gala Nasi Lemak 2.0, kami mempunyai masa dalam seminggu setengah sehingga file mini dibuka untuk tayangan umum seluruh Negara dan kami ingin satu Malaysia tahu mengenai filem ini yang meraikan keistimewaan kami sebagai masyarakat berbilang bangsa dan agama.”

Tayangan di Melbourne disambut meriah komuniti Malaysia disini dan turut dihadiri Konsul Besar ke Victoria Dr Mohd Rameez Yahaya.

“Untuk sebuah produksi berbahasa Cina tempatan, Nasi Lemak 2.0 sudahpun memecahkan rekod sebagai filem paling banyak salinan diedarkan, iaitu sebanyak 70 salinan,” kata Fred.

“Ini mengalahkan jumlah 60 salinan yang diedarkan untuk filem Good Day, yang ditayangkan pada awal tahun.”

Beliau juga mengatakan tenaga produksi menjangka lebih permintaan pada masa yang terdekat untuk salinan lebih dengan sambutan yang begitu mengalakkan sejak dua tayangan yang diadakan.

“Buat masa sekarang, kami kini dalam perbincangan terakhir untuk tayangan Nasi Lemak 2.0 di Singapura juga. Sebenarnya memandangkan kebanyakan lawak jenaka ini lebih pada selera penonton tempatan, sebenarnya tidak terlintas buat kami membawa filem ini lebih jauh daripada itu, tetapi kami tidak akan menolak kemungkinan itu jikalau ada permintaan.”

Selain daripada tayangan Nasi Lemak 2.0, masyarakat Malaysia disajikan dengan pelbagai aktiviti oleh barisan pelakon yang hadir di Melbourne.

Para pelakon menghadiri majlis rumah terbuka di Malaysia Hall disini bersama lebih 150 rakyat Malaysia yang berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, mereka juga memeriahkan majlis menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia di Grand Hyatt di Melbourne yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga presiden MIC, Datuk G. Palanivel selain 60 tetamu yang merupakan konsul di sini dari pelbagai negara.



Namewee and Felixia juga mengadakan persembahan khas di kelab Billboard yang juga menampilkan dua DJ terkenal dari Malaysia, Goldfish dan Blink untuk ‘countdown’ Hari Merdeka, sementara Dennis Lau membuat persembahan khas di Crown Casino.

Namewee tersentuh dengan sambutan mengalakkan Nasi Lemak 2.0 dari para penonton berbayar yang pertama untuk filem ini, dan mengatakan ia di luar jangkaan.

“Memang saya rasakan, Nasi Lemak 2.0 akan diterima baik kerana filem ini meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia – dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

“Walaubagaimanapun, sambutan di sini oleh penonton yang sanggup membayar lebih 6 kali ganda bayaran tontonan di panggung wayang di Malaysia, menjadi pembakar semangat untuk bersiap sedia untuk filem ini ditayangkan di tanahair.”

Dikenali kerana kontroversi disebalik kelantangannya bersuara, Namewee mengharapkan Nasi Lemak 2.0 menjadi bukti, beliau tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.

“Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik, dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube. Kini, saya mempunyai buah tangan dalam filem ini, yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas niat saya, iaitu untuk melihat sebuah Malaysia yang meraikan segala perbezaan masyarakat kami yang berbilang bangsa dan agama.

“Saya terharu dan mengharapkan sambutan di tanahair juga sebegini bila tayangan Nasi Lemak 2.0 bermula di Malaysia pada 8 September nanti.”

Adibah Noor yang turut membintangi filem ini sebagai antara watak utama, juga menyuarakan kebanggaannya terhadap hasil Namewee.

“Saya bangga menjadi sebahagian filem ini kerana dalam menghibur, Nasi Lemak 2.0 adalah ‘resipi’ kearah visi Perdana Menteri kami  kearah 1Malaysia.

“Sambutan dari tayangan hari ini adalah bukti kita semua mampu gelak ketawa perbezaan antara kami dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama – dan dalam masa yang sama, menerima segala perbezaan tersebut yang membuatkan kami suatu masyarakat yang unik.”

Nadine Ann Thomas bersetuju kenyataan Adibah dan mengatakan walaupun Nasi Lemak 2.0 berunsurkan lawak ringan, ia diselit dengan pesanan yang penting buat semua rakyat Malaysia.

“Dalam gelak tawa, Nasi Lemak 2.0 membuktikan kami saling memerlukan kearah Malaysia yang lebih hebat!

“Lawak yang diketengahkan oleh filem ini adalah cara yang baik untuk ketengahkan mesej penting ini kepada semua rakyat Malaysia dan saya turut bangga menjadi sebahagian Nasi Lemak 2.0 yang meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia, terutamanya pada Hari Medeka yang kami sambut hari ini.”

NASI LEMAK 2.0 memperlihatkan pemikiran menarik dari pengarah baru, Namewee dalam sebuah satira yang mudah.

Garapan idea penulis skrip bersama Namewee dan penerbit bersama dan penerbit eksekutif Nasi Lemak 2.0, Fred Chong menawarkan lapisan yang mampu diterima dalam komedi yang disadur elemen sinis

Diketengahkan sebagai hiburan ringan, terselit unsur kritikan dan sindiran dalam filem ini, Nasi Lemak 2.0 menawarkan watak-watak yang berjaya menambat dan mencuit hati penonton.

Kritikan social yang tajam memastikan Nasi Lemak 2.0 melampaui sebuah komedi menghiburkan yang mencabar stigma sosial masyarakat.

Moral seringkali berlingkar disebalik lawak jenaka, membuktikan Namewee berjaya menemui formula untuk menyampaikan kritikan sosial kepada masyarakat, yang disampaikan secara lawak sambil menghulurkan sindiran tajam.

Nasi Lemak 2.0 berkisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.

Nasi Lemak 2.0 dibintangi Namewee, Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap.

Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan Namewee yang pertama ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.

Untuk sedutan video dari Melbourne dan banyak maklumat selanjutnya mengenai Nasi Lemak 2.0, sila layari http://www.facebook.com/nasilemak2.0 atau laman sesawang Nasi Lemak 2.0 di http://www.nasilemak2.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 12:25 PM | Show all posts
PERLU KE INGAT PADA PENGKHIANAT NEGARA.. RAMAI LAGI YG BERBAKAT PERLU DIBERI PERHATIAN.. KATA2 MAAF  ...
Hana_Hirokawa Post at 2-8-2011 08:44 AM



      like !
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 08:53 AM | Show all posts
terbaruuu.. saper dah tengok .. nak tau best ker tak

Where is Namewee running to? Running from controversy again? Heheh! No lah! This guy is running to the cinema to preview his debut film Nasi Lemak 2.0 which he has both starring and directing roles! We caught up with him at the opening ceremony of MBO Cinema in Subang Parade yesterday just before he walked into the cinema hall for the preview. Thank you Namewee! The comedy is more "ROJAK" than "NASI LEMAK" because the cast is comprised a multicultural of Malaysian stars and the language is mostly in Mandarin and Cantonese with a smattering of other Chinese dialects, Bahasa Malaysia, English and Tamil. Nasi Lemak 2.0 tells a story about a chef seeking his identity through the making of nasi lemak. It took him to three different places and three sets of different encounters to learn how to make the best nasi lemak! The cast include comedian and singer Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Ann Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, and Felixia Yap. We also would like to share some pictures taken at another preview of Nasi Lemak 2.0 at e-Curve on 28 August. Check it out!
Nasi Lemak 2.0 is released on Sept 8! TODAY! So, go catch it at a cinema near you! It's funny and at the same time spicy. Heheh!

kedit to runwithtime.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:09 AM | Show all posts
hancur.. hancur....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:10 AM | Show all posts
funny movie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 09:59 AM | Show all posts
Mula-mula tu ada niat gak nak pi tengok TETAPI after check out nama dia as a Director terus batalkan niat eden nak menghabiskan RM10 utk pi tonton.  

Masih belum boleh memaafkan dia lagi.  Buat apa nak bg dia untung.  Baik la eden sokong penerbit2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:58 AM | Show all posts
sponsor bnyak jugak tu ha..
salah satunya tiger ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:28 AM | Show all posts
mmm..tak berminat nak tengok..dia ni dah 2 kali buat kontroversikan..1. pasal racist.. 2. pasal Malaysia...
dan sedihnya..walaupun kutukan dan hinaan dia benar..kenapa mesti macam tu sekali nak sedarkan org?dan sedihnya..ada yg menyokong lagi tu..mmm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:29 AM | Show all posts
dan tentu die dpt dana dri masyarat die jugak.. lagi pon masyarakt die jugak yg menopoli ekonomi so die byk backup walopon xder backup dari gomen...

mereka2 yg rase terasing da tentu mempunyai koloni mereka sendiri untuk sokong samer sendiri... kat maner2 pon dan termasuk manusia...haiwan mahupun tumbuhan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 12:04 PM | Show all posts
Mula-mula tu ada niat gak nak pi tengok TETAPI after check out nama dia as a Director terus batalkan ...
Suhazlina Post at 12-9-2011 09:59



    setujuuuuuu!!!!!!.mmg mrh sgt kt mamatwe nih:@...he dont deserve to be malaysian!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:14 PM | Show all posts
Mula-mula tu ada niat gak nak pi tengok TETAPI after check out nama dia as a Director terus batalkan ...
Suhazlina Post at 12-9-2011 09:59



    donload jer nnti!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:32 PM | Show all posts
nape ada tulisan cina kalu filem tuk filem Malaysia?.....namewee ni just seeking for cheap publicity!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:34 PM | Show all posts
ramai gak melayu yg mengagung2kan caprut cina tongkang ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.085237 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list