View: 121|Reply: 0
|
PCG minat industri minyak, gas
[Copy link]
|
|
Pengeluar petrokimia tinjau peluang ambil alih firma tempatan, antarabangsaKEGIATAN pengambilalihan dalam industri minyak serta gas bakal menjadi semakin rancak apabila syarikat petrokimia terbesar negara, PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG), turut menyatakan minat untuk terbabit dalam urus niaga berkenaan.\rPengeluar petrokimia bersepadu negara itu kini meninjau peluang untuk mengambilalih syarikat tempatan dan antarabangsa yang mampu menambahkan lagi kekuatannya dalam menghasilkan tiga produk utama, iaitu olefin, baja dan metanol.\r\n\n\n\n\r Presiden dan Ketua Eksekutifnya Dr Abd Hapiz Abdullah, pengambilalihan itu akan dibuat secara berpilih dan bersinergi bagi memastikan ia dapat menambah nilai kepada pertumbuhan dan daya saing kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n “Banyak rundingan sedang berlangsung, namun semuanya masih lagi di peringkat awal.\r“Jika dilaksanakan kami akan memastikan ia mempunyai sinergi dan mampu memberikan nilai kepada kumpulan dalam menghasilkan produk utama, iaitu olefin, baja dan metanol,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan pertama PCG selepas ia disenaraikan di Bursa Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Pengerusi PCG, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Ketua Pegawai Kewangannya, Wan Shamilah Wan Muhammad Saidi.\rSumber dalaman kumpulan itu berkata, strategi utama kumpulan itu adalah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pengeluar petrokimia bersepadu terbesar di peringkat global selain menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada pendapatan syarikat induknya, PETRONAS pada masa depan.\r\n\n\n\n\rJusteru, katanya sebarang pengambilalihan yang akan dilakukan kumpulan itu perlu mampu mengukuhkan portfolio rangkaian produk petrokimia PCG dan meningkatkan pendapatannya.\rPCG yang ditubuhkan pada 1985 mempunyai 22 anak syarikat. Tahun lalu, ia melengkapkan pembelian 15 dan 60 peratus kepentingan dalam Ethylene Malaysia Sdn Bhd dan Polyethylene Malaysia Sdn Bhd daripada BP bernilai AS$363 juta.\rMengenai kemajuan pembinaan kilang baja mega bernilai RM4.52 bilion di Sipitang, Sabah, Wan Zulkiflee berkata, kumpulan itu berminat menjadikan kerajaan Negeri Sabah sebagai rakan kongsi.\r“PCG sudah mengemukakan hasrat kepada kerajaan negeri (Sabah) beberapa bulan lalu. Kami menjemput mereka untuk mengambil 25 peratus kepentingan dalam kilang itu,” katanya.\rKilang baja itu apabila beroperasi kelak mampu mengeluarkan sehingga 1.2 juta tan baja setahun, sekali gus menjadikan PCG sebagai pengeluar baja urea kedua terbesar Asia Tenggara.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|