View: 256|Reply: 1
|
Dengarnya...: Shahir berada dalam tekanan?
[Copy link]
|
|
Dengarnya...: Shahir berada dalam tekanan?Oleh Normah Becok2011/07/20\n\n\n\n\n\n\n\nKETIKA seorang teman Cik Normah khusyuk menaip artikel di pejabat, petang Isnin lalu, tiba-tiba tumpuannya terganggu seketika apabila telefon di sebelah bukan main lagi lantang berdering. Daripada deringan yang luar biasa itu, dia pun menguatkan hati menjawab panggilan, walaupun dengan muncung yang boleh tahan panjang.\rGerak hatinya cukup kental mengatakan pasti ada cerita panas di hujung talian, berdasarkan deringan telefon yang bukan main kuatnya. Memang betul jangkaannya kerana daripada cerita yang disampaikan seorang pemanggil, dia dapat kisah terbaru mengenai juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.\r\n\n\n\n\rKononnya, peminat wanita yang menghubungi teman Cik Normah itu singgah ke kampung Shahir di Kampar, Perak, beberapa hari sebelum itu, kerana berkunjung ke rumah rakan baiknya yang menetap di sana. Sudah kebetulan rakannya berjiran dengan penyanyi popular itu, maka dia pun tidaklah melepaskan peluang melihat kelibat Shahir sepanjang tiga hari berada di situ.\r\r\n\n\n\n\nTetapi alangkah terkejutnya apabila dia mendapati, keadaan Shahir tidak ubah seperti orang yang tak terurus. Katanya, dengan jambang yang tidak terbela, Shahir memang kelihatan seperti seorang yang berada dalam tekanan.\rJauh di sudut hatinya dia sungguh kecewa apabila penyanyi pujaannya berada dalam keadaan sedemikian. Khabarnya, sudah sebulan Shahir berada dalam keadaan seperti itu. Melihat keadaan artis terbabit, maka dia pun teringat gosip yang mengatakan anak muda popular itu dikatakan ‘hilang’ dari dunia seni.\r\"Saya seganlah hendak bertanya kepada keluarganya, mengapa dia jadi macam tu? Maklumlah, saya ni hanya peminat biasa. Lainlah kalau pihak wartawan yang bertanya. \r\"Dia seperti berada di dalam tekanan. Kenapa ya? Dia ada apa-apa masalahkah? Saya memang berasa pelik apabila melihat penyanyi yang saya puja jadi macam tu... Langsung tidak kelihatan seperti Shahir yang pernah muncul di kaca TV dan menjayakan persembahan sebelum ini,\"爇atanya kepada teman Cik Normah yang sudah agak lama juga tidak bertemu dengan penyanyi terbabit.\r\n\n\n\n\rNantilah, kalau teman Cik Normah terserempak dengan Shahir di mana-mana majlis nanti, dia akan cuba bertanyakan hal berkenaan supaya peminat di luar sana tidak lagi bimbang memikirkan keadaan penyanyi kesayangan mereka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
lantak p sama shahir,gile janda tua psl pe |
|
|
|
|
|
|
| |
|