View: 245|Reply: 0
|
Buku mangsa culik dapat sambutan
[Copy link]
|
|
175,000 naskhah kisah Jaycee Dugard terjual \rLOS ANGELES: Buku mengisahkan pengalaman mangsa culik yang kemudian diselamatkan, Jaycee Dugard bertajuk A Stolen Life mendapat sambutan hangat apabila 175,000 naskhah dibeli pada hari pertama dijual, kata penerbitnya, Simon & Schuster, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Sambutan hangat terhadap buku nukilan Dugard mengenai pengalamannya itu adalah satu rekod apabila hampir 100,000 e-buku selain ‘audio book’ atau rakaman dijual dalam tempoh sehari, kata penerbit itu lagi.\r\r\n\n\n\n\n Dugard diculik ketika berusia 11 tahun oleh pesalah seks, Phillip Garrido dan dijadikan tahanan selama 18 tahun. Dalam tempoh itu, dia dirogol, diikat dan melahirkan dua anak perempuan zuriat penculiknya.\rDia akhirnya diselamatkan di utara California bersama dua anak perempuannya pada 2009 apabila kehadiran Garrido menimbulkan kecurigaan semasa berada di kampus universiti negeri itu.\rSejak itu, Dugard kembali bersama dengan keluarganya sejak terpisah pada 1991. Dia tinggal dengan ibunya dan dua anaknya.\rGarrido pula dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah menculik dan melakukan pelbagai serangan seksual manakala isterinya, Nancy dikenakan hukuman penjara 36 tahun.\r\n\n\n\n\rKeluarga Dugard menerima pampasan AS$20 juta (RM60.5 juta) menerusi tabung pampasan mangsa negeri. Buku A Stolen Life menceritakan suka duka kehidupannya merangkumi tempoh sejak penculikan itu pada 1991 hingga hari ini. \rBaru-baru ini, petikan buku berkenaan disiarkan dalam majalah People diikuti dengan temuramah oleh Diane Sawyer dalam siaran Primetime ABC pada 10 Julai.\rRancangan itu ditonton hampir 15 juta penonton, menjadikannya program televisyen yang paling tinggi jumlah tontonan.\rDugard yang kini berusia 31 tahun juga memberitahu Sawyer mengenai pengalamannya melahirkan anak pertamanya pada usia 14 tahun dengan berkata: “Bersalin memang menyakitkan tetapi sekarang saya tidak lagi bersendirian.”\r“Sungguh jelas yang buku itu menyentuh perasaan,” kata Timbalan Presiden Eksekutif dan Penerbit Simon & Schuster, Jonathan Karp.\r“Jutaan orang yang membaca petikan dalam majalah People dan menonton temuramah Dugard itu mahu mengetahui cerita lanjut mengenai beliau dan komen yang diperoleh daripada online menunjukkan pembaca mendapat inspirasi daripada kekuatan dan ketahanan Dugard,” katanya. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|