CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3031|Reply: 6

Fakta-Gelaran Mat Sabu kepada Anwar....

[Copy link]
Post time 14-7-2011 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al buburi ?







Bermulanya Kisah Al buburi
Kes ini berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO yang merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Pada 5 Ogos 1997, adik bongsu kepada Azmin Ali telah menghantar sepucuk warkah keramat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melaporkan skandal Anwar terbabit dengan bini orang – bini Azmin Ali dan meliwat seorang pemandu bernama Azizan Abu Bakar.

Bini Azmin namanya Shamsidar Taharin yang merupakan kakak ipar kepada Ummi Hafilda sendiri. Manakala Azizan Abu Bakar pula merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail. Lepas tidak tahan kena liwat dengan Anwar, ketika jadi pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan berhenti kerja dan jadi pemandu peribadi bini Azmin, Shamsidar Taharin pula. Rupa-rupanya keluar dari mulut singa, masuk pula ke mulut buaya. Sebab itu Azizan lapor kepada Ummi Hafilda tentang perilaku pelik Anwar yang boleh main depan, belakang !

Lepas Ummi Hafilda dan Azizan hantar surat kepada Dr Mahathir, tidak lama lepas itu laporan itu sampai ke tangan Anwar.
Barangkali Dr Mahathir serah laporan itu kepada Anwar untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. Sudah tentu, masa itu Dr Mahathir lebih percaya kepada Timbalannya, Anwar Ibrahim berbanding dengan dua rakyat biasa, Ummi Hafilda dan Azizan. Anwar yang punya kuasa sebagai TPM, arahkan polis dan SB pergi cari Ummi dan Azizan untuk dapatkan surat penafian tuduhan tersebut.
Pada peringkat ini, Ummi dan Azizan sudah takut.

Menurut Ummi Hafilda, Mat Sabu yang menjawat sebagai Ahli Parlimen PAS Nilam Puri, Kelantan dan geng-gengnya, datang sendiri ke pejabatnya di Danau Kota, Setapak. Bukan Ummi yang cari Mat Sabu tapi Mat Sabu yang cari Ummi. “Tiada buaya yang lebih bahaya kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu ‘Al Sheikh Al Anwar Al buburi’..maaf gelaran ini bukan saya yang bagi, title ini telah ditauliahkan oleh Mat Sabu, setahun sebelum Anwar dipecat oleh ayahanda Mahathir. “Inilah kemunafikan orang-orang PAS. Saya masih ingat setahun sebelum Anwar dipecat pada tahun 1997, bagaimana Mat Sabu telah datang ke pejabat saya bersama orang-orang PAS untuk mengorek rahsia siapa Anwar yang sebenarnya. “Terlalu banyak cerita yang Mat Sabu dapat dari saya dan Azizan bin Abu Bakar, mangsa liwat 17 kali oleh Anwar Ibrahim.

“Bila Mat Sabu dah confirm, dah dapat cerita, Azizan siap bersumpah laknat di pejabat saya di Danau Kota, Mat Sabu balik ke Kelantan bercerita dengan orang-orang PAS dan dia pula menganyang ayahanda Mahathir di dalam Parlimen. Dia menggelar Dr Mahathir Mohamad menyimpan seorang homoseksual yang digelarnya sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al buburi’, kata Ummi Hafilda.
Keterangan Ummi itu diakui sendiri oleh Mat Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi Othman (ketika itu pengarang majalah TAMADUN, sekarang Ketua Pengarang Harakah) pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat TAMADUN.

Tamadun – Khabarnya Saudara pernah berjumpa dengan orang yang menulis surat terbuka itu? Adakah sebarang maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan kami?
Mat Sabu – Ya, penulis juga bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa, tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment (Tivoli Villa) bersama dengan pasangan (Shamsidar) yang tertuduh itu.
Jadi, pendirian penulis surat itu tidak berubah. Dan dia kelihatan takut untuk bertembung dengan orang. Kalau dia bertembung dengan seseorang dikhuatiri dia akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.
Tetapi dengar khabar baru-baru ini ada percubaan untuk membunuh orang yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi katanya yang menjadi mangsa ialah isteri penulis berkenaan.
Cerita seperti ini mudah tersebar. Saudara harus menyiasatnya. Media di negara ini, berbeza dengan suratkhabar di luar.

Di luar negara mereka mendedahkan skandal, tetapi di sini mereka menutupnya. Jadi ini seperti skandal dalam filem Hindustan. Jadi kalau kita menonton filem-filem Hindustan, pegawai polis dan gengster membuat pakatan jahat. Katanya, Anwar sendiri peminat filem Hindustan, mungkin beliau lebih maklum.


Mengapa Mat Sabu Gelar Al buburi ?
Berdasarkan senario di atas, kita kembali kepada persoalan asas, kenapa Mat Sabu tergerak hati mahu jumpa Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ? Mesti ada motivasi besar di sebalik itu hingga mendorong dia melangkah kakinya mencari saksi-saksi yang boleh mengesahkan tabiat buruk Anwar. Persoalan kedua adalah kenapa Mat Sabu sanggup melabelkan kata-kata yang paling hina, Al buburi, kepada Anwar ? Mesti perkataan yang terbit dari mulut Mat Sabu itu hasil dari keyakinannya melihat dan mendengar sendiri pengakuan dari mulut saksi.

Ketiga, kenapa Mat Sabu pilih gelaran ‘Al buburi’ dan bukannya gelaran-gelaran yang lain ? bubur maksudnya belakang atau bontot, tetapi dalam loghat Kelantan, bubur juga bermakna kemaluan perempuan di bahagian hadapan. Maknanya Mat Sabu yang berasal dari Pulau Pinang, tetapi bertanding di Kelantan telah memahami sentimen budaya Kelantan dan luar, memilih gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan Anwar adalah lelaki yang tidak normal, suka main depan (Shamsidar Taharin) dan suka main belakang (Azizan Abu Bakar).




Anwar Perlu Bersih Diri
Pada Mat Sabu, Anwar walaupun hanya berjawatan TPM tetapi Anwar lebih ganas dari Dr Mahathir yang menjadi PM ketika itu.
Nukilan keganasan Anwar mengikut kaca mata Mat Sabu adalah seperti berikut :

Kita jangan lupa semasa hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan seperti Quek Leng Chan dan beberapa orang jutawan yang lain dalam membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3.
Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat ”keganasannya” melebihi Perdana Menteri, PM…..kita sudah tahulah yang anak beranak dan suku sakatnya terlibat dalam nepotisme.
Imej umum dikuasai oleh media yang juga dikuasai oleh orang nombor dua (Anwar Ibrahim). Pernah satu ketika, kalau menonton TV3, Kadang-kadang berita PM duduk ditempat keempat. Berita TPM diutamakan, barulah diikuti berita lain, yang keempat baru berita PM.
Tetapi apabila kita menghentam dalam ceramah–ceramah barulah kita nampak berita PM sudah di tempat pertama. Ertinya media dikuasai oleh orang nombor dua. Jadi, gambaran nepotisme itu hanya dilonggokkan kepada PM.
Kalau media tempatan, memang ia di bawah kawalan Anwar tetapi bagaimana pula dengan laporan media antarabangsa yang juga nampaknya menyalahkan Mahathir dan cuba hendak menaikkan Anwar.
Satu, media antarabangsa mempunyai dua tugas. Apabila sesuatu negeri itu berlaku perubahan, mereka mahu kepimpinan itu bertukar. Bagi Barat ia telah menerima Anwar sebagai pemimpin yang sesuai untuk menghadapi senario kebangkitan Islam di sebelah sini. Barat mahukan dua corak Islam.

Pertama, Islam Amerika iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tetapi tidak sampai ke pelaksanaan hukum. Ini yang dipelopori oleh IIIT, ICMI, ABIM. Dalam hal ini Barat tidak ada masalah.

Kedua, Barat mahukan Islam bercorak ala Afghanistan dan bercorak Taleban. Kalau golongan ini muncul, Barat tidak ada masalah kerana ia adalah peluang bagi Barat untuk menggambarkan betapa buruknya Islam.
Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.

Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang
Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.

Anwar harus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka menuduhnya ke pengadilan. Jika tidak, saya rasa ia akan timbul lagi dalam perhimpunan Agung UMNO. Kita dengar khabar ada buku akan keluar tentang skandal ini. Selagi ia tidak membersihkan tuduhan skandal seks ini akan terus berputar. Kita pun tidak mahu TPM kita teraniaya. Anwar sendiri selepas tercetusnya peristiwa ini, lebih kurang enam bulan dia tidak bercakap soal-soal agama, hanya kebelakangan ini dia kembali berkhutbah. Jadi kita nampak berlaku perubahan ketara lima enam bulan dia mengambil cuti untuk tidak bercakap soal-soal agama dan khutbah.


Hanya sekarang dia baru hendak berkhutbah. Barangkali baginya masyarakat sudah lupa. Kita tidak menuduh Anwar tetapi yang kita pelik, mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

SUMBER: http://www.anwaraidc.com/?p=12867

KALAU RASA BENDA NI SALAH,
1. JANGAN NAK MAKI KAT THREAD NI
2. PERGI LA SAMAN SAPE YANG TULIS NI (BANYAK BOLEH BUAT DUIT NI)
3. LINK DAH ADA, SO SAPA YANG BERANI SAMAN?
4. KLU NAK BINCANG, FOKUS TOPIK NI JE. JANGAN SPIN TOPIK LAIN...AKU XKISAH, BN KE PR, DUA2 AKU SEBAT KALAU SPIN TOPIK LAIN..
BERANI KERANA BENAR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 05:41 PM | Show all posts
Anwar dan Mat Sabu adalah pelakon dari 2 syarikat yang berbeza.....

Sekarang nie depa dah buat joint venture kerana dilihat menguntungkan.....

Macam Tu Mahathir katalah...... PERKONGSIAN PINTAR......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:02 PM | Show all posts
Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al buburi ?

Bermulanya Kisah Al buburi
Kes  ...
ironmind Post at 14-7-2011 17:09


sewajarnya mat sabu dijatuhkan hukuman qazaf yg berat, iaitu dipotong telornya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:05 PM | Show all posts
Mengapa Mat Sabu Gelar Anwar, Al Sheikh Al buburi ?





ironmind Post at 14-7-2011 17:09


klu tgk tajuk kecil harakah kat bawah tu tulis "Mat Sabu Hanya Berkhalwat".  maknanya ikut hukum islam berkhalwat dlm bilik hotel takpa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply 4# harizs


    Setuju..... Mat Sabu patut dipotong .........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 06:40 PM | Show all posts
biasalah tu , skrg kan liwat dan zina dah jadi halal , mak ckp mcm mn lg , tunjuk bukti mcm mana pun tetap dikata fitnah , tp bila time dorang fitnah ttg org mati waktu bersih dulu , hadis ttg fitnah pun hilang , halal pulak dah fitnah ni , nak buat camne
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2011 03:43 PM | Show all posts
KEMPEN JOM BERSIH 3.0

Tarikh : 16 Julai 2011

Tempat : Seluruh Malaysia

Masa : Sepanjang hari Sabtu

Pakaian : Kuning

Di sokong oleh.... abang Mat Sabu kita......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086419 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list