CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 1

Pungutan terganggu

[Copy link]
Post time 14-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Tolong! Awek Aku Pontianak terjejas akibat perhimpunan haram\rPERHIMPUNAN haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil dan Pembangkang (BERSIH) pada Sabtu lalu bukan saja melumpuhkan kebanyakan aktiviti penduduk di ibu kota, malah perhimpunan berkenaan turut membikin pempamer dan penerbit filem tempatan menepuk dahi apabila kutipan filem pada hujung minggu lalu terjejas hampir 60 peratus.\r\n\n\n\n\rFilem Tolong! Awek Aku Pontianak terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) yang memasuki panggung mulai 7 Julai lalu turut terjejas gara-gara perhimpunan BERSIH. TUSB yang mensasarkan kutipan sebanyak RM700,000 pada hujung minggu lalu bagaimanapun terpaksa berpuas hati apabila filem itu hanya mengutip sekitar RM450,000.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusannya, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, situasi yang berlaku di ibu negara hujung minggu lalu sama juga seperti bencana alam. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengelak.\rBiarpun sedikit sebanyak timbul perasaan kecewa kerana perhimpunan berkenaan menjejaskan filemnya, namun dia berharap kutipan pada hujung minggu ini dapat mengatasi catatan minggu sebelumnya.\r“Saya diberitahu pempamer, kutipan filem pada hujung minggu lalu memang terjejas teruk akibat BERSIH. Panggung wayang kerugian hampir 60 peratus, malah beberapa pawagam di daerah Selangor turut terkena tempias apabila mengalami pengurangan pengunjung sekitar 15 peratus.\r“Kami mengharapkan filem ini mampu mencatat RM700,000 pada tiga hari pertama tayangan. Bagaimanapun kita kerugian hampir RM300,000 akibat BERSIH. Walau bagaimanapun kami tidak berputus asa, sebaliknya kami masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku pada hujung minggu ini berdasarkan maklum balas positif daripada mereka yang sudah pun menontonnya.\r\n\n\n\n\r“Setakat ini, tidak ada seorang pun yang sudah menonton filem ini memberikan komen negatif di laman Facebook. Jadi kami amat berharap komen positif yang diberikan mereka yang sudah menonton filem ini dapat mempengaruhi penonton lain untuk ke pawagam,” katanya.\rGayatri juga menambah, dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk filem arahan James Lee itu. Bagaimanapun jika filem yang menelan belanja RM1.5 juta itu mampu mencapai kutipan box-office, ia tentu sekali satu kebanggaan buatnya.\r“Tiga minggu pertama adalah sangat penting buat pengeluar filem. Jika sambutannya menggalakkan, ia akan menjamin kedudukan filem itu untuk terus berada di pawagam. Jadi, saya masih mengharapkan filem ini terus mendapat sambutan.\r“Ketika panggung wayang di Lembah Klang terjejas teruk akibat BERSIH, Tolong! Awek Aku Pontianak pula mendapat sambutan menggalakkan di TGV Tebrau, hampir kesemua empat panggung di Johor penuh. Diikuti dengan Kedah,” katanya.\rFilem berkonsepkan komedi seram yang ditayangkan di 51 panggung seluruh negara dijayakan oleh Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Nurul Wahab, Faezah Elai, Syanie, Bell Ngasri, Sufian Mohammad, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 12:15 PM | Show all posts
sape penah tengok cite ni tolong review skit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.853387 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list