CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4688|Reply: 26

Format baru saingan Liga M 2012 ditentukan Selasa ini

[Copy link]
Post time 9-7-2011 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cak! at 12-7-2011 14:55

PETALING JAYA - Teka-teki panjang mengenai jumlah pasukan, siapa dinaikkan dan siapa diturunkan dalam format baru pertandingan serta aksi pemain import dalam Liga Malaysia musim depan, bakal terjawab dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, segala keputusan dijamin akan mengambil iktibar dan bermatlamatkan untuk mengatasi masalah yang timbul akibat jadual padat liga musim ini dengan Piala Malaysia, September depan akan menjadi titik tolak awal komitmen persatuan.

"Saya akui memang ada sedikit kelemahan di pihak jawatankuasa ini bagi musim ini, tetapi kami berjanji akan mengambil iktibarnya demi menambah baik liga musim depan," katanya yang juga ahli Exco dan Naib Presiden FAM selepas majlis penyampaian hadiah kemenangan Liga Super dan Perdana 2011 di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Antara persoalan yang kerap dicetuskan pasukan dan persatuan bola sepak negeri ialah sama ada pasukan di tempat ke-13 dan 14 Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis bakal diturunkan ke Liga Perdana musim depan lalu digantikan juara dan naib juaranya, PKNS dan Sarawak atau mungkinkah perlawanan penentuan tempat itu dilangsungkan sesama mereka.

Soal kepulangan pemain import yang kali terakhir disaksikan dalam Liga M 2007-2008, bagi musim 2012 turut menjadi agenda penting mesyuarat Exco yang dijangka dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah memandangkan pada pandangan Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, mereka mampu menjadi pelaris tiket atau penggalak kehadiran penonton ke stadium.
Annuar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Malaysia Super League pernah menyarankan pengambilan semula pemain import malah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diterajuinya, sudah berkira-kira untuk mendapatkan khidmat mereka dengan wawasan lebih jauh sebagai persediaan ke Piala AFC 2012 selaku juara Liga Super musim ini.

Sementara itu, kata Hamidin, ekoran pemergian Harimau Muda A ke Slovakia bagi siri persahabatan sebagai persediaan pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2014, Pahang dan Sime Darby dipilih untuk berentap secara timbal balik bagi mengisi kekosongan satu tempat skuad bawah 22 tahun negara itu dalam persaingan Piala Malaysia, September depan.

"Piala Malaysia terhad kepada 12 pasukan terbaik Liga Super dan empat terbaik Perdana. Tanpa Harimau Muda A, Pahang dan Sime Darby yang masing-masing menduduki tempat ke-13 Super dan kelima Perdana, akan menentukan slot terakhir Piala Malaysia di Kuala Lumpur, 19 Julai dan Kuantan, 22 Julai," jelasnya.

Majlis penyampaian hadiah kemenangan berupa piala dan pingat semalam turut menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super mengaut ganjaran RM500,000; naib juara Terengganu dengan RM300,000 dan pemenang ketiga, Selangor RM200,000 sementara PDRM di tempat ketiga Perdana, RM50,000.

Penyerang Terengganu dan kebangsaan, Abdul Hadi Yahya pula menerima anugerah Kasut Emas Liga Super 2011 selaku penjaring terbanyak dengan 20 gol sementara Mohd. Fitri Omar dari Majlis Perbandaran Muar meraihnya bagi Liga Perdana dengan menjaringkan 19 gol sepanjang musim ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2011 10:52 AM | Show all posts
mcm nak selamat lagi ja tim satu tuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2011 02:40 PM | Show all posts
nak selamatkan pahang la tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 10:57 AM | Show all posts
mcm nak selamat lagi ja tim satu tuh.......
jofizo Post at 9-7-2011 10:52

Rasanya ini dah nak kali ke 4 format nak diubah..ironinya benda ni jadi time tim yang satu tu duduk kat bawah..kalau mcm ni, tim yang satu tu anta budak bawah 12 tahun main pun boleh..gerenti takkan turun sampai bila2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 02:49 PM | Show all posts
heheh ramainya mempunyai fikiran sebegitu. kalau memang terjadi jugak selasa ni elok je tukar nama FAM ke FAP. Tak malu ke bermain di Liga yang kita tak layak secara merit
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 11:29 PM | Show all posts
bodonya FAM kalau depa kurangkan team
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2011 10:42 AM | Show all posts
MSL cadang ganjaran ikut mata
Oleh Hussain Said

2011/07/11
Bonus tambahan untuk pastikan Liga Super lebih rancak, kompetitif

BAGI memastikan saingan Liga Super Malaysia (MSL) musim depan lebih rancak dan kompetitif, hadiah kemenangan tidak hanya ditawarkan kepada pasukan yang menduduki tempat pertama hingga ketiga seperti sebelum ini.

Sebaliknya, setiap pasukan bertanding akan mendapat ganjaran berdasarkan jumlah mata yang dikutip sepanjang saingan liga berlangsung.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan itu untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Exco FAM akan datang.
“Formula cadangan ini ialah dengan kita menetapkan nilai mata dan sekiranya satu mata misalnya ditetapkan bernilai RM2,000, maka sekiranya sesebuah pasukan itu di akhir saingan mengumpul 30 mata, mereka akan mendapat habuan RM60,000.

“Jadi, ini secara tidak langsung akan menyaksikan saingan lebih rancak dan sengit kerana setiap pasukan sudah tentu mahu mengutip lebih banyak mata bagi mengumpul lebih banyak ganjaran,” katanya.

Annuar bagaimanapun menegaskan, ganjaran bagi pasukan yang menduduki tempat juara dikekalkan RM500,000, diikuti naib juara (RM300,000) dan tempat ketiga (RM200,000).

“Jadi, ganjaran mata yang diberikan ini adalah bonus tambahan selain memastikan setiap pasukan mendapat ganjaran selepas bertungkus lumus membentuk pasukan masing-masing,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:09 PM | Show all posts
Bagi adilla kepada team liga perdana yg layak naikkan je otomatik ke liga super...yg x layak tu buat cara x layak n turunkan ke liga perdana...full stop....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2011 01:06 PM | Show all posts
Exco FAM jadi tumpuan
Oleh Azlan Muhammad Zain
[email protected]

UNGGUL...pasukan PKNS menjulang trofi Liga Perdana selepas mengalahkan Harimau Muda B, 2-1 di Kelana Jaya pada 1 Julai lalu.
UNGGUL...pasukan PKNS menjulang trofi Liga Perdana selepas mengalahkan Harimau Muda B, 2-1 di Kelana Jaya pada 1 Julai lalu.

MESYUARAT Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menjadi tumpuan apabila bakal mencorakkan perjalanan Liga Malaysia 2012 dan 2013 dengan beberapa keputusan penting dinanti-nantikan semua pihak yang mempunyai kepentingan dalam arena bola sepak tempatan bakal diputuskan.

Antaranya adalah jumlah sebenar pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Perdana 2012 selepas ada laporan mengatakan berlaku perubahan terutamanya membabitkan jumlah pasukan dinaikkan ke Liga Super serta yang bakal turun beraksi di Liga Perdana.


Mengikut amalan biasa, tempat Selangor PKNS dan Sarawak yang bergelar juara dan naib juara Liga Perdana 2011 sepatutnya sudah terjamin untuk layak ke Liga Super 2012, namun hingga kini kedudukan mereka masih tidak terjamin, begitu juga dua pasukan terbawah Liga Super yang sepatutnya turun ke Liga Perdana.

Selangor PKNS dan Sarawak bagaimanapun perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya FAM memutuskan untuk mengurangkan jumlah pasukan Liga Super kerana mungkin perlawanan play-off akan menjadi penentu namun apa juga keputusan yang diambil, ia perlu dipatuhi sekiranya mahu terus bersaing dalam kancah bola sepak tempatan.


Satu lagi keputusan yang bakal mendapat perhatian adalah cadangan menggunakan semula khidmat pemain import selepas mengharamkannya bermula musim 2009.


Apapun keputusan ini pastinya sukar untuk diputuskan selepas menyaksikan perkembangan positif membabitkan pemain tempatan yang mampu bersaing di pentas antarabangsa sehingga meraih pingat emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010 selain jumlah peminat tempatan yang meningkat di stadium memberikan sokongan.

Namun daripada satu segi pula, khidmat pemain import berkualiti diperlukan untuk menaikkan lagi mutu liga tempatan selain memastikan pasukan tempatan boleh bersaing di pentas lebih tinggi dan tidak boleh berbangga sebagai ‘jaguh kampung’ saja. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (gambar) ketika ditanya mengenai mesyuarat exco kali ketiga itu menjelaskan banyak perkara yang bersifat dasar dan strategik perlu diputuskan untuk menjadikan liga tempatan antara yang terbaik di rantau ini.


“Saya juga berpendapat status pasukan yang dinaikkan serta diturunkan perlu dibuat awal supaya adil kepada semua pasukan bersaing. Begitu juga dengan pemain import, jika kita lambat membuat keputusan tenaga import yang kita dapat adalah dari kalangan mereka yang tidak mendapat kontrak dengan pasukan lain.

“Selain itu aspek penajaan juga perlu diambil kira kerana ia bukan membabitkan soal wang ringgit semata-mata. Mesyuarat kali ini penting kerana perkara pokok perlu diputuskan bagi mencorakkan liga musim depan dan 2013,” katanya yang juga Pengerusi Malaysian Super League.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 05:33 PM | Show all posts
DUA pasukan tercorot Liga Super, Pahang dan Perlis sah diturunkan ke Liga Perdana bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Juara dan Naib Juara Liga Perdana 2011, PKNS Selangor dan Sarawak turut disahkan tempat mereka ke Liga Super 2012.

Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Exco FAM pagi tadi.

Antara keputusan lain ialah setiap pasukan dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import bagi memperkuat pasukan masing-masing.

Harimau Muda A akan bermain di Liga Singapura, sementara tempatnya dalam Liga Super Malaysia akan digantikan oleh Singa Muda dari Singapura.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 06:03 PM | Show all posts
yahooo.... turun gak pasukan tuh selepas byk kali ada usaha menyelamat.......

tukar sama tukar la harimau dgn singa.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:45 PM | Show all posts
yahooo.... turun gak pasukan tuh selepas byk kali ada usaha menyelamat.......

tukar sama tukar la ...
jofizo Post at 12-7-2011 18:03



    Yup... Young Lions (Singa Muda)  dan Young Tiger (Harimau Muda) kira tukar suka sama suka
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 07:37 PM | Show all posts
kopem ke team harimau muda main kat liga singapura??

setahu aku ler liga singapura ada 3,4 team jemputan gak ler selain kelab diorg sendiri so ada baik gak Harimau Muda main kat sana.. minta team Harimau Muda B stay kat liga perdana kalo ada yg bagus promote naik Harimau Muda A..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 01:50 AM | Show all posts
2 import confirm next season
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 09:32 AM | Show all posts
2 import confirm next season
lordvoldemort Post at 13-7-2011 01:50



    kedah panggey blk marlon dgn nelson sam martin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 09:53 AM | Show all posts
kedah panggey blk marlon dgn nelson sam martin
cak! Post at 13-7-2011 09:32



marlon kecik ati dah... nelson plak last main kat liga-s musti income lagi lebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2011 10:06 AM | Show all posts
Liga Super kekal 14 + Young Lions

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
[email protected]

PETALING JAYA - Seperti musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan format penyertaan 14 pasukan dalam Liga Super 2012 tetapi dengan sedikit kejutan apabila membawa masuk skuad Bawah 23 Tahun Singapura, Young Lions sebagai pertukaran menghantar Harimau Muda A ke Liga S republik itu.

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam turut memutuskan penurunan pasukan ke-13 dan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis ke Liga Perdana musim depan untuk digantikan oleh PKNS dan Sarawak selaku juara dan naib juara persaingan bahagian dua itu.

Mesyuarat Exco yang disusuli majlis menandatangani Perkongsian Bola Sepak FAM-Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu turut menyaksikan aksi Young Lions dalam dua lagi pertandingan, Piala FA dan Piala Malaysia berbanding satu lagi Piala Singapura (kalah mati) buat Harimau Muda A.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, di bawah perjanjian FAM-FAS 2012 hingga 2015 ini juga, juara Liga Super Malaysia akan bermain dalam perlawanan Cabaran Juara-Juara secara timbal balik dengan juara Liga S sementara juara Piala Malaysia menentang juara Piala Singapura.

"Kedua-dua negara juga akan lebih kerap mengadakan siri perlawanan persahabatan antarabangsa bagi pasukan kebangsaan dan belia masing-masing bagi mengembalikan persaingan hebat seperti mana Piala Malaysia lalu dan mengukuhkan hubungan," katanya.

Presiden FAS, Zainudin Nordin berkata, kerjasama ini diharap mampu meningkatkan mutu permainan kedua-dua pasukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 10:07 AM | Show all posts
Awang import dibenarkan beraksi 2012

PETALING JAYA - Kerinduan pasukan dan peminat Liga Malaysia terhadap aksi pemain import yang berakhir pada musim 2007-08, terubat dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam yang membenarkan khidmat mereka kembali musim depan.

Walaupun tidak diwajibkan dan bergantung kepada kemampuan kewangan, setiap pasukan boleh mengambil sehingga dua pemain import dengan syarat tertentu seperti status mereka dalam pasukan kebangsaan, tempoh bertenang dua tahun dan wang cengkeram jaminan mengikut gaji dalam kontrak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, cengkeram jaminan perlu dibayar terlebih dulu kepada FAM menurut kontrak pemain import itu dengan pasukannya kerana FAM tidak mahu ada lagi masalah gaji tertunggak sehingga dibawa kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Bagi pemain import dari negara Asia Tenggara, mereka juga mestilah pemain skuad kebangsaan, sementara pemain dari negara Asia lain dan Oceania, mesti pernah bermain dalam liga bahagian satu ke atas sementara dari luar benua berkenaan seperti Eropah, Amerika Tengah, Amerika Latin dan Afrika, bahagian dua ke atas.

"Tempoh bertenang dua tahun juga dikenakan kepada pemain luar Asia Tenggara yang beraksi dalam liga di rantau ini iaitu dia hanya boleh diimport ke Liga M mulai musim 2013 sekiranya sudah bermain di situ sejak musim ini," kata Hamidin yang juga Naib Presiden FAM di Wisma FAM, semalam.

Katanya, syarat ketat pemain import perlu dikenakan bagi menjamin kualiti Liga M tetapi setiap pasukan sama ada negeri atau kelab diingatkan agar tidak terburu-buru untuk berbelanja besar dalam mendapatkan khidmat mereka sehingga melampaui kemampuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 01:21 PM | Show all posts
tempoh bertenang pulak dahhhhh............ kempunan lagi Kedah nak ambik balik Nelson
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:08 PM | Show all posts
x paham la tempoh bertenang tu..sape2 boleh jelaskan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066964 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list