CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14577|Reply: 56

Minta pendapat-Boleh pergi ke berniaga cara begini?

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Salam pada semua forumer dan terima kasih sekiranya sudi memberikan pendapat.Saya amat memerlukan pendapat dan pandangan daripada otoi2 yang ada pengalaman dalam bisnez.Maklumla saya tak der pengalaman dan pengetahuan untuk menguruskan sesuatu perniagaan dan harap sudi berkongsi pengalaman anda semua.
    sebenarnya untuk musim perayaan yang akan datang saya ada mengambil tempahan membuat kuih raya.tetapi hanya mengambil satu tempahan sahaja.Nak dijadikan cerita semasa saya menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia di sekolah anak saya, saya telah berkenalan dengan seorang suri rumah tangga(isteri askar).Semasa dia melihat rakaman gambar yang saya ambil dlm phone saya beliau telah ternampak biskut raya yang saya jual dlm phone saya.Masa tu beliau ada bertanya pada saya macam mana nak buat biskut raya utk bisnes tetapi saya tak menghiraukannya.
  Tetapi minggu lepas beliau telah menghantar msg pada saya dan bertanya lagi pasal biskut raya yang saya buat.Beliau kata nak berniaga tetapi tak tahu dan bertanyakan bagaimana saya memasarkan biskut tersebut.Saya hanya menjawab saya memasarkan pada kwn2 pej dan kwn2 suami.Saya mempelawa utk beliau menjadi agen saya dan beliau bersetuju.
   Kisahnya bermula semalam apabila beliau meminta saya membuat 5 bekas biskut Nasta.Dan minta saya hantar padanya pada hari Sabtu atau Ahad.So petangg semlm balik dr pejabat saya singgah ke rumahnya dan beliau memberitahu saya yang beliau hendak letak biskut saya tu di kedai Kek Cina,Pasaraya Cina dan satu lagi di peniaga Cina yang menggunakan van.
  So saya nak minta pendapat adakah strategi pemasaran yang begini berkesan?Dan sekiranya ingin meletakkan biskut di supermarket bagaimanakah cara utk kita mendapatkan duit jualan biskut tersebut?Adakah setelah biskut habis dijual baru saya boleh mendapat duit jualan biskut tersebut atau biskut dihantar pada tauke kedai,dan kita meminta harga bayaran separuh daripada harga biskut?Bagaimanakah pulak sekiranya biskut saya tu tak laku dijual?adakah hanya saya yang menangung kerugian?Selalunya bagaimanakah pihak supermarket menangai masalah yang begini?
   Menurut kata kwn saya tu pihak pasaraya ada bertanya kpdnya darimanakah sumber dia mendapatkan kuih raya dan dia mengatakan dia mendapatkan daripada bisnes keluarga.Dan kwn saya tu bagi tahu pada saya yg dia akan ambil dulu biskut dari saya tanpa bayaran kerana modal belum ada.Kemudian beliau telah mengatakan yang beliau akan memberikan separuh daripada harga biskut kepada saya.Sebenarnya kalau dlm situasi begini mcm manakah keadaan yang sebaik2 dan seelok2nya utk dipersetujui.
   Harap ada yang sudi membantu dan memberikan pandangan.Segala pandangan adalah amat dihargai.


*Saya tak sangka yg kwn saya tu akan pergi bawa biskut saya ke kedai Cina.Saya hanya fikir yang dia akan jumpa orang perseorangan saja.Apa pandangan anda semua pada org yang ada pemikiran begini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2011 11:24 AM | Show all posts
mia rasa no harm trying...cuba dulu then tgk and amati mcm mana deal tu....yg penting TT klu join sama masa buat deal tu lg bagus so taklah ada penipuan nnt..apa pun kita kenalah take d risk kan...mia pun plan nak buat mcm tu....cuma selalunyala....biskut2 raya ni..org tak beli klu kat kedai runcit or somewhere tmpt yg tak sesuai...just simple...nak ke kita beli biskut raya kat kedai kedai biasa??? kalau mia tak nak..mesti mia nak beli kat bazar2...so kenapa tidak di bazar??? kedai2 cina as an option mmg tak salah....tp ble cuba...lagi best kalau bgi free test...dah rasa barulah org nak lagi kan...

my two cents je sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2011 08:43 AM | Show all posts
Reply 2# Mia_Sara


      Terima kasih atas pandangan.Suami saya pun ada kata kat saya.Kalau nak jual dikedai lebih baik kita yg deal sendiri.Masalahnya kawan saya tu tetiba je order 5 lepas tu saya ingatkan ada org tempah utk raya rupanya dia nak sekarang dan tak bagi tahu pun nak letak kat kedai Cina.
       Saya pun berat hati je ni nak bagi dia kuih petang ni.Sekarang ni tengah risau macam mana nak cakap dengan dia supaya dia tak kecil hati.Pening juga kepala ni.Sbb cara pembayaran yang dia ambil dengan saya pun tak jelas lagi.Mula2 kata nak ambil saja kemudian kata nak ambil dan bayar separuh harga.Dia deal dengan cina tu pun tak tahu macam mana pembayarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 05:41 PM | Show all posts
Saya dulu pun amek gak kuih dari kawan and jual kuih tu kt pejabat. Tapi sy amek cash coz saya nak orang percaya pada saya. Risiko tak terjual tu memanglah, business kecik ke besar sure got risk kan...

Sy rasa u pun dah tau kan risikonya kalau dia amek hutang dari u. Tu baru 5, wat if 20? 50? Nak tunggu orang bayar dia then baru dia bayar u?

My opinion better u go for cash basis. Cakap ngn your new fren tu, 5 bekas ok, but more than 5, cash...cehhhh mandaiii je ku ngajor... tapi lebih baik SEMUA CASH tak kira la 5 ke, 3 ke, 18 ke...

Urusan payment dia kepada you kena clear. Coz u dah keluar cash utk modal (duit/masa/tenaga/air/elektrik/bahan kuih)...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 08:52 PM | Show all posts
Hmm, rasanya TT kena b careful... Skg ni macam2 stail ada. Dr penerangan TT, agak risky. Sya pun berniaga kecil2an gak. Paling bahaya utk niaga kecik ni, duit. Iyelah, modal kita bukannya besar mana pun so kena extra hati2 bila keluar belanja. If saya, walau brg jualan tu murah ke mahal ke, tetap takkan bagi hutang ngan sesiapa esp customer. Sebab saya mmg tak suka & pantang menagih hutang ni

Tambah lak, TT tak kenal sgt org tu. Even if ngan org yg kita kenal rapat pun, kita kena careful bila deal bab busines. Apatah lagi org lain. Nak tolong org pun kena bertempat. If nak buat gak, TT mesti buat black n white... agreement, at least tahu terms involve. Bincang betul2.  Or better yet, cancel jer, tapi bagila alasan yg logik. Biar org tu kecik hati skg, dari TT sendiri yg sakit hati belakang hari.

Nak ambik risk pun, ambikla calculated risk kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:10 AM | Show all posts
kalau TT nak selamat go to cash saja.... tak payah nak pening2 kpala.
"u ada duit u angkat saya punya barang, tak ada duit dok diam2" simple kan ??
...ini bisnes paling selamat...TQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2011 02:33 PM | Show all posts
Saya dulu pun amek gak kuih dari kawan and jual kuih tu kt pejabat. Tapi sy amek cash coz saya nak o ...
PoisonIvy Post at 10-7-2011 17:41



    Tak per AJAR saya.Saya tak kisah.Kalau tak,tak der la saya masukkan problem saya ni kat sini.Memang betul apa yang awak kata.Suami saya pun kata mcm tu juga.Kita beli barang buat kuih cash.Air,elektrik pun kena kira juga.Thank atas pandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2011 02:40 PM | Show all posts
Hmm, rasanya TT kena b careful... Skg ni macam2 stail ada. Dr penerangan TT, agak risky. Sya pun ber ...
happydot Post at 10-7-2011 20:52



       Sebenarnya saya pun dah serik kena tipu bab duit ni.Sbb tu kali ni saya nak berhati2 dan semalam pagi dlm jam 10 lebih dia call saya tanya pasal kuih.saya kata kuih yang siap cuma ada 3 je.Ye lah klu dia kata dia nak bayar cash mesti lah saya laju dan bersemangat nak buat.Ni dia nak bayar dgn saya pun tak clear so tak der semangat saya nak buat kuih.On phone tu saya kata kat dia yang saya dah bincang dengan suami dan suami suruh dia bayar cash.Oleh sbb kuih tu sikit so dia pun setuju bayar cash.
      Lagi pun saya kata saya tak sangka yang dia akan letak kat kedai.Saya ingatkan dia nak jual pada orang perseorangan.Tambahan pulak sebelum ni apa yang saya buat klu saya bagi kuih mesti org yg terima kuih saya akan bagi saya duit untuk saya pusing modal utk beli bahan buat kuih.
    So ptg semalam saya hantar pada dia 3 bekas kuih dan dia bayar cash pada saya.Saya sempat tengok label yang akan dia lekatkan pada biskut yang saya jual tu.Dia buat label tarikh exp,no.phone dia dan nama dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2011 02:43 PM | Show all posts
kalau TT nak selamat go to cash saja.... tak payah nak pening2 kpala.
"u ada duit u angkat saya pun ...
TeRasKiLo Post at 11-7-2011 02:10



    Saya suka statment TerasKilo ni.Saya pun berprinsip begini.Tapi orangkan.Dia fikir lain.Kalau saya nak bisnes mesti fikir kita kena keluar modal dulu.Tapi my new friend ni mcm tak faham.Saya dah bagi tahu kat dia klu kuih yg dia ambil pada saya tu laku atau tak saya tak nak terima balik kemudian hari.tapi dia kata pada saya, klu jadi mcm tu macam mana.Pening juga saya nak menjawab.Klu nak bisnes mesti la pandai cari jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 10:10 PM | Show all posts
Salam pada semua forumer dan terima kasih sekiranya sudi memberikan pendapat.Saya amat memerlukan pe ...
zuraida8177 Post at 9-7-2011 09:46



    mak sy pon ada buat cara mcm nie,tp di kedai2 runcit yg di kunjungi org2 melayu la,alhadullilah tak mengecewakan habis...selain dari cari sedara2 mara tolong jual kan,tp jgn la tertumpu sgt pada satu tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by happydot at 12-7-2011 14:41

Klu org otak berniaga, dia mesti faham bila kita sebut ttg modal. Cuba bincang elok2, tgk apa dia nak. Terangkan pd dia situasi TT.  Biar sama2 puas hati. If dia taknak terima, elok jgn teruskan. Cam dah ada 'warning bell' kat situ. Ttg kuih/biskut tak habis tu, dia kena kreatif ler. Mmg biasa pun cam tu, supplier takkan terima balik if tak habis jual. Kira tu risiko dia la. Ckp jer if dia tak sanggup, tak payah business.

Skg takat 3 tu mmg dia senang bayar. Tapi dibuatnya order byk - sure kena modal byk juga. Pelanggan ( dlm context ni kedai la) dah tempah, if kita tak deliver, masalah lain lak timbul nnt. Then  TT pun kena pastikan dia ada agreement dgn tpt yg dia letak tu... coz maybe dia jujur, tapi kedai lak main2, term payment segala. Brg dah deliver, kedai dah jual... tapi kedai buat term payment. Kena owner yg ok, dia byr tepat la. Kena owner kedai yg jahat... saja ja nnt dia delay payment.

Klu saya TT la... saya akan suruh jer hubby buat marketing. TT masak, hubby jual. Senang & untung pun byk. Cuma maybe penat la. Or caari org yg sesuai  utk marketkan. Bagi komisen pd dia.

Nak tanya TT, dah ready ke nak terima tempahan byk? Klu takat buat seorg, penat tu. Modal lagi... Kena gak fikir kemampuan diri & cara atasi masalah cam tu, jika ada..... iaitu b4 TT start ambik order dr kedai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 02:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by ThousandIsland at 12-7-2011 14:53

aku bisnes tart nenas..hari2 ada order..ada juga yg sajes letak kat kedai2..tp aku tak stuju..risiko..bila tak produk tak abis, expired atau rosak..aku tak mo tanggung..so..jual pada individual sahaja..dan term CASH ONLY.tak kira la bape byk tong dia amik, tetap CASH. tak bagi komisen. tp pandai2 depa la markup harga. kat mana depa nak jual tart tu terpulang pada depa. klu depa nak letak kat mana2 kedai ke apa ke aku tak tanggung risiko klu kuih tak laku pe bagai..sbb dia dah bayar aku CASH.so..nasihatku suh dia byr CASH..

p/s: aku pun macam TT jual sejenis kuih sahaja iaitu tart nenas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 04:36 PM | Show all posts
Klu org otak berniaga, dia mesti faham bila kita sebut ttg modal. Cuba bincang elok2, tgk apa dia na ...
happydot Post at 12-7-2011 14:34



      Sedia atau tak terima tempahan yang banyak adalah bergantung kepada kesungguhan dan cara kwn saya tu.Kalau dia gerenti bayar cash dan dia berbincang dahulu sebelum membuat sesuatu perkara memang tak jadi masalah.Yang  masalahnya sekarang dia tetiba je call kata nak 5 bekas,lepastu nak tambah 10 bekas.Duit entah ke mana.main sedap je order.Sebelum ni pun saya dah bagi tahu pada dia kalau ada order kena bagi tahu saya 3 hari awal.Dan kalau dia memang nak hantar kat kedai dia kena tengok market mcm mana dan bincang dengan saya untuk buat berapa banyak sebelum gi hantar ke kedai.Jangan la tiba2 je buat pesanan nak pada hari yang sama.Dia kena faham situasi saya macam mana.
   Saya rasa mula2 saya cakap pasal bisness dengan dia pun saya dah bagi tahu yang saya buat sale cash tak der kredit.Cuma dia macam tak nak faham.Susah juga.Last2 saya yang pening kepala.Saya tak suruh dia jual kat kedai,cuma suruh dia tanya pada org perseorangan setelah dia sendiri yg nak jadi agen jualkan kuih saya tu.Sbb katanya dia boring tak der kerja.tambahan pulak suaminya main perempuan lain.
   Kalau dia dah pandai nak pasarkan ke kedai dia kena fikirkan modal utk dia beli biskut saya tu.Kalau saya macam tu la.Tapi dia fikir mcm lain.
  apapun saya ucapkan terima kasih banyak2 atas pandangan happydot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2011 04:42 PM | Show all posts
aku bisnes tart nenas..hari2 ada order..ada juga yg sajes letak kat kedai2..tp aku tak stuju..risiko ...
ThousandIsland Post at 12-7-2011 14:52



      Sepanjang tahun dapat tempahan biskut tart ni?Mcm mana boleh dapat tempahan sepanjang tahun?
      Secara ikhlas saya setuju dengan pendapat ThousandIsland dan memang tu pun apa yang ada dalam fikiran saya.Kalau ada apa2 perkembangan terbaru tentang hubungan bisness  saya dengan kawan saya ni saya akan up date kan.Sbb sekarang ni saya out station so tak der la kawan saya tu call nak tempahan.Cuma masa saya hantar biskut Ahad leps dia kata pada saya kenapa tak hantar banyak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 04:57 PM | Show all posts
Reply 14# zuraida8177


ha ah mmg sepanjang tahun dan tiap minggu akan ada order min 30 bekas..
camne dpt order..sbb org dah lama tau tart ni..
actually owner asal resepi bg kami resepi..dia buat bisnes ni jugek..tp tak menang tangan..mmg byk order tiap hari..
kalau musim perayaan lagi la..
so, dia sub kat kami la kiranya..dari situ la mula bisnes ni..
customer2 ada yg di'refer' dr owner asal tu, kwn2 ofis,kwn2 adik badik,sedara mara dan biasanya akan ada repeat order.
so far alhamdulillah ..blom la kaya raya, tp duit belanja tu jarang le putus..
dan mmg tak sangka terjebak dgn bisnes ni.
wish u all the best too..jgn percaya sgt dgn org..customer kami wpun dah bertahun2 amik tart kami, tapi tak penah lg hutang..lmbat sehari dua tu ok..tp so far mmg tak penah la tak bayar..infact, ada lak yg sanggup bayar dulu ala-ala booking..esp time raya..uhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2011 06:37 PM | Show all posts
pengajarannya... nk niaga ni hati kena kering (jgn jd mcm akk, sbb tu x kaya2x)

kena tegas fsl duit/harga. akk ni jenis yg suka berlebih kurang...last2x mkn diri. sepjg pemerhatian akk sapa2x yg niaga hati kering ni (setiap sen dikiranya) mmg kekal lama niaga. bukan nk kata dia kedekut tp mgkin itulah rahsia niaga.

apa yg dibincang mesti jelas. harga ke cara bayaran ke. tulis atas kertas klaupn x cop lawyer supaya senang klu ade hal berbangkit.

sbbnya...dlm berurusan niaga ni klu tiada masalah seme ok. once ade hal berlaku mulalah saling salah menyalahi.
cth hal yg perlu diperjelaskn,
1. harga
2. cara bayar (cash penuh/cash separuh dsbnya) ms ambil biskut
3. klu biskut tu pecah/ rosak ke kena ganti (bayar RM)
4. klu bg ambil dulu biskut utk dijual (bg tempoh masa, katalah 2 mggu, lepas 2 mggu klu biskut tu x dihantar pulang kire sold)
5.  boleh berhutang setakat 5 bekas je contohnya. katalah dia ambil 20bekas. harga utk 15bekas kena bayar dulu sbl ambil stok baru.
6.
7.

ini sbg guideline je...yelah skg ni kena hati2x. kang nk untung sikit terus rugi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2011 10:57 PM | Show all posts
Apa2 agreement yg dibuat, tak kira la pakai lawyer ke tak... better gi buat 'mati setem' coz ianya dikira sah disisi undang2. Pastikan ada saksi gak (klu boleh).  Jangan takat main sain jer.  

Iyer la, berniaga  biskut ni mmg best. Dulu saya pun berniaga kek coklat moist. Byk tempahan till tak menang tangan esp time raya. Mmg merasa la hampir tak tidur malam coz siapkan tempahan. Duit mmg masyuk tapi penatnya, Allah saja yg tahu.... Tapi skg tak buat dah.  Tu pun masih ada org tanya pasal kek tu lagi, so saya bagi jer resepi tu pd bekas customer yg bertanya. Saya tak kisah coz dulu ctmr dah tlg saya... so skg ni sya lak tlg dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 02:27 AM | Show all posts
TT, aku cadangkan ko buat & jual je kat org tu....... pastu lantak laa dia nak market brape harga pung....

btw, suh bayar dulu baru amik barang..... no hutang2x.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 06:25 AM | Show all posts
pengajarannya... nk niaga ni hati kena kering (jgn jd mcm akk, sbb tu x kaya2x)

kena tegas fsl  ...
alya1 Post at 12-7-2011 18:37



       Kena hati kering ye?Saya ni hati ada lembut sikit.Asyik nak tolong orang je.Tambahan puak kawan saya tu ada prob dgn suami dia.Tapi terima kasih sbb menyedarkan saya supaya berhati kering dan tegas dlm berurus niaga dgn orang.Maklum la saya bukan bisnes besar.Baru nak mula kecil2an.So modal memang terhad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2011 06:29 AM | Show all posts
TT, aku cadangkan ko buat & jual je kat org tu....... pastu lantak laa dia nak market brape harga pu ...
Acong Post at 13-7-2011 02:27



      Memang saya akan buat dan jual pada dia kalau dia nak ambil cash.Cuma dia suka memeningkan kepala saya.dia kata kalau jual kat kedai, tauke kedai tak bagi dia duit dulu.Duit akan dibayar kalau kuih habis.So tak de modal untuk pusing beli kuih saya.Saya tak suruh pun dia bisness mcm tu.Adoi...kenapalah nak peningkan kepala saya ni sampai terpaksa minta pendapat dan pandangan dlm ni.Nasib baik ada yang sudi bagi pandangan rasa hilang sikit kekusutan saya ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057021 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list