CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

FMKL masih kurang dirasai

[Copy link]
Post time 6-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Acara pembukaan selama tiga hari menggabungkan persembahan penyanyi lama dan muda\rSUDAH memasuki tahun ke tujuh penganjuran membuatkan Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 (FMKL) semakin sinonim dikalangan penggiat seni khususnya muzik apabila membabitkan pelbagai agenda seperti bengkel, seminar, pameran, pertandingan mencungkil bakat dan persembahan sepanjang bulan ini.\r\n\n\n\n\rSudah tentu acara yang meraih kehadiran ramai penonton adalah konsert kemuncak, Kembara Muzik: Klasik Ke Kontemporari yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya apatah lagi dibarisi penyanyi lama dan baru bertepatan temanya.\r\r\n\n\n\n\nBermula 1 hingga 3 Julai lalu, gelanggang pentas berprestij itu menjadi tumpuan khalayak muda dan berusia dengan pembukaan konsert pada malam pertama menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Aizat, One Nation Emcee selain kumpulan Bahbola.\rMelihat senarai penyanyi yang mengambil alih pentas, dalam fikiran sudah dapat dijangka sambutannya kerana bukan calang-calang penghibur memeriahkan majlis pembukaan namun sayangnya masih terdapat ruang kosong di kiri dan kanan dewan.\rBarangkali disebabkan kurang hebahan atau berikutan sikap serta pemikiran sebahagian besar masyarakat yang masih mendambakan konsert percuma sedangkan jika dihitung, hanya persembahan itu dikenakan bayaran agak lebih berbanding acara kesenian FMKL lain iaitu sama ada perlu membayar serendah RM5 atau tanpa caj. \rBegitu pun, di situlah pentingnya promosi yang bukan hanya menggantung banting di dalam Istana Budaya atau di kawasan sekitar sebaliknya perlu mengeluarkan sedikit modal membeli iklan sekurang-kurangnya di TV, radio mahu pun akhbar yang dirasakan lebih menyeluruh.\r\n\n\n\n\rIni untuk memastikan festival yang dianjurkan benar-benar meriah seumpama sebuah pesta yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur ketika ini dan sangat dirasai sekurang-kurangnya oleh warga kota. \rBukan semata-mata menghebahkan slot hiburan kerana pengisian FMKL begitu menarik jika diperhalusi terutama pembentangan kertas kerja mengenai aspek penciptaan lagu pemasaran muzik serta hak cipta membabitkan Datuk Ramli MS, Fauzi Marzuki dan Profesor Khairil Johari Johar.\rApa pun, kembali kepada malam pertama konsert yang juga pembuka tirai FMKL 2011, kumpulan penari Semai Pahang, Bahbola menghangatkan pentas dengan persembahan bertenaga bersama tarian sewang.  \rMomentum persembahan diteruskan oleh One Nation Emcees bersama dendangan rancak, Raja gelek selain medley Pop Yeh Yeh dan Gelora manakala pilihan terakhir mereka berjudul Psiko.\rMelihat kepada aksi di pentas, sememangnya trio itu cukup bertenaga dengan diiringi pemuzik orkestra tetapi sesekali vokal mereka seakan kedengaran tenggelam timbul ‘melawan’ alunan muzik.\rTidak melengahkan masa, penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Aizat yang bakal menjelajah Borneo untuk konsert solonya pula mengambil alih pentas dengan memilih lagu popularnya.\rMemahami kehendak peminat terutama golongan yang hampir seusia dengannya, jejaka itu mengalunkan lagu Pergi sebagai pemanas sekali gus mengundang sorakan ramai.\rSesekali berceloteh dan bergurau bagi memastikan penonton tidak merasa terpinggir, khususnya yang berada di aras atas, Aizat mengajak seisi dewan gah itu berdendang bersamanya.\rNyata pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan yang baru mencecah usia 22 tahun itu bijak mengambil hati ramai dan sebelum berlalu dia membawakan lagu Sungai Lui serta sebuah nukilan Inggeris, Year From Now yang dipetik daripada buah tangan terbarunya.\rKemunculan Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi seterusnya juga tidak mengecewakan. Tampil anggun dengan persalinan hitam, anak jati Bumi Kenyalang itu membawakan tiga lagu iaitu Kasih, Kau Pergi Jua serta Seandainya Masih Ada Cinta.\rBagai terlalu singkat masa berlalu, kebanyakan peminat enggan melepaskan penyanyi yang baru tampil bersama album baru, Sayang & Cahaya apabila memintanya terus berdendang di atas pentas.\rBegitu pun, pengumuman kemunculan penghibur popular, Datuk Khadijah Ibrahim membuatkan sorakan terus bergema apatah lagi peluang mengikuti persembahan eksklusifnya jarang dapat diperoleh.\rKesempatan seperti itu tidak mungkin dilepaskan peminat tegar yang membesar dengan lagu-lagunya malah peminat muda juga dilihat teruja sebaik penghibur pujaan ramai itu memasuki pentas.\rSudah pasti lagu yang menjadi siulan, Doa Buat Kekasih menjadi ikutan penonton yang bersama-sama menyanyikannya, tidak ketinggalan Ku Pendam Sebuah Duka serta Ku Sangka Siang Kiranya Malam yang dialunkan secara medley.\rBiar tinggi penghormatan diberikan kepadanya, penyanyi itu tidak melupakan komposer yang menaikkan nama malah meluahkan penghargaan secara terbuka kepada insan istimewa dalam kerjayanya, Datuk Ahmad Nawab.\rSebelum meninggalkan pentas, Khadijah atau mesra disapa Khaty turun turut bertemu peminat dan agak mencuit hati apabila tiga remaja lelaki yang ditarik naik ke pentas beraksi bagai penyanyi sebenar.\rBiar apa pun Khaty masih berdiri sebaris dengan lagenda hidup yang lain kerana walau usia sudah melepasi separuh abad, kelincahan serta vokal mantapnya tetap mempesonakan terutama tatkala membawakan lagu rancak.\rSelain konsert malam pertama, persembahan di lokasi sama malam seterusnya membabitkan Datuk M Daud Kilau, Najwa Mahiaddin, Suki Low, One Nation Emcees, Jaclyn Victor serta Azlan & Typewriter.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.043500 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list