CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nona_tanjong

Kris Cempaka pencabar Maya Karin & Diana Daniel?

  [Copy link]
Post time 22-7-2011 09:33 AM | Show all posts
oo .. kire ramai la retis kru ek?? si lopah pun jadi pngacara jugak kan??
samshik Post at 20-7-2011 17:40


Ramai la jgk .. tapi contract semua 1 year je .. Siapa yang buat hal, contract tak direnew


A'ah Lofa pun jadi host jgk ..
Dapat offer KB for Azazil tapi tak ambik ..
Then Hans Isaac pun offer job katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 09:57 AM | Show all posts
Ramai la jgk .. tapi contract semua 1 year je .. Siapa yang buat hal, contract tak direnew  ...
haiku Post at 22-7-2011 09:33



    y my fren cakap KRU ni gah pd nama jer beb..dalam tahun ni jugak ader isu "gaji" .. benarkah?? ade sesuatu disebaliknyer???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 09:57 AM | Show all posts
Ramai la jgk .. tapi contract semua 1 year je .. Siapa yang buat hal, contract tak direnew  ...
haiku Post at 22-7-2011 09:33



    kris dapat offer berlakon satu felem ngan abe bangla kekdahnyer.. tu yg tolak KB kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:00 AM | Show all posts
kris dapat offer berlakon satu felem ngan abe bangla kekdahnyer.. tu yg tolak KB kot..
samshik Post at 22-7-2011 09:57



    mek sama opis ngan miskiah ker??? kataku penuh speku huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:09 AM | Show all posts
mek sama opis ngan miskiah ker??? kataku penuh speku huhu...
bbalik Post at 22-7-2011 10:00



    hepp .. if mek seopis ngan kak kiah .. tak jadi kijer mek .. sure bergusip sampai bawah meja haaa.. tak la .. mek opis jauh dari kak kiah .. tapi taula opis kak kiah kat aner kalu pasang gps tu!!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:13 AM | Show all posts
hepp .. if mek seopis ngan kak kiah .. tak jadi kijer mek .. sure bergusip sampai bawah me ...
samshik Post at 22-7-2011 10:09



    sah2 dua2 dapat shocoz leter hehe... mek dan jumpa ngan cempaka ke ... ok tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2011 10:19 AM | Show all posts
sah2 dua2 dapat shocoz leter hehe... mek dan jumpa ngan cempaka ke ... ok tak?
bbalik Post at 22-7-2011 10:13



    kawan mek kenal die .. sempatla shooting sama2 .. mek dok dengar orang puji die .. tapi minah nie tak kontrol ayu n sangat sempoi .. takder la die feeling cantek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:26 AM | Show all posts
kawan mek kenal die .. sempatla shooting sama2 .. mek dok dengar orang puji die .. tapi mi ...
samshik Post at 22-7-2011 10:19



    bagus aarr tuh.. tp jangan jadi sha awan dania udah ler...
samseng sampai ke sudah...
jenuh nak ngejas balik cara jalan huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 10:29 AM | Show all posts
bagus aarr tuh.. tp jangan jadi sha awan dania udah ler...
samseng sampai ke sudah...
...
bbalik Post at 22-7-2011 10:26



    if mek kuar karoke ngan die mek btau naa.. mek ajak ko sekali .. eh, kak kiah pun!!! huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:48 AM | Show all posts
y my fren cakap KRU ni gah pd nama jer beb..dalam tahun ni jugak ader isu "gaji" .. benark ...
samshik Post at 22-7-2011 09:57


My fren yg kerja makan gaji beberapa tahun dgn KRU ni tak ada komplen apa2 pun ..Kalau ada problem gaji, sure dia buka mulut & cari kerja lain coz dia nak kena bayar loan rumah ..


Jangan jadi cam MIG .. janji bonus 10K dlm majlis then bayar 4K je
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:49 AM | Show all posts
shaantiieekkkk
miss suka
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:53 AM | Show all posts
My fren yg kerja makan gaji beberapa tahun dgn KRU ni tak ada komplen apa2 pun ..Kalau ada probl ...
haiku Post at 22-7-2011 10:48



    hep .. aper la sangat rm4 k tu  haiku utk syarikat besor gitiew .. beli cenderamata utk beli jiwa reputs poloh2 riban deme mampu .. lagi bagi si sam umah setengah jota .. sekali time bonus rm4k buat2 ilang ingatan!!! nak buat caner .. kawan ko tu tak pemes.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 11:05 AM | Show all posts
if mek kuar karoke ngan die mek btau naa.. mek ajak ko sekali .. eh, kak kiah pun!!! huhu
samshik Post at 22-7-2011 10:29



    yihaaa sukerrrr.... tambah taim jerebu nih, memang sesuai iollsss 'menyumbangkan' lagu huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 12:13 PM | Show all posts
yihaaa sukerrrr.... tambah taim jerebu nih, memang sesuai iollsss 'menyumbangkan' lagu huh ...
bbalik Post at 22-7-2011 11:05



    haruss.. semalam si mummywiffy gegeh berkarok dari pukul 2 sampai pukul 6 tak kuar2 lagi dari bilik gelap!! part karok nie memang sie juara .. lagipun die kenal si kris nie .. skali harung la kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 05:21 PM | Show all posts
Jangan lepaskan peluang untuk keluar menonton wayang bersama  Christina Suzzane Stockstill dibawakan eksklusif oleh KRU TV  



Mari like facebook KRU TV beramai-ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 05:26 PM | Show all posts
Jangan lepaskan peluang untuk keluar menonton wayang bersama  Christina Suzzane Stockstill dibawakan ...
deadpool1119 Post at 22-7-2011 17:21



    wow.. haaa.. saper yang berminat leh la joinn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 05:47 PM | Show all posts
citer pasai kris, neelofa lupak plak ke Kila Fairy

jauh panggang dr api lerr
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 05:55 PM | Show all posts
citer pasai kris, neelofa lupak plak ke Kila Fairy

jauh panggang dr api lerr
choclatemousse Post at 22-7-2011 17:47



    pelik jugak .. yuci tanak lamar fukimakilah fairy tu kah jadi retis kru??
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 15-8-2011 08:56

okeh .. latest semalam

Cris lebih realistik
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my









TUJUH tahun lalu wajah cantiknya pernah memancing perhatian pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima untuk melamarnya menzahirkan watak tomboy dalam drama Cermin Pada Bulan di samping penyanyi tersohor Ziana Zain.
Peluang yang hadir secara tiba-tiba dan tidak disangka itu bagaimanapun bukan pemikat hatinya untuk meneruskan langkah dalam industri seni apabila dia memilih bertugas di awan biru.

   


Lama dia berkelana sebagai pramugari Penerbangan Malaysia dan beberapa lagi syarikat penerbangan sehinggalah April 2010 dia menoktahkan khidmat.

Barangkali sudah ditakdirkan jodohnya dengan dunia lakonan kuat, atas permintaan ibunya, si jelita, Cristina Suzanne Stockstill menghadiri uji bakat pencarian peserta program realiti Pilih Kasih dan terpilih.



Biarpun tidak dinobatkan sebagai juara mahupun finalis, gadis berusia 26 tahun ini mendapat perhatian insan yang pernah memperkenalkannya dengan arena seni satu ketika dulu untuk memanjangkan langkah dengan membintangi drama Dia Bukan Maryam dan Kasih Najihah.


Bahkan namanya mula meniti di bibir pemerhati gelanggang seni apabila pengarah kreatif Osman Ali menawarkan peranan besar dalam telefilem Sentuhan Isabella di samping Julia Ziegler, Diana Danielle dan Zamarul Hisham.

Lebih menarik apabila kisah tawaran itu bermula sejak produksi melihat wajahnya
di laman sosial Facebook dan mengundangnya menghadiri uji bakat.

“Saya sendiri tidak menyangka langkah dalam bidang lakonan banyak bermula dengan kebetulan. Tujuh tahun lalu kak Erma mengundang saya melalui panggilan telefon dan dengan Osman Ali, saya dipanggil mencuba nasib melalui Facebook.

“Ketika itu saya tidak letak apa-apa harapan, maklumlah orang baru. Tak sangka pula saya diterima dan diberi peranan Munirah, anak angkat kepada Isabella, lakonan Julia Ziegler.

“Saya gembira dapat berlakon di bawah tunjuk ajar pengarah hebat dan dikelilingi pelakon ternama. Mereka banyak bimbing saya di lokasi lebih-lebih lagi abang Osman,” kata Cris.

Pengalaman menjayakan telefilem ini cukup bermakna buat gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini apabila dapat mengenepikan tanggapan segelintir pihak dia hanya sesuai untuk watak urban dan sukar mendapat watak gadis kampung gara-gara berwajah Pan-Asia.

“Alhamdulillah, dapat juga saya merasa watak gadis kampung yang manis memakai kurung Kedah bersama kain batik.

“Sangat menyeronokkan apabila saya dapat pengalaman masuk sawah dan menyauk ikan. Mula-mula risau juga jika terkena sirip ikan sepat atau terpijak ular, syukur tidak ada apa-apa kejadian buruk berlaku dan penggambaran berjalan lancar.

“Sentuhan Isabella mengisahkan wanita dari Bosnia bernama Isabella mengalami peristiwa hitam apabila dirogol, suaminya dibunuh dan anak tunggalnya hilang. Selepas 18 tahun mencari, dia dapat tahu zuriat kesayangannya berada di Malaysia,” katanya yang mudah mesra biarpun baru pertama kali bersua muka.

Menyusuri relung hati gadis berjiwa sederhana ini, nyata dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk bertahan dalam bidang yang diceburi apatah lagi dia bermula secara serius pada usia yang agak lewat.

Akal logik membisikkan sekadar bergantung dengan bakat dan usaha tidak memadai bagi memacu namanya kerana berada dalam dunia ini perlu bersandar kepada rezeki dan untung nasib.

“Bukan gelojoh tetapi saya harus realistik. Bukan mudah untuk naik jika memulakan karier pada usia ini, saya kena peka dan menghadiri banyak uji bakat bagi mendapatkan lebih banyak peluang.

“Saya beri masa pada diri setahun setengah dan jika tidak bernasib baik dalam bidang ini saya akan kembali terbang di awan biru.

“Masa depan dan kehidupan lebih menjamin harus saya utamakan. Setidak-tidaknya dengan bergaji tetap, biarpun tidak banyak saya akan rasa lebih selamat.

“Apapun saya dalam proses mencuba dan tawaran setakat ini tidak menghampakan, cuma ada yang terpaksa saya tolak apabila jadual penggambaran bertindih,” katanya yang berusaha menyesuaikan diri dengan komitmen hos Carta Blockbuster untuk tonton.com.my.

Akui gadis yang tebal jiwa Melayu dan sukakan kehidupan ringkas ini, dia bukan berasal dari keluarga senang dan kerana itu sentiasa menghargai rezeki serta peluang yang hadir depan mata.

Sejak berusia 18 tahun, dia berdikari dengan melakukan macam-macam pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, menjaga kafe siber dan pelayan restoran sebelum berkhidmat di awan biru.

Masih segar di ingatan, teguran bapa saudaranya sampai bila mahu bekerja di restoran menjadi bibit permulaannya untuk menceburi kerjaya pramugari yang membuka mata serta mindanya.

“Ketika itu saya menetap dengan nenek di Kuantan dan tidak dibenarkan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Nenek dan ibu risau keselamatan saya, jadi mereka hanya izinkan saya bekerja tidak jauh dari rumah.

“Teguran bapa saudara bagaimanapun mengubah hidup saya. Dia yang bantu saya mengisi borang permohonan berkhidmat sebagai pramugari dan saya dipanggil menghadiri temuduga. Saya satu-satunya pemohon yang hadir tanpa solekan, sekadar memakai bedak dan secalit gincu yang saya peroleh secara percuma.

“Pada hari temuduga itu saya memakai baju dan seluar yang dipinjam daripada sepupu. Tak sangka nasib berpihak kepada saya.

“Karier ini membuka mata dan fikiran saya terhadap banyak perkara bahkan di situlah saya belajar untuk menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat. Di situ juga saya diajar untuk tidak memandang rendah  sesiapa saja waima tukang cuci pun kita kena berbaik dan beri senyuman mesra,” katanya.

Sambungnya, ketika terbang menjadi kelaziman dia gemar melayan warga emas berbual terutama pasangan suami isteri. Banyak cerita dan pengalaman diperolehi secara tidak langsung dan ia menjadi pedoman dalam mengemudi rutin harian.

Biarpun terdedah dengan ramai orang dan usikan nakal, dia berpegang kuat kepada nasihat ibu tercinta agar sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.

“Dari mula berkhidmat, saya kurang berbual dengan penumpang muda. Bukan sombong tetapi saya kurang selesa dan mahu elakkan tanggapan yang bukan-bukan.

“Soal gangguan daripada penumpang yang gatal, setakat pengalaman yang ada, belum pernah lagi. Mungkin kerana keperibadian saya yang agak kasar jadi orang tidak berani menggatal.

“Terus-terang, saya rindu untuk terbang semula tetapi buat masa ini saya tidak boleh kerana memakai pendakap gigi. Insya-Allah, lagi tiga bulan pendakap gigi akan dibuka dan saya akan pertimbangkan,” kata pendatang baru berpotensi besar ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.416936 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list