CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36457|Reply: 162

Jozan Dingin?

  [Copy link]
Post time 3-7-2011 05:27 PM | Show all posts |Read mode
CAK: Jozan dingin?




KUMPULAN Sepah dah pun diangkat menjadi juara Maharaja Lawak (ML). Jozan yang diwakili Johan dan Zizan yang diharapkan menjadi juara, dapat nombor dua.
Di sebalik kemeriahan itu, terkeluar cerita daripada pihak produksi, kononnya Johan dan Zizan tidak sebulu. Perselisihan pula dikatakan bermula ketika mereka menyertai pertandingan ML.

CAK ada dengar selepas Jozan masuk ML, populariti mereka semakin mencanak-canak. Setiap minggu mereka ada show, terutama Zizan. Bayaran diterima pula ‘tersangat’ lumayan.

Dan kalau tak salah CAK, disebabkan itu juga, mereka bermasam muka kerana Zizan gagal memberi komitmen untuk ML. Pada peringkat awal, undian mereka tertinggi tetapi rezeki berpihak kepada Sepah.

Apabila muncul berdua, kenalah sepakat. Kalau tak boleh nak sepakat, buat persembahan secara solo macam Nabil. Bila dapat duit, tak payah kongsi dengan sesiapa.

Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.



CAK yang tak dengar kenyataan Zizan pun boleh teka apa yang dicakapkan, antaranya mungkin dia kata ‘tak ada rezeki’ atau ‘mereka gementar’ dan sebagainya.

Namun, cerita sebenarnya mungkin lain dan kebenaran itu hanya Johan yang tahu sebab itu dia ‘tak kuasa’ dengar kenyataan Zizan pada media. Barangkali benar kerana kurang komitmen, mereka tak dapat buat persediaan secukupnya.


CAK harap pergaduhan mereka tidak berpanjangan. Cuba buat ‘post-mortem’, bahagian mana yang tak kena dan harap saling bermaafan.

Walaupun gagal bergelar juara, nama mereka berdua dah cukup ‘gah’ dalam industri. Mereka antara ‘produk’ keluaran Raja Lawak paling berjaya dan laris saat ini.

Bagaimanapun, CAK dengar tak lama lagi mereka berdua akan diterbangkan ke London untuk menjalani penggambaran drama di sana. Jika benar, buang yang keruh ambil yang jernih.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana tak bergelora. Lidah lagikan tergigit, inikan pula dua manusia yang punya hati dan fikiran lain-lain. Ramadan pun semakin hampir, eloklah berdamai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 05:48 PM | Show all posts
kompius...kiranya,zizan la yg tak dpt bagi komitmen n johan quite bengang?
<petang2 camni iols pon terjadi bengap plak>
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:00 PM | Show all posts
bila xmenang smua benda berbunyik...kalau menang lain la plak kluar citernya... kalau betul diorang gaduh2..hrap2 diorg cepat2 berbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 06:27 PM | Show all posts
alaaaa jgn la gitu,i love jozan!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:00 PM | Show all posts
Propa je lebih..
Sumber2 kata JOZAN kat backstage pun rapat..
Nak kata Zizan gagal bagi komitmen pun x betul, sbb x kira bz camne pun masing2 mesti ada time yg depa akan luang prektis sesama..x kira l last minit ke..
Even minggu final pun diorang berlatih sesama kat studio kat Ampang..
So dari mana lak sumber cite nih? :re:

P/s: CAK xmo cite sal Sepah yg sah2 mmg ngaku gaduh blakang stage tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:04 PM | Show all posts
adei gaduh la pla.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2011 08:14 PM | Show all posts
menang pon gadoh.
yang tak menang pon gaduh.
~~seri~~
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:16 PM | Show all posts
dah rezeki...tak perlu ada pihak yang melagakan..pasal commitment ke apa..tu semua tanggungjawab...kena la ada give and take...biasala tu...sabar je la jozan...to zizan...all the best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 08:35 PM | Show all posts
propa jer lebih...

mana diaorg tau yg dua org ni gaduh? takat wat muka masa press conference jer?

pas tu terus wat decision kata x puas hati? Ada Johan p ngadu ke sape2 ker?

aisehh wartawan2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:39 PM | Show all posts
gossip je ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:42 PM | Show all posts
aku tengok johan rilek jer tak menang juara ML..zizan jer cam nampak terkesan sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:08 PM | Show all posts
Nabil ader gaduh x?..............hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:13 PM | Show all posts
jgn la gado2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:15 PM | Show all posts
kalau johan bergerak secara solo pun dia boleh survive apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:22 PM | Show all posts
Nabil ader gaduh x?..............hahahaha
apitkl Post at 3-7-2011 21:08



bergadoh dgn irma hasimie kot ;)
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:50 PM | Show all posts
Nabil ader gaduh x?..............hahahaha
apitkl Post at 3-7-2011 21:08



    gaduh dgn spiderman kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 10:17 PM | Show all posts
mungkin ada rasa x puas hati sikit sebanyak...biasa la kengkawan...tapi dengan mulut puaka wartawan ni x mustahil benda kecik jadi besar...blah la cakpoi...aku tengok konsert lawak tu nampak sangat johan sayang zizan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:27 PM | Show all posts
woi.... pitnah semata2 nie..hampehnyer wartawan ....manager zizan dh bgtau....diorang tkder masalah apapon..... mereka ibarat loving couple.....

JOZAN MAHARAJA LAWAK MALAYSIA ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:33 PM | Show all posts
dah agak dah.....kaki pitnah cari rezeki halal katernyer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:34 PM | Show all posts
menang pon gadoh.
yang tak menang pon gaduh.
~~seri~~
jepp Post at 3-7-2011 20:14


Mana sama..

SEPAH mmg la sah2 ngaku gaduh sampai kata nak berpecah bagai..

JOZAN lak wartawan nih yg memandai speku ber'gaduh' semata2 sebab 'tengok riak muka' Johan kununnya (hazab tol cara speku )

Pastu reputz memandai speku tuduh sbb Zizan yg x bg komitmen, walhal punya la penat Jozan cari n luang masa berlatih sesama lam sesibuk mana skalikpun..

Johan & Zizan sayang each other cam adik-beradik..sepanjang ML kat memana pun melekat jek berdua, termasuk mlm final..pejadahnye lak dikata bergaduh :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.090242 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list