CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Ning pertaruhkan Dewa

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Album meceritakan suka duka pengalaman sebagai penyanyi\rNING Baizura Hamzah, antara nama besar dalam dunia seni suara, malahan sudah membuktikan dikenali di rantau Asia dan antarabangsa. Pengalaman sebagai penyanyi dan penghibur selama 18 tahun membuatkan dia di kelasnya tersendiri. \r\n\n\n\n\rPenyanyi baru datang bersilih ganti tetapi namanya tetap kukuh dan masih menjadi rebutan serta sebutan untuk menjayakan pelbagai persembahan.\r\r\n\n\n\n\nNing yang sinonim dengan vokal pop soprano ini baru saja selesai menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasia 9 (AF9). Biarpun sebelum ini tidak pernah menjadi guru vokal kecuali untuk protege dalam program Mentor, Nikki Palikat dan Yanie, penyanyi berkulit hitam manis ini berasa bangga kerana dapat menurunkan ilmu yang ada kepada barisan bintang baru AF9 itu. \rKetika di usia 35 tahun sebagai anak seni, pelbagai kontroversi dan onak duri ditempuhi. Bermula dengan kritikan terhadap penampilannya yang seksi dan tidak sesuai di sesetengah majlis sehinggalah kontroversi mengenai kenyataan fantasi seksnya di sebuah majalah berbahasa Inggeris.\rNamun, Ning bangkit dari kesilapan lalu dan tampil memohon maaf kepada masyarakat khususnya kepada peminat yang sentiasa berdiri di belakangnya.\rKini, dia bangga kerana biarpun nyanyian menjadi tonggak utama, penyanyi yang popular dengan lagu Awan Terpilu ini tetap mencuba nasib di layar perak. Antara filem yang pernah dibintanginya  Lady Boss, Gemilang, Diva, Magika dan terbaru Cun. Ternyata lakonan juga hadir dalam dirinya kerana kebanyakan watak yang diberi di dalam filem yang dibintangi turut meninggalkan kesan kepada penonton.  \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, sejauh mana Ning jatuh cinta akan sesuatu bidang baru, hatinya tetap kukuh bidang nyanyian. Hasilnya, Ning kini tampil dengan album ke-15 berjudul Dewa.\rDitemui di majlis meraikan media anjuran Universal Music Malaysia di ibu negara baru-baru ini, Ning turut diberi peluang membuka tirai majlis itu dengan nyanyian lagu rancak, Papa Mama iaitu single pertama daripada album itu. \rNing menjadi penyanyi di bawah naungan Universal Music sejak April lalu, tidak sabar untuk melihat reaksi peminat terhadap album Dewa yang memuatkan lapan buah lagu.\r\"Album dewa ini cukup istimewa kerana ia hasil gabungan kisah kehidupan Ning selama 18 tahun menjadi artis. Kesemua lagu ini berkait rapat antara satu sama lain dan saya gembira kerana hajat untuk meluahkan isi hati yang terbuku selama ini tercapai melalui lagu yang terhasil dalam album ini,\" katanya.\rKemunculan album 3 Suara\' gandingan mantap Ning bersama Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang baru menjengah pasaran tidak menjadikan sebagai penghalang. \rIni kerana dia menyifatkan album Dewa mempunyai cita rasa unik dan berbeza jika dibandingkan dengan album 3 Suara yang mempertaruhkan irama balada era 80-an.\rMengambil masa dua tahun untuk disiapkan, ternyata Ning sangat teliti dalam setiap perkara. Ini kerana, album Dewa adalah 100 peratus mengikut kehendaknya, menjadikan setiap proses rakaman yang dibuat akan diteliti dan diperbaiki untuk menghasilkan lagu yang berkualiti sesuai dengan kehendaknya yang mahukan kepuasan terhadap buah tangan baru itu. \rKetika proses rakaman dan pemilihan lagu dilakukan, terdapat pelbagai halangan yang datang antaranya kekurangan bajet. Tambahan pula ketika itu saya sedang menguruskan persiapan perkahwinan. Jadi sedikit sebanyak melambatkan sedikit proses penghasilan album ini.\r\"Bagaimanapun, saya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal yang juga rakan karib saya, Audi Mok serta beberapa komposer seperti Ad Samad, Pam Yuen dan Nur Fatimah. Saya rasakan sentuhan mereka sangat kena dengan jiwa saya dan sesuai dengan kehendak saya untuk album ini.\r\"Walaupun konsep yang saya bawakan dalam album ini berbeza dengan identiti soprano tetapi saya tetap menyelitkan unsur itu kerana ia adalah Ning Baizura. Tambahan, peminat mahukan saya mengekalkan vokal soprano itu,\" katanya.\rPada majlis itu, Ning menghiburkan penonton dengan dendangan lagu Bila yang dimuatkan dalam album terbarunya. Apa yang menggembirakan hati buat kelab peminatnya turut hadir bagi menunjukkan sokongan kepada bintang pujaan mereka itu.\rMereka buat saya selesa \rSEPERTI majlis yang lain, Ning selesa ditemani suami, Chirs Dalton dan ibunya, Satilah Abdullah. Baginya, tanpa mereka, mungkin perjalanan karier tidak semudah sekarang.\r\"Saya selesa dikelilingi dan dibantu oleh ahli keluarga kerana merekalah yang rapat dan faham kehendak saya. Perkara lalu membuatkan saya berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, bukan serik tetapi saya saja yang tahu betapa perit dan pedih ketika berada di zaman kejatuhan satu masa dulu. \r“Kini saya bangkit dan kembali berdiri di tapak sendiri, menjadikan saya lebih bersifat positif dalam segala benda,\" katanya yang sentiasa memegang tangan suaminya ketika berbicara.\rDiajukan mengenai projek akan datang, Ning teruja memberitahu bahawa akan mengadakan konsert solonya di KL Life, Oktober depan. \r\"Saya rasa ini adalah masa terbaik untuk mengadakan konsert besar. Yang pasti harga tiket tidak membebankan peminat dan pasti mampu dibeli semua golongan,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.457947 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list