View: 221|Reply: 0
|
Sanggup ke KL demi Dreamgirls
[Copy link]
|
|
Dengan sokongan Broadway New York, teater muzikal dipentaskan di IB dari 14 hingga 21 JulaiTEKA teki siapa bakal membawa watak Jimmy Early (James Thunder Early) dalam teater muzikal Dreamgirls terjawab apabila sidang media majlis pengumumannya diadakan di Istana Budaya (IB).\n\n\n\nPelakon teater terkenal dari Broadway, Kris Coleman, 36, berjaya menambah hati produksi Dreamgirls setelah hampir enam bulan sesi uji bakat diadakan bagi mencari pemegang watak Jimmy Early itu. \n\n\n\n\nMenurut Penerbit Eksekutifnya, Casey Koh, misi pencarian pemegang watak Jimmy dilakukan hampir enam bulan dengan bantuan Broadway New York. Katanya, ramai yang ingin tahu siapa pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Jimmy Early, bagaimanapun mereka sengaja membiarkan pertanyaan itu sebagai elemen kejutan untuk muzikal yang akan dipentaskan dari 14 hingga 24 Julai depan di IB.“Kami melihat Kris Coleman adalah pelakon paling layak memegang watak Jimmy kerana dia mempunyai pengalaman luas dalam teater. Coleman pernah membintangi teater muzikal yang cukup terkenal Jersey Boys selama lima tahun malah dia juga pernah terbabit dalam muzikal Dreamgirls di New York memegang watak Curtis Taylor Jr.“Seperti pernah kami maklumkan sebelum ini, Broadway Academy menyokong bakat tempatan. Kami tidak bertujuan untuk lari daripada matlamat asal syarikat tetapi pembabitan Coleman adalah sebagai pertukaran budaya. Memandangkan Coleman mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang teater, peluang ini mungkin boleh kami gunakan untuk mengutip ilmu lakonan Broadway New York darinya.\n\n\n\n“Selain berlakon, Coleman juga boleh memerhatikan industri teater kita. Malah mungkin dia boleh membawa balik kebaikan yang ditawarkan oleh aktiviti teater kita ke negaranya kelak,” kata Casey.Coleman yang tiba di negara ini sejak lebih seminggu lalu ternyata amat teruja apabila menerima tawaran daripada Broadway Academy untuk membawakan watak Jimmy Early. Dia yang dilahirkan daripada keluarga seni mengakui sudah lama mendambakan watak Jimmy sejak pertama kali menonton muzikal berkenaan.Seorang yang peramah, Coleman berkata, dia percaya sesiapa saja yang diberi peluang membawakan watak Jimmy tentu tidak akan sesekali menolaknya.“Sejak mendengar desas desus mengenai produksi di sini mencari pelakon untuk membawakan watak Jimmy, hati saya berkata saya akan setuju sekiranya ditawarkan.“Dreamgirls adalah teater muzikal pertama yang saya tonton. Ketika itu saya masih kecil lagi tetapi saya amat tertarik dengan Jimmy. Tidak sangka pula rupa-rupanya satu hari nanti saya akan membawakan satu watak yang pernah saya kagumi,” kata pelakon berasal dari Florida, Amerika Syarikat itu.Walaupun memiliki pengalaman yang luas di pentas teater, namun Coleman yang turut bergelar pelakon filem dan siri televisyen di Amerika Syarikat juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar kerana terpaksa berdepan dengan penonton yang berbeza.“Saya sudah banyak ketinggalan kerana mereka sudah memulakan latihan sejak lapan minggu yang lalu. Jadi saya perlu mengejar mereka. Bagaimanapun saya seronok kerana semua yang terbabit di dalam muzikal ini kerana memberikan kerjasama yang sangat baik pada saya sekali gus berjaya menghilangkan perasaan janggal.“Walaupun saya tetap berdebar menantikan reaksi daripada penonton. Saya tidak tahu apa yang boleh dijangkakan untuk persembahan itu nanti kerana ini kali pertama saya beraksi di sini. Saya anggap peluang ini sebagai satu proses pembelajaran untuk saya,” katanya.Muzikal yang diarahkan oleh Joanna Bessey itu turut dibintangi oleh Cheryl Samad memegang watak Deena Jones, Elvira Arul (Effie White), Azura Zainal (Lorrell Robinson). Turut membintangi muzikal berkenaan ialah Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Dafi, Indi Nadarajah dan Dina.Sementara itu menurut pengarahnya Joanna Bessey, bagi memastikan muzikal itu tidak mengecewakan penonton selaras dengan kejayaan yang diraih oleh filem, latihan gigih kini sedang giat dijalankan.“Mementaskan muzikal ini adalah satu cabaran hebat buat kami. Saya amat bangga kerana diberi peluang mementaskan karya ini di sebuah pentas yang amat berprestij, jadi kami perlu bekerja keras bagi memastikan hasilnya nanti memuaskan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|