"Selepas masuk Maharaja Lawak, orang semakin mengenali diri saya, dan kemungkinan untuk gambar ini tersebar sememangnya sangat besar. Tak dinafikan, impaknya juga besar kerana keluarga saya juga mengetahui perkara ini. "Hubungan saya dan isteri sememangnya sudah lama bergolak, malah sejak saya satu tahun yang lepas kami sudah tinggal berasingan. "Namun sekarang saya sedang berusaha mencari jalan yang terbaik untuk hubungan kami ini, keluarga saya dan keluarganya akan berbincang, jika masih boleh diteruskan saya tidak keberatan untuk berbaik semula dengannya,"jelas Tauke.
KREDIT: MANGGAONLINE |