|
Post Last Edit by fahmein at 26-6-2011 02:57
Aesar: MAX 24:7 Bukan Kumpulan Lelaki Songsang
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2011: Sebelum ini, murai.com.my pernah memaparkan kisah tentang bekas anggota kumpulan Equal Star iaitu Aesar Mustafa yang ingin mencari 10 jejaka jambu untuk dijadikan sebagai anak didiknya.
Kesungguhan Aesar dalam pencarian itu nampaknya bukanlah satu propaganda sebaliknya ianya adalah satu tekad besar kerana mahu mendidik anak-anak muda ini untuk menjadi artis naungannya sekaligus sebagai antara bintang tanahair yang setaraf artis K-Pop.
Bagaimanapun, di sebalik perjuangannya itu, Aesar mendapat tentangan hebat dari segelintir pihak yang begitu fanatik dengan artis-artis K-Pop. Menariknya, biarpun Aesar masih belum mengadakan sebarang pelancaran terhadap anak didiknya itu, kumpulan yang diberi nama MAX24:7 sudah pun mendapat undangan nyanyian di sana-sini.
Jom bersemuka bersama Aesar yang kini sibuk menyertai Mari Menari 2 sebagai koreografer untuk mengetahui pandangan dia terhadap MAX 24:7 yang bukan dianggotai oleh 10 jejaka tetapi 12 anak muda iaitu Aloi, Aar, Tameen, Fifi, Virgo, Mierul, Eykal, Iym, Kim, Hans, Jaq dan O.B.
MURAI: Apa yang membuatkan anda nekad untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang ramai ahlinya?
AESAR: Bagi saya, keputusan saya untuk membina kumpulan ini ialah untuk membuktikan bahawa anak-anak muda tempatan juga berjiwa besar dan ada wawasan yang tinggi. Saya juga mendapat keyakinan ini dengan dissokong oleh komitmen ahli Max 24:7 yang tidak pernah rasa putus asa berusaha. Malahan saya tidak dapat menafikan mereka semakin hari semakin matang. Terus-terang, pada awalnya saya agak risau dengan terbinanya kumpulan yang seramai 12 ahli ini. Pun begitu, saya terus sahaja mencuba dan Alhamdulillah perjalanan ini nampaknya bakal bertemu jalan sukses.
MURAI: Sebelum ini pernah dihebohkan bahawa Aesar mahu mencari 10 orang lelaki berwajah jambu, tetapi kenapa ia berubah menjadi 12 orang?
AESAR: Memang pada mulanya saya hanya berhasrat untuk cukupkan 10 orang sahaja tetapi terjadinya 12 adalah atas dasar untuk memeriahkan lagi koreografi saya dalam tarian dan nyanyian mereka. Sambil itu, 2 ahli yang baru juga adalah pilihan saya yang tepat yang mana mereka sendiri mempunyai minat dan usaha yang gigih untuk berjaya dalam bidang seni yang diceburi ini.
MURAI: Apa keistimewaan mereka sehingga anda memilih mereka?
AESAR: Keistimewaan mereka ialah..
1.Komitmen yang tinggi..
2. Mempunyai gaya dan rupa yang bersih dan berpakej.
3. Boleh menyanyi dan menari dengan baik.
4. Masih ingin belajar..
5. Tidak suka membuang masa
6. Suka berbincang
MURAI: Aesar pernah meletakkan syarat untuk menjadi ahli kumpulan ini mestilah berwajah jambu tetapi hakikatnya tidak semua memilik wajah jambu. Kenapa?
AESAR: Oh...bagi saya persoalan jambu ini bukanlah terlalu serius..Yang penting ada manisnya dalam senyuman dan personaliti diri. Semasa ujibakat ada yang terlalu jambu tapi tidak memenuhi syarat dari segi komitmen, masa praktis dan masa untuk bersama.dan normal lah dalam setiap kelahiran dan ciptaan itu sangat indah jika kita nilai sedalamnya.
MURAI: Kenapa Aesar meletakkan mereka sebagai MAX 24:7?
AESAR: Saya memilih MAX 24:7 sebagai nama kumpulan ini kerana untuk memenuhi impian saya dan menjadikan mereka sebagai kumpulan yang ketika membuat persembahan nanti senantiasa melakukan yang terbaik. Ia juga untuk memberi persembahan mantap. Manakala 24:7 adalah pengertian 24 jam 7 hari.
MURAI: Setakat ini, kumpulan ini belum lagi mengeluarkan sebarang produk, tetapi sudah mendapat undangan yang banyak untuk mengadakan persembahan. Layakkah mereka digelar artis dan bilakah produk mereka akan berada di pasaran?
AESAR: Alhamdulillah, mereka telah banyak membuat persembahan. Bagi saya mereka sudah boleh dilabelkan masuk kedaam industri secara automatik dan mereka adalah artis baru. Apapun, masih banyak yang perlu dimantapkan lagi.
MURAI: D awal kemunculan kumpulan ini, mereka pernah dikecam kerana dikatakan cube meniru artis K-POP sehingga anda telah mengumumkan bahawa mereka adalah M-POP. Boleh ceritakan apa sebenarnya yang terjadi?
AESAR: Okay...Pada mulanya dulu saya tidaklah terlalu fanatik dengan K-Pop ni. Namun, selepas melihat persembahan mereka, saya rasa saya juga yakin untuk membuat persembahan seperti ini. Sebenarnya, setelah peminat-peminat K-Pop melihat kumpulan ini seperti gaya K-Pop, mereka sudah mula mengata. Saya akui kesilapan awal saya di mana saya kurang faham tentang apa itu K-Pop. Dek kerana itulah juga, saya menukarnya menjadi M-pop. (Malaysian Pop).
MURAI: Sebelum muncul MAX 24:7, Cat Farish telah menubuhkan kumpulan POP (Prince Of Pop) yang mana memperjuangkan jenis muzik yang sama. Adakah anda cuba meniru Cat Farish?
AESAR: Tidak sama sekali bagi saya untuk meniru Cat Farish. Gaya muzik dan melodi lagu saya dan dia agak berbeza moodnya tapi setakat similar dengan bunyi synthesizer adalah sebenar satu trend terkini. Saya yakin kumpulan saya ini mempunyai cara tari dan nyanyian cukup berbeza dengan POP.
MURAI: Gara-gara gambar tanpa pakaian kumpulan ini tersebar luas diinternet, ahli kumpulan ini dituduh sebagai lelaki songsang. Komen Aesar tentang dakwaan ini?
Aesar: Wah, lelaki songsang ?Astaga, saya akui kesilapan saya dengan gambar-gambar lama itu Bagi saya, ada banyak lagi gambar-gambar artis lain yang lebih seksi dari itu. Tidak semestinya mengambil gambar berbuka baju itu mebuktikan kesongsangan. Jadi, apa jawapan jika ahli bina badan yang hanya memakai seluar dalam? Tapi tak mengapa, saya tidak cepat melatah, biarlah apa orang kata dan hanya tuhan saja yang tahu.
MURAI: Tidakkah anda takut kumpulan ini cepat berpecah kerana di Malaysia jarang sekali bagi sebuah kumpulan untuk kekal lama?
AESAR: Perpecahan bagi saya adalah lumrah kumpulan-kumpulan di Malaysia ini tapi setakat ini saya berdoa tanpa henti dengan harapan satu hari kelak mereka akan berjaya. Jika berjaya, kalau mereka lari, mereka sendiri yang rugi.Max 24:7 tetap Max 24:7. Jika kekurangan atau berlaku sikit perpecahan, saya akan menggantikan dengan anggota yang baru. |
|