View: 133|Reply: 0
|
APM bukan segala-galanya
[Copy link]
|
|
Yuna ubati kekecewaan dengan memberi tumpuan siapkan album terbaru di di LAKALAU diukur daripada pencapaian Yuna sepanjang pembabitannya dalam arena seni memang tidak boleh dipertikaikan.\rPada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) ke-17 tahun lalu, gadis berbakat besar ini meraih hadiah Artis baru Terbaik, Lagu Bahasa Inggeris Tempatan Terbaik (Menerusi lagu Deeper Coversation), Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik (menerusi lagu Dan Sebenarnya).\r\n\n\n\n\rBegitu juga dengan sokongan peminat apabila Yuna dipilih sebagai Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 atau ABPBH 2010 pada April lalu.\r\r\n\n\n\n\nTapi ramai yang tertanya-tanya apabila kali ini nama Yuna tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori Anugerah Planet muzik (APM) yang akan diadakan di Singapura pada 15 Julai nanti. \rIa memang mengecewakan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, yang ditemui baru-baru ini pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta kamera jenama Canon mengatakan dia tidak diberitahu mengenai pencalonan awal yang sudah dilakukan.\r“Saya tidak disampaikan apa-apa berita mengenai anugerah itu. Sehingga kini saya tidak tahu langsung mengapa saya tidak dicalonkan. Secara jujurnya ada timbul rasa sedih. Mungkin saya dan pengurus agak sibuk di Amerika Syarikat menyebabkan kami terlepas berita mengenai APM.\r“Namun di sebalik apa yang terjadi, saya tidak menyimpan perasaan negatif dan saya hormati keputusan mereka serta saya percaya rezeki Tuhan ada di mana-mana,” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, satu pencapaian besar apabila selebriti kelahiran tanah air berpeluang menempa nama di arus persada seni luar negara.\rLihat saja kumpulan indie yang dulunya hanya membuat persembahan di pentas kecil saja, kini kumpulan Bunkface meluaskan empayarnya menakluki negara sebarang seperti Hong Kong serta Indonesia.\rTidak kurang hebatnya juga, Yuna sedang menempa nama di pasaran Amerika Syarikat (AS). Syarikat rakaman di sana, The Fader Label dalam usaha pembikinan albumnya khas buat pasaran di AS\rMenurut Yuna, album itu sudah siap hampir 70 peratus ini dijangka dipasarkan pada September nanti.\rDia tidak sangka album khas itu boleh disiapkan dengan pantas. Sepanjang pembikinan album ini juga, dia mengambil kesempatan berjumpa ramai penggiat seni yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam bidang muzik, yang secara tidak langsung membuatkan proses tersebut lebih mudah dan menyeronokkan.\r“Antaranya, saya merasai terkejut dan sangat gembira dapat bekerjasama dengan artis antarabangsa, Pharell yang lima lagu dihasilkan di atas paduan tenaga bersama dirinya. Penggemar muzik di sana tidak dinafikan begitu terbuka dalam penerimaan muzik luar.\r“Saya bersyukur selepas kejayaan album Decorate yang dilancarkan Mac lalu, kini album terbaru ini akan menemui peminat di Amerika Syarikat dalam masa terdekat dan sememangnya saya tidak sabar untuk mengetahui mengenai penerimaan orang ramai,” ujarnya.\rNamun di sebalik usahanya ini, ada yang mempersoalkan kerjaya seninya di sana. Bagaimanapun, anak kelahiran Kedah ini akui memang tidak mudah mendapatkan kepercayaan orang ramai.\r“Saya berkongsi pengalaman secara jujur dengan peminat. Saya akui masih baru dalam industri seni ini. Bagaimana saya mula menempa nama di dalam industri seni tanah air dengan hasil dan ilmu yang kosong, seperti itulah saya berusaha menaikkan nama di sana.\r“Kejayaan ini bukan tujuan menunjuk atau bangga diri. Ia adalah peluang keemasan yang saya ingin kongsi bersama peminat. Sampai sekarang saya bersyukur kerana ada peminat yang cukup memahami serta tidak putus memberi sokongan, malah mereka juga teruja dengan setiap aktiviti yang saya lakukan,” katanya yang begitu meminati dan mencontohi penyanyi antarabangsa, Adele ini.\rSelain dengan membawa imej turbannya itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini akui dia kini mahu menumpukan sepenuh masanya kepada kerjayanya sebagai pemuzik, dan tidak akan sesekali melupakan tanah air tumpah darahnya ini.\rWalaupun dia sibuk menyiapkan albumnya di Los Angeles, Yuna masih mencuri masa pulang ke kota Kuala Lumpur untuk menjayakan kerjasama dengan beberapa produk yang memilihnya sebagai duta jenama. Selain itu, dia juga tidak mahu peminat berasa ‘kehilangan’ dirinya kerana terlalu lama di luar negara.\rTak rugi pilih Canon\rTUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Yuna cukup gembira apabila dilantik sebagai duta kepada jenama kamera terkenal, Canon. Tidak rugi penyanyi kepada lagu Dan Sebenarnya ini memilih produk Canon sebagai kamera yang pertama yang dibelinya ketika masih bergelar pelajar.\rYuna yang ditemui ketika menjayakan majlis pelancaran dirinya sebagai duta, baru-baru ini berkata, pelantikan itu bagaikan ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, kerana dia sememangnya peminat nombor satu kepada jenama itu.\r“Kamera digital pertama yang saya beli kira-kira lima tahun lalu adalah daripada jenama ini. Saya berharap menerusi ikatan selama setahun bersama Canon dan menjadi sebagai sebahagian daripada keluarga Canon, dapat membantu memainkan peranan yang aktif dalam berkongsi perjalanan muzik saya bersama peminat di luar sana,” kata Yuna pada sidang media mengumumkan pelantikannya sebagai duta kamera itu di ibu negara, baru-baru ini.\rTurut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho, Pengarah Bahagian Sistem Pengguna Produk, Donny Ling dan Pengarah Bahagian Produk Komunikasi dan Pengimejan Canon Malaysia, Simon Wong.\rMenurut Ho, kumpulan terkenal dari Taiwan, Fahrenheit, bintang terkemuka Hong Kong, Simon Yam dan Penny Tai juga dipilih menyertai kumpulan Duta Canon dan di Malaysia pemilihan Yuna adalah berdasarkan pencapaiannya yang memberangsangkan dalam dunia seni.\r“Kami berbangga dengan penyertaan Yuna sebagai penambahan terbaru dalam keluarga Canon kerana dia bagaikan contoh nilai inovasi, kreativiti, kualiti dan komitmen berterusan kami untuk menjadi yang terbaik dalam segala yang kami lakukan untuk pelanggan kami.\r“Kerjasama antara kami dengan Yuna adalah kerjasama yang unik di mana ia adalah gabungan sempurna bakat kreatifnya dengan teknologi dan dalam penghasilan produk penghasilan imej berkualiti tinggi yang kami percaya akan diterima secara meluas oleh orang ramai,” katanya.\rPelantikan penyanyi yang dipilih sebagai Penyanyi Wanita Popular di ABPBH2010 ini adalah sejajar dengan objektif Canon untuk mendekati peminat lebih muda yang berkemahiran teknologi yang serasi dengan Yuna dan muziknya.\rKerjasama ini dapat menyaksikan Canon dan Yuna berinteraksi dengan peminatnya serta pengguna Canon yang sedia ada melalui landasan media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan blog peribadi Yuna. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|