View: 186|Reply: 0
|
Padah kad merah - potong gaji, bonus
[Copy link]
|
|
ANDAI ada pemain Terengganu dan T-Team dilayangkan kad merah dalam perlawanan bola sepak Liga Malaysia nanti, gaji serta bonus mereka akan dipotong tanpa sebarang ihsan.\rKetika gejala mengatur perlawanan didakwa sudah kembali menular, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) amat serius dalam konteks ini tetapi menegaskan hukuman berkenaan hanya akan dibuat selepas mendapati pemain benar-benar sengaja melakukan kesalahan terkutuk itu.\r\n\n\n\n\r “Bagi menjaga nama baik pasukan negeri, saya mengarahkan PBSNT menjalankan siasatan terhadap pemain yang menerima kad merah untuk memastikan mereka tidak sengaja melakukan kesalahan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Tetapi, jika sengaja mendapatkan kad merah, pemain terbabit boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong,” Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam.\rBeliau yang juga Presiden PBSNT berkata langkah drastik itu bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan dalam sesuatu perlawanan dihadapi.\r“Jika kita tengok pemain kelab bola sepak profesional luar negara, mereka takut apabila dapat kad merah, hukumannya adalah bonus dan gaji mereka akan dipotong,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|