View: 84|Reply: 0
|
Lawan pedang sebati di hati Natasha
[Copy link]
|
|
“SAYA lebih selesa bertemu lawan yang menggunakan tangan kanan.” \rItu kata atlit lawan pedang Johor, Natasha Ezzra Abu Bakar yang memiliki kelebihan bertarung dengan tangan kiri tetapi gadis kelahiran Bandar Penawar itu mengakui, apabila terpaksa bertarung dengan seteru kidal.\r\n\n\n\n\r “Ramai atlit lawan pedang (tangan kanan) mengatakan sukar membuat jangkaan apabila bertemu pemain kidal seperti saya kerana tidak ramai pemain kidal dalam sukan ini, terutama di Malaysia,” kata penuntut 20 tahun yang bakal menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.\r\r\n\n\n\n\n Anak kedua daripada enam beradik itu mempunyai rekod pencapaian memberangsangkan apabila mengutip lima emas, dua perak dan tiga gangsa sepanjang empat kali penyertaannya di temasya SUKMA dan bakal mewakili negara di Kejohanan Lawan Pedang Asia di Korea Selatan, bulan depan.\rPada masa sama, Natasha yang turut terpilih ke Sukan SEA Indonesia, November ini meletakkan sasaran awal untuk mengutip pingat dalam acara foil individu.\rDitanya sejauh mana dia ingin berkecimpung dalam sukan lawan pedang, Natasha mengakui dia sukar berpisah dengan sukan itu dan bertekad mahu terus aktif biarpun apabila sudah mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.\r“Sukan ini bagus untuk menjaga kesihatan dan stamina, jadi tidak mungkin saya berhenti,” katanya yang tertambat hati dengan sukan lawan pedang sejak 2005.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|