CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Thailand goda pelancong Arab

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pakej hotel  sempena Ramadan  sediakan juadah sahur, berbuka\rBANGKOK: Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan kerjasama hotel dan rakan industri pelancongan negara itu melakukan persediaan untuk menarik pengunjung Asia Barat ke Thailand dengan promosi ‘rumah jauh dari tanah air’ pada musim panas ini dengan memperkenalkan Pakej Istimewa Ramadan dan aktiviti berkaitan.\r\n\n\n\n\r   Pakej itu, diwujudkan khusus untuk menarik pengunjung Asia Barat dan Islam, dipromosi di kalangan ejen pelancongan Asia Barat dan pengguna dalam cubaan menaikkan bilangan pelancong dari negara berkenaan sepanjang tempoh istimewa itu.\r\r\n\n\n\n\n   Teras kepada kebanyakan Pakej Ramadan yang ditawarkan adalah pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan acara dianjurkan hotel utama Thailand, dengan kebanyakannya menawarkan perkhidmatan berbuka dan bersahur khas selain menu halal biasa.\rKebanyakan hotel turut menawarkan semangkuk buah-buahan segar pada masa sesuai selepas ketibaan tetamu beragama Islam.\rCentara Hotels and Resorts menawarkan manfaat eksklusif kepada pengunjung Arab ke Thailand dengan memastikan cuti musim panas mereka digabungkan dengan keselesaan di rumah. Kakitangan perhubungan awam boleh berbahasa Arab  bersedia menyambut  tetamu dan bilik hotel dilengkapi sejadah serta arah kiblat.\rAkhbar berbahasa Arab, saluran televisyen, pilihan makanan halal antara yang boleh dipesan menerusi perkhidmatan menu bilik serta kawasan santai khusus untuk wanita dan kanak-kanak serta kemudahan spa menjadi antara perkhidmatan tambahan.\r\n\n\n\n\rPeruntukan khas untuk Ramadan seperti berbuka dan sahur, sesi beli-belah eksklusif waktu malam dan masa pembukaan lanjutan spa dipromosi di kebanyakan kemudahan Centara, Lebua dan Trisara.\rSebagai tambahan, pakej ‘Marhaba’ Dusit Thani di sini untuk Ramadan menyasarkan membantu pelawat dari Asia Barat menikmati percutian menenangkan dengan melarikan diri daripada musim panas negara mereka ke tropika hijau di Thailand, selain pengalaman membeli belah dan bersiar-siar.\rAmari Boulevard Bangkok milik Onyx Hospitality Group juga akan merancang makanan khas berbuka dan bersahur serta maklumat berhubung lokasi masjid berhampiran serta masa bersolat di meja penyambut tetamu hotel itu.\rPramoth Supyen, Pengarah TAT yang beribu pejabat di Dubai dan Asia Barat, berkata: “Pelawat dari Asia Barat  meningkat  selain melihat banyak hotel Thailand dan industri pelancongan secara umum membuat acara khusus bagi memastikan pelawat dari rantau ini dilayan dengan baik.\r“Dengan kata-kata aluan selamat datang dikenali sebagai ‘Thainess’, semua rakyat Thailand bersedia menyambut pelancong dari Asia Barat untuk menikmati Ramadan di sini.” – Agensi\rINFO\rWarisan Thailand\rLima peratus penduduknya beragama Islam\rMasjid Pusat Pattani adalah yang terbesar dan  paling mengagumkan di Thailand\rMasjid Taloh-manoh (Masjid Wadil-husen atau Masjid 300 tahun) di Bacho, Narathiwat  dibina pada 1769\rDibuat daripada bahan binaan lama seperti kayu keras Malarbar (kayu balak  dikenali sebagai Mai Takien) dan skru serta pin kayu

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.434990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list