CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 12

masalah dengan kawan internet

[Copy link]
Post time 21-6-2011 08:40 PM | Show all posts |Read mode
salam uols.. memandang first time rasanya bukak benang harap boleh la bagi pendapat nak melahar pun takpe..
cerita ini begini, dulu zaman frenster aku ni jenis suka masuk group yang ada dalam frenster, lepas tuh berforumla lebih kurang mcm cari juga la.. lepas dah lama-lama berforum mula la kenal dengan budak-budak group tuh. dari senior sehingga la aku ni jadi senior juga.

maka masukla pelbagai jenis orang, kebetulan dorng ni jenis satu kepala dengan aku, jadi lagi senang rapatla.. bese la bila bukak benang mesti satu dua post je yang tak lari tajuk lepas tuh mula merepek meraban tapi itu la cara nak berkawan dalam dunia porum takde pulak sakit hati dan bagai.. dari situ aku kenal seorang mamat ni aku namakan dia si Leman, Leman ni kira mcm senior la sbb dia dulu join group tuh. kemudian masuk pulak pelbagai jenis gadis dan juga jejaka dalam group tuh yang active dan aku mula kenal si Semah, si semah ni mulut dia boleh tahan dalam group tapi bile jumpa mmg pendiam dan agak kampung sket la..

nak jadikan cite tahun 2009 ktorng pun jumpa la dalam hujung tahun (gathering).. lepas tuh aku ni lebih kurang aktif dalam facebook tahun 2008.. so tahun 2009 aku dah start nak buat fan page dekat facebook gunakan nama berdasarkan nama group yang lama yang ada kat frenster sbb banyak dah orang malas nk bukak frenster. So aku pun panggil la budak2x yang aktif kat group kat frenster tuh datang kat facebook.. ok la dorng pun join sesama..

nak dijadikan cerita si Leman ngan si Semah ni mulalah.. bercinta.. aku mmg tak kisah tapi bila dah ada orang bercinta dalam group dah pasti la ada je benda tak kena. Mesti perbincangan aktiviti group akan berlangsung antara drong ni je.. tapi mula-mula mmg takde masalah la..
kemudian ktorng rancang nak buat gathering second time kat sekitar melaka.. dalam bulan 7 2010.. punya la bagi tugas dan bincang sama-sama start dari bulan 2 lagi sbb ingat gathering ni nak buat besar2x sket.. (ini aku suka sbb ada perbincangan dari awal)
tapi sayang aku tak dapat join bile tiba masanya sbb aku ade komitmen praktikal time tuh jadi aku pun tak dapat join  and then gathering jalan seperti biasa..

sblm aku create fan page dekat facebook aku nak sume admin yang aku lantik sume kena profesional nak amik hasil penulisan orang lain aku suruh dorng make sure yang dorng ni bubuh sumber dari mana dorng dapat. tapi si Semah ni la yang paling ssh nak dengar kata.. bukan apa time ramadhan dia suka kutip fadhilat ramadhan tapi tak tahu dari mana smpai ada orang tegur(fan yang tegur).. aku pun tegur la. Aku kata.. "dah banyak kali aku pesan jangan sesuka hati copy paste ayat orang lepas tuh tak letak kredit takan kau buat asgment kau kutip orang lain punye kau tak bubuh kredit, kalau aku jadi pensyarah kau aku dah lama bg 0" lepas tuh dia sentap dengan aku, tapi si Leman ni tak de plak masuk campur.. dan aku ni pun jenis ok la kau nak sentap aku tak kisah janji aku cakap benda betul

lepas tuh baru-baru ni dorng bincang dua orang je bab nak buat cmpetition jual baju group, tak bincang apa-apa tetibe bagi PM kata nak buat pertandingan baju group and esk kita strt, syarat penyertaan diorng tak bagi tau aku.. dan sebagainya semuanya di tolak ketepi.. sebagai orang lama dalam group tuh bila jadi mcm ni aku rasa tak puas hati tapi aku diam kan je sbb dorng kata pemenang berdasarkan like pic baju yang banyak..
tetibe dorg PM lagi dorng kata "aku semah, dan leman dan decide.. nak admin pilih 2 design tercantik and buat undi balik sbb design yang fan pilih tak cantik." p/s: admin dalam group ada lebih 11 orang

strt dari situ aku mula panas hati... aku pun sound la.. aku cakap.. "mula2x suruh fan je like lepas tuh kau suruh admin pulak pilih lebih baik dari awal lagi kau suruh ktorng je putuskan baju yang cantik.. takan nk buat undi balik kesian pulak kat baju yang mmg dah "like" tertinggi takan sbb tak kena kat mata kau pulak nak buat undi baru.. tapi tak kisah whatever la." lepas tuh si semah ni menjawab pulak "apa masalahnya apa yang tak adilnya design dorng pilih tuh tak lawa sbb tuh buat mcm tuh!!" aku ni masih tak paham dengan semah ni aku pun jawab la balik "ok kalau mcm tuh aku tak na involve langsung benda yang korang buat ni sbb mmg tak adil.. dan aku tak paham kenapa mesti ada dua orang je yang buat keputusan dan takde nak discuss apa2x lagi"

kemudian si semah ni jawab la "eh ni bukan tengah discuss ke..." discuss kejadahnya bile sume admin dia paksa undi 2 helai baju.. itu bukan berbincang.. tetibe datang plak si Leman ni.. marah aku kata aku petik nama die.. aku pun jawab la " dah terang2x awek kau kata kau bincang berdua takan aku nak petik nama orang lain pulak.." aku pun malas nk panjang2x.. aku diam.. walaupun aku tahu leman ni, masih lagi duk cakap2x kat aku dalam PM.. sbb aku malas nk bertengkar.. tapi decision aku mmg aku tak involve pertandingan tuh and aku takan kuar duit nk sponsor nak beli hadiah sbb aku tak tahu pape pasal pertandingan dan takde perbincangan yang sebetulnya.

masalahnya: aku sebenarnya sayang dengan dorng ni sume sbb aku rasa bukan senang nak berbaik dengan orang dan aku mmg kalau boleh taknak la bergaduh pasal benda2x remeh dan kecik ni sume.. sbb tuh aku ambil keputusan nak mendiamkan diri.. Leman ada juga tegur aku tapi sekali je.. yang semah ni mmg langsung takde tegur aku. dan aku pun tak berminat nak tegur dia.. walaupun aku ni jenis lantang tapi aku bersound bersebab.. tapi aku tahu Semah mula sakit hati ngan aku lepas aku sound dia tak bubuh sumber dari mana ayat dia copy paste.. sejak dari tuh nampak lain juga la perangai dia..

skrg ni.. aku nak mintak pendapat korang adakah tindakan aku ni betul.. atau sebenarnya aku over nak kedudukan atau aku ni mulut lancang.. atau aku ni jenis yang mcmne... sbb ikut diri sendiri mmg diri sendiri je la nak betul. tapi kalau boleh aku nak jernihkan balik hubungan walaupun aku tahu takan dapat macam dulu.

p/s: tolong jangan kata aku jeles dorng bercinta sbb aku dah bertunang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 08:52 PM | Show all posts
beb..pjg giller..xde rumusan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 09:44 PM | Show all posts
aku baca smpai prenggan pertama ja
semangat wajanya taip pjg2
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:58 PM | Show all posts
ntah... betul la kot tindakan ko tegur perkara yg sepatutnya......
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 12:31 AM | Show all posts
panjang nye story.. hmmm... susah3..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 06:27 AM | Show all posts
~haaaaaaa semput~{:2_67:}

gujiwa,tindakan kamu betul.kesefaham kamu dgn group tu telah hilang gara2 Semah.
apa guna duduk satu group tp tak bertegur.walaupun anda hebat,anda tetap kalah dgn leman.Tinggalkan group tu,create group baru & ajak follower yg suka dgn posting kamu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2011 08:29 AM | Show all posts
Babe, walaupun rambut kita sama tapi hati tetap lain2. (tiba2)

Sometimes benda yg tak betul kita patut bersuara. Pasal berbaik semula tu ikut kehendak awak la...kena rendahkan ego utk menegur si Semah tu...bagi keadaan sejuk dulu papehal pon...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:13 AM | Show all posts
Masalah group pesbuk ke ni? Hm.. Susah2..

Mintak pesbuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2011 11:22 AM | Show all posts
Pada pandangan iols la kan,

Uols buat tindakan yg tepat utk tegur dorang tu. Benda yg salah, memang patut ditegur. Kalau tak uols yg tegur, nak tunggu sape tegur. Tp tu la. Manusia ni susah nak terima kalau orang tegur. Sesape pon la. Iols pon sama. Kalau nak orang tegur, nak orang tegur berlembut2 je. Baru hati tak terasa sangat.

Kalau dilihat dari sudut pandangan Islamnya, better uols berbaik2 semula dgn si semah dan si leman ni. Ckp je la minta maaf ke ape kalau da ada buat perkara2 yg buat dorang terasa. Sbb, kalo dalam islam, kalau tak tegur (bermasam muka) lebih dari 3 hari, da dikira berdosa.

Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :

Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka”. ( Abu Dawud : no 4914).


Lepas da berbaik semula tu, kalau utk elakkan lagi bergaduh, cuba kurangkan berhubung dgn si semah n leman ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 06:10 PM | Show all posts
Reply 9# aLieNzDaToR

uhurmm.. sbb tuh idup tak bape nak tenang bile pikir balik hal ni.. siyes
kadang-kadang tuh rasa sedih sangat yela bila dulu baik je.. skrg ni sume mcm hampeh je.. yup nanti i akan cuba juga berbaik juga dengan dorng thanx
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 09:45 AM | Show all posts
boleh wat pilem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 10:00 AM | Show all posts
masing2 nak jadi kepala...macam tu la...byak kepala banyk perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 02:13 AM | Show all posts
ntah ape-ape je la masalah, macam budak-budak je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067613 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list