CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30842|Reply: 1

Isu pencerobohan tanah : Saya tidak benarkan bumi Pahang ‘diratah’- Al-Sultan Abdullah

[Copy link]
Post time 21-2-2026 10:35 PM | Show all posts |Read mode





ROMPIN – “Tiada rundingan tiada kelonggaran, tiada perlindungan kepada mana-mana pihak,”titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam isu pencerobohan tanah di negeri ini.


Baginda memberi amaran tegas bahawa sesiapa yang menceroboh tanah kerajaan atau tanah milik akan diambil tindakan tanpa sebarang kompromi.


Tegas baginda sesiapa yang melanggar undang-undang akan berdepan dengan tindakan setimpal tanpa memilih bulu, tanpa mengira pangkat, pengaruh atau latar belakang.


“Kepada mereka yang masih berdegil, berangan-angan untuk mengambil kesempatan atau berharap kerajaan akan berkompromi saya nyatakan dengan sejelasnya negeri ini tidak akan tunduk kepada penceroboh, undang-undang tidak akan berundur dan kedaulatan negeri tidak akan dirunding.


“Saya tidak akan membenarkan bumi Pahang diratah lagi secara haram, diperdagangkan oleh kerakusan dan dirampas oleh kepentingan sempit.


“Inilah pendirian saya, inilah pendirian kerajaan negeri dan inilah amaran terakhir kepada semua pihak,”titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Teluk Gading dan Majlis Berbuka Puasa di sini semalam.


Menurut Al-Sultan Abdullah apa yang berlaku di Raub adalah contoh jelas bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tekanan, ugutan atau sentimen.


Jelas baginda beribu-ribu ekar tanaman haram telah dimusnahkan dan kawasan ceroboh telah dirampas kembali serta tangkapan dan pendakwaan telah dibuat di mahkamah.


“Hasil pencerobohan ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) demi kepentingan bersama,”titah baginda


Tambah baginda operasi penguatkuasaan melalui Ops Sekat tidak pernah dihentikan dalam membanteras isu pencerobohan tanah di negeri ini.


Ujar baginda ia melalui rondaan berterusan, serbuan, sekatan kawasan serta tindakan undang-undang yang menyeluruh oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) bersama agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.




SUMBER – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 01:01 AM | Show all posts
Aku yakin banyak kes penyelewengan berlaku di pejabat tanah setiap negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.638708 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list