CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30295|Reply: 0

569 kes tibi baharu direkodkan seluruh negara

[Copy link]
Post time 21-2-2026 10:11 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Sebanyak 596 kes baharu penyakit Tuberculosis atau tibi didaftarkan bagi Minggu Epidemiologi ke-6 menjadikan keseluruhan kes berjumlah 3,161.


Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 755 kes, diikuti Selangor (596 kes) dan Sarawak (332 kes).


Katanya, Johor pula sebanyak 280 kes, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 244 kes.


“Kedah merekodkan 181 kes, diikuti Pulau Pinang (172 kes), Perak (154 kes), Kelantan (121 kes). Pahang (103 kes), Terengganu (74 kes) dan Negeri Sembilan (62 kes).


“Sebanyak 48 kes direkodkan di Melaka, diikuti Perlis dengan 21 kes, sementara Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah terendah iaitu 18 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, orang ramai disaran untuk terus mengamalkan langkah kesihatan kendiri secara konsisten, termasuk dari segi kesihatan pernafasan.


Jelasnya, tibi ialah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh merebak apabila seseorang yang menghidapnya aktif batuk, bercakap atau bersin.


“Walau bagaimanapun, ia lazimnya tidak merebak dengan cepat seperti influenza atau Covid-19 dan biasanya memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang,” ujarnya.


Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan,
khususnya jika terdapat individu dengan Tibi aktif yang belum menjalani rawatan.


“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup serta memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat yang sesak.


“Seain itu, mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala lain yang berkaitan,” tambahnya.


SUMBER – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.405055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list