CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32565|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki warga emas hilang selepas keluar dapatkan rawatan

[Copy link]
Post time 20-2-2026 11:02 PM | Show all posts |Read mode


ENGKILILI: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah panjangnya untuk mendapatkan rawatan di Klinik Skim Skrang sejak pagi Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 malam, Khamis.

Katanya, mangsa berusia 84 tahun dilaporkan keluar dari rumah panjang di TR Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang dengan menaiki perahu miliknya kira-kira jam 7 pagi, 18 Februari lalu untuk mengambil ubat di klinik berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan selepas urusan tersebut. Ahli keluarga bersama penduduk rumah panjang telah menjalankan pencarian di sekitar kawasan rumah panjang dan hutan berdekatan namun gagal menemui sebarang jejak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, laporan polis kemudiannya dibuat pada jam 7.51 malam (19 Februari) sebelum pihak bomba digerakkan ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dijalankan dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi melakukan pencarian di sekitar kawasan dilaporkan hilang.

Setakat ini, operasi masih diteruskan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 09:22 PM GMT+8 , Processed in 1.767449 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list