CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32160|Reply: 0

[Sabah] Lebih 40 kampung di Kota Marudu, Pitas terputus bekalan elektrik akibat banjir

[Copy link]
Post time 20-2-2026 10:51 PM | Show all posts |Read mode


TUMBANG: Tiang elektrik tumbang selepas ditimpa pokok susulan kejadian tanah runtuh.

KOTA MARUDU: Hujan berterusan yang mengakibatkan banjir di daerah ini sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan bekalan elektrik apabila tiang talian voltan tinggi dilaporkan tumbang selepas ditimpa pokok susulan kejadian tanah runtuh, pagi tadi.

Menerusi makluman yang dikongsikan di laman Facebook Sabah Electricity Careline, sebanyak 13 kampung di Kota Marudu dikenal pasti terputus bekalan elektrik setakat ini.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Tondig, Togudon, Tinogu, Lugu Telugung, Kinangkaban, Bombong 4, Bombong 2, Samparita, Samparita Tengah, Bombong 1, Samparita Laut, Soniton Ulu dan Lingkobungan 1.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan pemulihan bekalan dijangka dapat dilaksanakan selepas tiang yang tumbang selesai dibaiki.



BANJIR: Sebahagian laluan jalan raya di daerah ini terputus akibat banjir.

Sementara itu, di Pitas lebih 30 kawasan kampung turut dilaporkan terputus bekalan elektrik akibat banjir yang masih belum surut.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Kemiri, Sinasak Batu, Andap, Kebatasan, Kusilad, SMK Pekan 2, Kibulu, Rinasuk Bay, Sosop, Mandamai Bay, Rukom Laut, Rukom Darat, Layung 1, Layung 2, Layang, Loji Air Kanibungan, Kadayan, Ranggal, Pias, Kotuyon, Manduring, Narandang, Pangkalan Kanibungan, Boribi, Lihing, Celcom Kanibungan, Delima, Boboli, Pantai, Untang-Untang, Taradas dan Mapad.

Sabah Electricity memaklumkan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik air banjir surut dan keadaan mengizinkan untuk kerja-kerja teknikal dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 07:42 AM GMT+8 , Processed in 1.525895 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list