CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 23871|Reply: 26

Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Pula Disahkan Kanser Tulang

[Copy link]
Post time 20-2-2026 04:41 PM | Show all posts |Read mode





Berdepan ujian berat dua tahun berturut-turut menyambut Ramadan, pelakon Amyza Aznan memberitahu anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.


Memetik mStar Online, Amyza berkata dia mengetahui mengenai penyakit anaknya itu pada bulan ini, tahun lalu anak sulungnya, Andre Mikhail disahkan kanser paru-paru.


“Hari ini Ramadan pertama di bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak saya. Sama seperti yang berlaku tahun lalu, anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan kanser paru-paru.


“Pada tahun ini, bulan Ramadan dan Februari juga kelahiran anak saya iaitu Adrian Adam, dia pula disahkan kanser tulang,” katanya.


Sementara itu, Amyza berkata perasaannya bercampur baur namun tetap kuat demi mereka serta memohon orang ramai mendoakan buat anak-anaknya.


“Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tak teluah dan takut untuk meluah. Hanya mampu memohon tumpangkan doa untuk anak-anak saya,” katanya.


Tahun lalu, Amyza berkongsikan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.


SUMBER : mStar Online, ROTIKAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2026 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah beri kesembuhan kepada kedua-dua anakanda Amyza Adnan...semoga tabah menghadapi ujian ini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhan kesiannya...
Semoga ada peluang utk kembali sihat & masing2 tabah dgn dugaan yg diterima
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni ensem sikit ek berbanding abgnya.. Aiol ingat Adam Lee td
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my, sebijik muka anak sedara iols muka anak dia ni. Umur pun lebih kurang.
Sampai dua anak kena kanser serentak. Kita yang dengar pun dah rasa cukup,cukup berat dugaannya, ni kan pula yg menanggungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tambah kak. Dan semoga Allah sembuh kan penyakit anak2 akak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2026 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah, berat ujian beliau. Semoga dikurniakan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semuga diberikan kesembuhan pada kedua anak nya...semuga tabah menghadapi ujian ini. Kesiannya baca ujian famili ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2026 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Pucat nya muka amyza... pakai gincu nak nampak cetia tetap tak boleh sorok kesedihan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kanser tulang boleh cepat pulih, tp kalau ada tulang yg terkesan kena potong...akan jd oku.
semoga boleh sembuh tanpa sebarang komplikasi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan utk amyza dan anak2 dan dikurniakan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 12:55 PM | Show all posts
kena tabah. kanser tulang bkn senang nak hadapi. harap allah kurangkan beban dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 01:01 PM | Show all posts
Letih tengok Amyza ni. Dua anak kanser. Laki dia pon sakit jugak kan. Semoga kuat & tabah. Kerja keras la demi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami - buah pinggang (dialisis) & jantung
1st - kanser tulang
2nd - kanser paru²
3rd lelaki - harap sihat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Daisy11 replied at 21-2-2026 02:07 PM
Suami - buah pinggang (dialisis) & jantung
1st - kanser tulang
2nd - kanser paru²

ooooo...penuh ujian ya
haritu mcm ada baca anak dia yg kanser paru2 tu dah collapse ke merebak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga amyza dan keluarga diberi kesembuhan sempurna.
Semoga doa kita semua terutama di bulan ramadhan ni, dimakbulkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2026 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah 2 orang dlm 1 family kena kanser,  biasanya kat malaysia doktor akan cadangkan kaum keluarga buat ujian genetik utk kesan gene mutation ke eh? Mcm angelina jolie tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tabah... 2 anak pulak tu.
Moga yg baik2 utk akak ni.
Dia nampak cantik dan muda bila dah bertudung.
Kalau free hair nampak cengkung dan kusam. Sbb rambut dia nipis dan leher byk urat2 timbul. Semoga istiqamah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 21-2-2026 12:00 AM
Moga dipermudahkan urusan utk amyza dan anak2 dan dikurniakan kesembuhan.

Aamiin.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lah dekat dia. Berat ujian dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048740 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list