Edited by FOTHER-MUCKER at 11-2-2026 04:51 PM
Kurikulum baharu dalam subjek Sejarah diperkenal mulai 2027 – KPM 11 Februari 2026, 2:07pm
Foto Jabatan PeneranganOleh: Deerina Sheikh Faisal
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah bermula tahun depan, membabitkan murid Tingkatan Satu dan Tahun Satu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pelaksanaan ini akan dijalankan secara berperingkat dengan Tingkatan Dua dan Tahun Dua menyusul pada 2028.
“Berkenaan kurikulum yang sedang diguna pakai oleh KPM, ia sememangnya digunakan untuk satu tempoh dan bila sampai masanya, kita akan memperkenalkan kurikulum bagi persekolahan baharu,” katanya pada sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA- Muar) mengenai kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah serta jangka masa tertentu ditetapkan KPM untuk melakukan semakan semula kurikulum mata pelajaran itu.
Beliau menegaskan bahawa kurikulum Sejarah akan terus dipastikan kekal relevan, seimbang dan bebas daripada sebarang pengaruh atau kepentingan politik.
“Kita juga memastikan kurikulum ataupun kandungan itu adalah seimbang dan bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian. Ini sememangnya adalah pendirian daripada KPM,” katanya.
|