CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25256|Reply: 10

Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) saran masukkan kisah tokoh komunis, reformasi dalam modul sejarah

[Copy link]
Post time 11-2-2026 03:04 PM | Show all posts |Read mode





Seorang ahli parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) memasukkan tokoh komunis dan sejarah perjuangan era reformasi pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam modul pembelajaran sejarah di sekolah menengah.

Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata, generasi muda perlu didedahkan dengan maklumat mengenai politik moden tanah air, selain daripada mempelajari sejarah kemerdekaan sedia ada.

“Adakah KPM bercadang merangka satu modul baru?

“Ya, kalau kita menyebutkan soal berkaitan dengan kemerdekaan, biasanya kita menyebutkan soal berkaitan dengan tokoh-tokoh, contohnya Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak (Hussein) dan sebagainya.

“Tetapi tak bolehkah maksudnya dalam masa kita membicarakan soal berkaitan dengan tokoh-tokoh itu, ada juga tokoh-tokoh lain pada masa itu yang juga menuntut kemerdekaan, contohnya macam Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, contohnya Ishak Haji Muhammad.

“Kalau kita pergi lebih jauh lagi, mungkin yang agak kontroversi, contohnya Shamsiah Fakeh, contohnya Abdullah CD, contohnya Rashid Maidin dan dalam politik moden pada hari ini, saya rasa ya, lah kita mengkaji soal berkaitan dengan peristiwa 13 Mei dan sebagainya,” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sany mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, mengenai rancangan Putrajaya untuk mendidik pelajar sekolah dengan pengetahuan politik.

Menurut wakil rakyat Amanah itu, sekolah harus mengajar politik moden supaya generasi muda memahami bagaimana negara dan sistemnya terbentuk sehingga ke hari ini.

“Tetapi politik moden kita pada hari ini, perlu juga didedahkan kepada generasi baru soal berkaitan dengan pemecatan Anwar Ibrahim. Munculnya reformasi tahun 1998, itu di antara contoh.

“Kemudian Himpunan Bersih yang menjadikan satu modul bagaimana pilihan raya dalam negara kita ini berlaku dalam keadaan adil dan juga bersih.

“Begitu juga Langkah Sheraton, Langkah Sheraton ke Langkah Setan? Kemudian contohnya macam Himpunan anti-ISA, dulu kita ada satu akta yang kita kira sangat zalim bila diadakan Himpunan anti-ISA inilah menyebabkan hari ini Akta Keselamatan Dalam Negeri itu sudah dimansuh, sudah dihapuskan dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini,” kata Sany.






Menjawab cadangan itu, Wong berkata walaupun semua yang disebutkan Sany adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia, namun kementerian mempunyai proses tertentu dalam membangun dan menyemak semula kurikulum subjek Sejarah.

Ini termasuk melibatkan pakar sejarah, ahli akademik, dan institusi seperti Arkib Negara.

“Pada masa yang sama, kesemua perkara seperti sesi libat urus dengan guru, badan profesional dan juga masyarakat turut akan dilibatkan dalam memastikan kandungan ia akan kekal relevan dan juga tepat.

“Jadi berkenaan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Hulu Langat, pihak kami mengambil maklum dan kesemua perkara berkenaan dengan pelajaran kurikulum sesuatu mata pelajaran itu kita akan mengikuti proses yang sewajarnya,” katanya.

Burhanuddin, Ahmad Boestamam, dan Ishak merupakan antara pemimpin gerakan nasionalis Melayu sayap kiri yang terkenal pada era sebelum merdeka.

Shamsiah, Abdullah, dan Rashid pula merupakan nasionalis kiri, namun dianggap lebih kontroversi kerana penglibatan mereka dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Sumber – Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda lain pulak yang ko nak buat

Mana pergi janji2 nak hapuskan tol, ptptn, harga murah, tangkap azam baki etc?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia kata...'TOKOH' KOMUNIS....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 03:41 PM | Show all posts
barua dah keluar dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dah jadi gila kot si ungka ni...hari tu berangan nk jadi menteri tapi tak dpt.. terpaksa la buat keje bukan2 untuk kekal releven. Yg ada keturunan komunis pun tak beria mcm barua sekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon mampos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Seorang ahli parlimen penyokong kerajaan hari ini mencadangkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) memasukkan tokoh komunis dan sejarah perjuangan era reformasi pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam modul pembelajaran sejarah di sekolah menengah.

Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) berkata, generasi muda perlu didedahkan dengan maklumat mengenai politik moden tanah air, selain daripada mempelajari sejarah kemerdekaan sedia ada.



gitu die letak dlm 1 sentence


exactly mcm porummer ats post bila baca tajuk thread ni psl die ni, barua


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 03:29 PM | Show all posts
Muka takde nur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2026 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 12-2-2026 03:29 PM
Muka takde nur

cam pak mat tempe jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Membodeknya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hehehe... mendongak atas betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.333481 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list