|
View: 16756|Reply: 2
|
Kanak-kanak maut, tiga cedera nahas di Jalan Ipoh-Lumut bertembung dengan kereta peronda polis
[Copy link]
|
|
|
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut apabila kereta dipandu ibunya bertembung dengan kereta peronda polis di kawasan Puncak Jelapang, laluan Jalan Ipoh–Lumut, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, mangsa Chong Zee Han, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala ibunya Wong Mee Gee, 34, cedera di muka.
Beliau berkata, kemalangan itu turut membabitkan dua anggota polis masing-masing berusia 42 dan 48 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki, patah di bahu kiri serta luka di kelopak mata.
"Siasatan awal mendapati, kereta peronda polis Honda Civic dalam perjalanan dari Lumut ke Jelapang, manakala wanita yang memandu PERODUA Kelisa di laluan bertentangan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba dan memasuki laluan kenderaan polis," katanya dalam kenyataan malam ini.
Akibat kejadian itu, keempat-empat mangsa dari kedua-dua kenderaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.
Bagaimanpun, Abang Zainal Abidin berkata, kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPB pada 4.32 petang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Siasatan awal mendapati, kereta peronda polis Honda Civic dalam perjalanan dari Lumut ke Jelapang, manakala wanita yang memandu PERODUA Kelisa di laluan bertentangan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba dan memasuki laluan kenderaan polis,"
nebes ke sbb nmpk polis??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|