CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30984|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Hoe Yean raih emas

[Copy link]
Post time 7-2-2026 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Hoe Yean raih emas

Februari 7, 2026 @ 7:20pm





Aksi perenang negara, Hoe Yean Khiew, dalam acara 200 meter gaya bebas pada Kejohanan Renang Umur Berkumpulan Malaysia 2026 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, hari ini. - BERNAMA



KUALA LUMPUR: Perenang negara, Khiew Hoe Yean, menambah koleksi pingatnya selepas menjuarai acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki dengan emas pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) di sini hari ini.

Perenang berusia 23 tahun itu menamatkan perlumbaan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dengan catatan masa 1 minit 49.94 saat (s), meninggalkan pesaing dari Hong Kong, Tsz Lam Lo (1:51.67s) di tempat kedua dan Barry Lai (1:52.08s) di tempat ketiga.

Menilai prestasinya hari ini, pemenang emas Sukan SEA Thailand 2025 itu berkata walaupun berdepan jadual padat di MIAG, beliau berpuas hati dengan catatan masanya.

"Kami baru memulakan latihan sekitar sebulan lepas, selepas berehat tiga minggu selepas Sukan SEA Thailand, bermula pada 4 Januari.

Untuk hanya sebulan latihan, ia menunjukkan tanda baik tentang aspek yang perlu diperbaiki," katanya.

Sebelum itu, Hoe Yean meraih pingat perak dalam acara 400m rampaian individu dengan catatan masa 4:35.02s, di belakang Lam Lo yang menjuarai dengan 4:29.86s, manakala Low Zheng Yong dari Melaka membawa pulang gangsa dengan catatan 4:45.35s.

Beliau turut meraih pingat gangsa dalam acara 100m kuak lentang dengan catatan 58.06s, di belakang Jason Donovan Yusuf dari (emas, 56.37s) dan Dongqi Yu dari China (perak, 57.27s). - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/02/1506625/hoe-yean-raih-emas






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.213108 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list