CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17521|Reply: 0

[Sarawak] JIM Miri berkas warga asing disyaki kutip derma tanpa kebenaran

[Copy link]
Post time 6-2-2026 08:08 AM | Show all posts |Read mode


Pegawai JIM Cawangan Miri menahan lelaki warga asing terbabit dalam operasi penguatkuasaan semalam.

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Cawangan Miri berjaya menahan seorang warga asing yang disyaki melakukan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran dalam operasi penguatkuasaan di sekitar bandar raya ini semalam.

JIM dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan operasi itu dijalankan susulan maklumat dan gambar berkaitan kegiatan suspek yang tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek melakukan aktiviti kutipan derma daripada orang awam tanpa kebenaran sah, dengan wang tunai berjumlah RM194 turut dirampas daripadanya untuk dijadikan bahan bukti kes.



Tangkapan ke atas suspek dilakukan selepas gambarnya tular di media sosial baru-baru ini. - Gambar Facebook JIM

“Siasatan awal turut mendedahkan bahawa suspek menyalahgunakan kemudahan Pas Lawatan Sosial yang masih sah untuk tinggal di negara ini bagi tujuan lain yang melanggar undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Menurut JIM, aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan bagi pemegang pas sosial yang sepatutnya hanya berada di negara ini bagi tujuan pelancongan atau lawatan singkat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 8(3)(g) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Sehubungan itu, JIM menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Orang ramai turut diseru agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan, kerana kerjasama komuniti amat penting bagi mengekang salah laku warga asing dan memastikan bandar raya Miri kekal selamat untuk semua.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.225113 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list